Monday, October 31, 2011

masih ingat lampin korang mcmane????

ingat tak lampin gini? dan cara pakai nye? atau TAHU tak korang pakai lampin mcmane???
aku tau aku pakai yg jenis gini dulu...ye le aku dulu org susah...mana ada lampin pakai buang mcm skrg ni..
korang pakai lampin pakai buang dah ke time tu????

ehehe tak kemas plak..

ok mari belajar cara melipat lampin mcm dolu2.....(korang masih ingat cara melipatnya??? aku masih ingat...dulu masa aku 10 taun...aku dah reti jaga adik aku yg bongsu tu...)

Langkah 1 - lipat kain lampin 4 segi tepat...

Langkah 2 - tarik hujung kain

Langkah 3 - tarik hujung kain ke sisi supaya jadi tiga segi begini

Langkah 4 - terbalik kan lipatan tadi


Langkah 5 - Lipatkan kain yg bersegi empat di sebelah kiri itu menjadi spt di bawah

Langkah 6 - akhir sekali lipatkan sekali lagi... dan taraaaaaaa siap



eh korang paham ke step aku ajo ni..aku ni tak reti nak buat ayat...ehehehhee...pe pe pun rasa nye korang masih leh paham bila tgk gambo kan? kan? mudah je...

skrg ni aku masih guna lagi lampin gitu tuk anak aku ni...aku guna time nak mandi...bila nak mandi..aku bogel kan dia dulu, dan aku pakaikan lampin ini longgar2, prepare kot kot dia nak kencing....

budak2 suka kalo bogel2 ni....sengih2 je dia...sbb tu bagi dia masa tuk berbogel sblm mandi....

Fantaghirolynn Giveaway

masih sempat kah nak join....

jom join..

Syarat Penyertaan :


2. Buat simple entry mengenai GA ini.

3. Letak banner di entry dan linkback.

4. Tak perlu letak banner di sidebar.

5. Tinggalkan url link anda di entry ini.

6. Tarikh tutup adalah pada 1 November 2011.





**Pemenang dipilih melalui Cabutan Bertuah.





Hadiah :


3 pasang Selipar angry bird untuk dimenangi!


masih sempat kan...jom join

Tuesday, October 25, 2011

Lesen Ikut Tarikh Lahir

Kurangkan kes pemegang lesen tak aktif, rayuan perbaharui lesen


KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.

Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.

Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

berita selanjutnya : Berita Harian
 
aku dah lama menggunakan tarikh lahir sendiri untuk mengingatkan tarikh tamat lesen, sampai sanggup tunggu tu bulan 10 tuk renew...sebab mula2 dulu expired bulan 6, then lesen mati kiranya 4 bulan la..nak tunggu bln 10...belasah je drive dgn lesen mati....ehehehe...tapi skrg ni kadang2 tu sampai terlajak nak renew...lambat teringat pasal lesen....skrg ni dah jadi bulan 11 plak due nye....kes byk urat putus la ni...byk kelupaan...

adik pun nak jugak

kalo time sayang sgt sampai seme mende nak bagi adik....

tangan adik tak reti duk diam bila dah dpt coklat tu

sayang adik gula gula kan.....

Friday, October 21, 2011

Sogo Sale


ni cite sogo sale yg lepas...ahahaha (dah pekasam punye cerita)
hampir2 nak puasa hari tu... 29 dan 30 july 2011 ada Members Day Sale di Sogo
ala...sogo bukan ke selalu ada sale??? ada je sale apa2 tuk apa2 hari istimewa
 aku pun menjoin kan diri la gi ke sale ni...time tu tgh memboyot....eheheh
anak2. ku singgah di pahang..ku tinggalkan...aler aku p sehari je...hUBby teman kan...

tgk la..punye la ramai umat menunaikan 'zakat' perghhhh
mcm2 kawan dah jumpa...cikmot kata dia pun p pada hari yg sama...tapi tak terserempak plak....

nak beli barang tu satu hal kena berebut...nak membayo pun satu hal punye panjang...
dan sudahnye takde apa sangat la yang dibeli.....uhuhuhu
baju2 anak tak dpt pun nak pilih...nak berebut2 tu payah..sbb perut time tu memboyot..tak dpt nak siku2 org lain supaya ketepi..ahahaha

ni pulak ada voucher tuk besday girl....aku ler tu...expired tak lama lagi dah ni...ntah bila nak guna pun aku tak tau la...

ada sesape mau pg sogo bulan Oktober ni? meh la mintak voucher ni...ai bagi je
tapi best jugak kan p spa lepas abis berpantang ni...ehehehe...
aler spa kat sini pun ada....

ha mesti korang hangin kan..ingat ada sale tadi kat sogo...ahahaha
aler jgn bimbang la kakak kakak, adik adik, macik macik..
bulan 12 ni pun sure ada SALE...aler tak perlu bulan 12..
ni raya deepavali pun mesti ada la tu kan....sale tuk cuti sekolah pun mesti ada

Thursday, October 20, 2011

Rezeki anak-anak

alhamdulillah
berkat rajin simpan sudu anmum...akhirnya dapat dituko kan ke susu
dapat la 3 kotak, terima kasih la pihak anmum...
jimat dah skit belanja susu mdm1 dan mdm2 bulan ni...

rasanye ada member nak bagi jugak susu ni ke anak aku kan...kan comot kan?



bungkusan susu tadi di hantar oleh Sky Net

 *selingan*
perhati kan nombor di dalam bulatan merah tu...dan lihat di link sy....sama tak? ehehehe
aritu nombor ni pernah call aku...tapi aku tak angkat..ingat org jual insuran ke apa ke...
ntah2 aku pernah menang ipad kot?

Wednesday, October 19, 2011

Sedang berusaha...

orang lain dah berbotol-botol dan berplastik2 dah stok susu...
aku baru nak memulakannya..ehehhee
tgk la baru 1 stok tuk stok bila nak masuk keje nanti...
selalunya aku pam arini...pagi esok masa lepas mandi aku bagi la yg stok smlm...tu yg abis tu...
dah berjaya dlm 10 botol dah kot pam...tapi stok tuk beku baru SATU.....ehehehehe

mama akan usaha lagi demi kamu kupu kupu syurga...
hari hari bau syurga...syedap nye bau dia...
ari2 tanya dia  'adik pakai perfume apa ni...wangi sgt....dan tahan lama'
perfume mama pun tak tahan lama....

Tuesday, October 18, 2011

Mari rapat2 siapa ada susu daging...

Petua Menambahkan susu


Cekur manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak




Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur



Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Nota: bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.



Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik




Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)




Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.





Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.





susu daging....ko ada???
 
----------------------------
terima kasih cikmot
Bunga Melur
Longan
Lobak Putih
Kacang Tanah
Jantung Pisang
Sayur-Sayuran
Halba & Jintan Hitam
Daun Sireh
Pucuk Betik

Friday, October 14, 2011

Rezeki lagi, tapi yang ni kenalah beli....Kek Coklat

masa preknen aritu terliur aku tgk kek coklat member aku buat ni...

dia dah la duk jauh dari aku..terpaksa la menyusahkan member ofis yang kebetulan tinggal di kawasan daerah beliau...dia kata demi mak buyung...apa salahnye...tapi skrg dia dah bertuko..jadi tak leh nak mintak tlg dia dah....

 
sedia untuk dimakan masa berbuka puasa.....
leh makan satu potong je...perut penuh time bulan puasa..kalo bukan time puasa masa tu...mesti laju je makan...sambil tgk tv pun leh makan....

yang ni untuk di bagi bagi ke kawan kawan pejabat...

ha kalo sesiapa berminat...leh la order dgn member ni....Darrezz Kitchen
ada banyak lagi jenis kek yang dia buat dan jual...

Rezeki datang bertupperware tupperware

seronok rasanye duk berjiran mcm ni..
time kita tak sihat waktu preknen...ada org anta makanan...
time kita sedang berpantang pun ada orang anta makanan

yang di bawah ni...ramai lak anta makanan smlm...
sampai tak tau nak makan yg mana...
yang dibawah ni semua di anta oleh jiran2 @ teman ye, xde satu pun aku masak...
bayangkan la byknye...aku mmg tak masak lauk pauk time berpantang gini
masak nasi dan air tu boleh la...
ada 2 jenis yang tak keluarkan lagi dari tipuware...
dah la tgh berpantang..jadi makanan yg leh dimakan adalah terhad


yang dibawah ni plak masa bulan puasa...
tgk masa ni aku dah sihat masak..tapi still lagi jiran2 @ kawan bagi....ikan masak stim tu..dlm tupperware..masih panas2 masa anta ni...alahai jah...bulan puasa lagi la tak termakan sgt masa berbuka...
hampir setiap hari kawan tu anta lauk masa bulan puasa...


 ha yg ni takde org bagi, seme masak sendiri kecuali lala tu cik abe beli, dan bubur lambuk tu

yg ni 2 org bagi serentak...satu tu sup ayam, satu lagi kari dal kot namanye...

rezeki rezeki...

(eh cite pasal berbuka puasa baru nak cite....ahahahaha..dulu aku dok tgk menu org je..berlambak2 gambar makanan time berbuka tu kat blog memasing...aku pun ada snap, tapi tersimpan gitu je la...bulan puasa aritu bz dgn 5s)

REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSUH JANGAN DICARI...kan??

Wednesday, October 12, 2011

The Secret Life of Nora....Kelassssssss ko Nora...

Kelassssssssssss ko nora...dah ada teater musical sendiri....
mmg ko kelasss...sekelas dengan aku...ehehehe

actly nak reply komen member  je...juga seorang blogger pemes ni....tetiba leh jadi satu entry lak...
kebetulan member aku si nora ni dah femes amos kan semenjak surat terbuka kepada tibi3 tempoh hari tu...jadi saje aku up kan satu entry tuk dia...muahahaa

serius wei pemes member aku ni...kalo aku google nama dia NORA BINTI XXXXXX tup byk page leh bukak...ada lebih 10 page...dulu nak tergelak aku namanye pendek je...bila aku keje sini...nama bini bos aku pun sedibik sejobon nama kawan aku tu...dgn nama bapak2 pun sekali sama...kelasssssssssss ko nora...eh btw one of nora binti xxxxxx adalah penulis terkenal...

kalo nak cerita pasal secret life of nora kawan aku ni...rasanye kena entry bersambung2...leh buat novel, dan novel pun leh buat bersiri....tapi takde la plak aku terfikir nak cite bab secret life dia...eehehehe nanti disaman kang oleh member aku si nowa ni......kang dia buat lak cite secret life aku....abis novel jadi filem plak kang...ahahaha

dulu kawan aku ni tak la segelemer ni...rasanye aku ni dulu lagi gelemer dari dia kot...ahahahhaha (mati aku kena maki dgn kawan2 aku ni jap lagi, sama ada di komen atau di ym atau di fb...)


ok ok...tujuan asal nye nak reply komen si minah ni je...panjang plak mengomel nye
korang jangan la amik pusing sgt ye jawapan aku yg khas tuk member aku ni...
biasalah kwn dgn kwn...lebih 10 taun tu kenal...kalo berckp 'hotak ko' ke, pun takde makan dalam punye...

ok ni jawapannye...

dia tanya 'ni betol ke anak korang ni, kacak melampau ni...mazri takde la kacak sangat ahahahaha'

aku jawab ni 'betul la anak kami ni...mmg la mazri tu takde kacak sgt...kacak skit tu ada la kan, kan kan kan? ehehehehe walau laki aku tak kacak (mati laki aku merajuk sat lagi ni) tapi ko tgk la pulak acuan se lagi ni....jelita sangat kan, kan kan kan? walau sperma yg bercantum dgn ovum tu tak kacak..tapi ovum tu leh menghasilkan hasil yg kacak dan jelita kan kan kan kan? skrg je dah kertua...dulu jelita lagi ahahaha (gile statement tak leh blah ni...sila jgn amik pusing sgt jwpn aku ni)

dia kata lagi 'baby baby, meh datang umah mami..tido ngan mami barang seminggu dua....'

kata aku 'ni kalo ko sebut baby baby ni kat umah aku, sure kakak baby yg sahut...malah mereka akan jawab ni baby (smbil tjk kat mdm2) yang ni adik (sambil tjk kat mdm3).....tapi kalo nak si adik tido dgn ko pun moleh...nanti ko tale la tetek malam2 kat dia ye...janji tetek tu berisi susu la...tapi aku suggest kalo ko nak jaga anak boy...ko jaga si danish la...baru terasa skit 'penjagaan anak lelaki' ni...ehehehehehe nanti leh ko main oltromen dgn dia.....ala kalo nak bagi dia diam...ko belikan la cd oltromen, xpun ko bagi je dia main game angry bird tu...diamla dia....

dia kata lagi 'gdah, kalu ko nak g memana, weken ke hape, ko tinggal je la baby mdm3 ni kat aku tau..aku rela..'

(ni ntah mana dtg huruf G dlm  nama aku pun tak tau la)

aku menjawab lagi 'ha ye la, kita 'jiran berdekatan' je...nanti aku gi shoping kat kuantan aku singgah umah ko kat putrajaya tlg tumpangkan ye...mcm kat obersea la...tgl2 anak kat member, tlg jaga sat...aler org pangey sistem apa tu kalo gitu...ala lupa la aku...tapi omputeh selalu buat.tu kan...kalo nak gi dinner ke, dating ke...atau lain2 la..ha ye la ye la...nanti aku singgah putrajya presint xx yer, tmpgkan semua sekali mdm yg aku ada ni...muahahaha

(kalo aku masih disane sure aku mintak tlg hang...ehehehehehe)


ok la pis no war ye...
saje enjoy2 kan diri....lalalalala






Tuesday, October 11, 2011

agak2 la nk suh pakai pun...

ramai yg tau, tempoh hari...aku dapat baby boy

 macho tak saya???

pastu bila aku cite....aku byk terbeli baju2 girl ni...dan mereka kata...
'ala pakai kan je...baby lagi..takde masalah la, bila dah besar jgn la pakaikan kaler pink dah'

masa tu ada sale gile2 kat Anakku
ada tu g time bulan puasa, ada tu gi time weekend...selalu ada sale la

baju yang kat bawah ni murah2 wei...
nampak mcm pink, tapi kaler peach sebenarnya...tapi mcm ala2 pink jugak la..
salesgirl tu ckp..ni tuk boy n girl ni kak...boleh pakai...
aku pun beli la...dan skrg mmg ada pakai la jugak...
(ala baju kakak dia pun, ada gak dia pakai....kebanyakkan baju tido la)

lepas tu duk pilih2 lagi terbekenan yg lain plak...sales mmg gile2 ni tuk harga baju di bwh...
harga baju dari 40-50 jadi belas2 je, ke puluh2...tak hengat dah.., begitu jugak seluar tu...

 tapi korang tgk la design baju dan seluar di atas ni...adakah korang sanggup tgk anak teruna aku pakai??????
agak2 la wei....dengan ropol2 tu..alahai....
jadi baju ni tersimpan begitu je la...

uhuhuhu tapi dah ada idea nak bagi siapa...sesiapa yg confirm dpt baby girl..insyaAllah ke tangan 'baby' tu la...tunggu dia lahir dulu



-----------------
masa preknen aritu mmg aku tak scan jantina..saje nak suprisekan diri sendiri
tapi mmg benar2 rasa so surprise la....seronok wei

Monday, October 10, 2011

Ganas, Gerun, Ghairah.....

filemgambar.php



SIPNOSIS KLIP 3GP

Eddie pada usia sekitar 20-an sudah menikmati kejayaan menerusi perniagaannya di internet. dia memiliki hampir semuanya - kacak, mewah dan ramai teman wanita.

Namun tanpa disedari sesiapa Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip pornografi dan sensasi di internet.

Maya Akhtar pula seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia menjadi mangsa ugutan teman lelakinya, Sunny yang memiliki rakaman video hubungan intim mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong isterinya sendiri Rita kerana inilah cara mereka mengaut untung. Dengan memperdayakan wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut, mereka mampu kaya.

Suria, Mina dan Zakiah pula tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan pada hujung minggu di ibu kota. tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu sesuatu yang mengerikan.

Sementara itu, Sandra pelajar sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual Jefri. Lebih dari itu, Sandra dirogol beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri termasuk abang kandung Sandra sendiri, Burn.

Babak perkosaan mereka itu turut dirakamkan geng ganas itu melalui kamera telefon bimbit Jefri. Apakah yang terjadi seterusnya keapda mangsa dalam filem ini?

Jawapannya ada di pawagam mulai 13 Oktober 2011.

sumber hmetro, rap, page R5

Saturday, October 8, 2011

Berdua Lebih Baik....sepahtu

“KAMI ada alasan tersendiri kenapa berpecah. Saya hanya mahu bekerja dengan mereka yang benar-benar serius dalam bidang ini. Masalah antara kami sudah lama berlaku sejak pertandingan Raja Lawak lagi dan ia tidak lagi dapat dibendung ketika final Maharaja Lawak tahun lalu.

“Sebab kami tinggal dua kerana Mamat tidak dapat berikan komitmen sepenuhnya kepada Sepah.

“Disebabkan kami sudah tidak bertiga lagi, rasanya kami tidak perlu menggunakan nama Sepah sebab Sepah wujud atas tiga nama seperti yang Mamat pernah cakap.

“Jadi mulai sekarang kami berdua hanya mahu dikenali sebagai Sepahtu (Sepah Two),” jelas Jepp atau nama sebenarnya, Mohd Nazri Zainal Abidin kepada pihak media, baru-baru ini.

Jepp merujuk kepada status kumpulan baru, Sepahtu yang diteruskan bersama seorang lagi rakan asal Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib tanpa lagi Mamat (Mohd Noor Murad) dengan mereka.

berita lanjut disini
alahai sudah berpecah kumpulan lawak peberet ni......tak best ler gini...tapi kita tgk dulu mcmane SEPAHTU lepas ni..maybe lebih baik...
 



gambar SEPAHTU (sepahtwo)

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012.....apa pula Bajet 2012 keluarga anda?????

sana sini sinun dah sibuk dah tuk menanti bajet 2012 yang akan diumumkan Perdana Menteri kita pada petang ini kan....
terutama penjawat awam sure tak sabar nak nanti tentang gaji....ada kenaikan ke tak...ttg elaun dan sebagainya....ada jugak yang menanti kot kot ada bonus....

tapi apa pula bajet 2012 anda....??? adakah anda akan buat bajet  keluarga tuk tahun 2012 selepas berita bajet 2012 yang diumumkan PM nanti???

adakah anda bajet tahun depan (2012) nak dpt baby baru?????
aku tidak la lagi...sbb si adik masih merah2 lagi...luka pun baru nak pulih..tak kan dah bercita2 dan bajet tahun depan nak dpt lagi...uhuhuhuu tak nyempat namanye....sabo...lagipun bajet kewangan belum dapat dipastikan lagi tuk tahun depan...tgu PM umum katanye.....

adakah anda bajet tahun depan (2012) nak tukar kereta baru????
ha yg ni mmg aku bajet aku tahun ni..tapi tak de rezeki lagi nampaknye....tgu la sedikit masa lagi...aritu abg aku dah offer ada diskaun RM2k tuk satu kete tu...tapi kena register sblm 30 september..alahai...aku tak sempat la...sibuk nak bersalin..dan sibuk berpantang...tak sempat nak uruskan

adakah anda bajet tahun depan (2012) nak tambah isteri baru (bagi lelaki) ????
kalo tanya laki aku, rasanye tiap2 tahun dia ada bajet mcm tu...tapi takde rezeki lagi katanye kot...muahahahahhaha (lelaki normal katanye kalo tiap lelaki ada niat nak pasang baru...niat je katanye...katanye la...kata hati tak tau la plak...aku tak reti nak scan hati org ni even hati laki sendiri)

adakah anda bajet tahun depan (2012) nak beli rumah sendiri????
yeayyy yg ni aku dah capai..tahun masa kelahiran anak kedua....alhamdulillah rezeki awal masa tu...tapi bajet mcm nak jual je umah tu...sbb tak duduk..bagi sewa...sayang weiiiiii sbb rumah tu dibeli dicadangkan untuk duduk disitu bukan beli untuk dicadangkan disewakan...kalo tuk disewakan baik beli rumah biasa2...

adakah anda bajet tahun depan (2012) nak buka satu perniagaan????
aku punye bajet....ujung tahun ni nak jual perniagaan...dan tahun depan aku bajet nak releks2 jaga anak2 dan suami tercinta....eh bang ai sebut cinta2 ni yu jgn minta bukan2 tau mlm ni atau malam seterusnya...sbb ai bajet nak berpantang 100 hari seperti lahirkan mdm1 dulu...boleh kan??? ni ai bajet je...kalo yu setuju...ai mesti la suka sgt....ngeh ngeh ngeh

ok apa pulak bajet anda???

mengikut kamus online bajet bermaksud :  1. belanjawan. 2. mengawal atau manganggar sesuatu dgn hati-hati.

apa pendapat anda tentang ADAT CUKUR JAMBUL masyarakat melayu???

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

* Endoi di Kedah;

* Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah
 
 
 
---------------------------------------------------
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.


Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.


Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.


“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.


“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.







dia dah botak...


ha ada request nak tgk gambar si adik celik bijik mata...
ni upload dari hp je ni...
 muka tu still ada ruam susu..kadang2 takde...hairan aku....tapi kalo time panas mmg ketara

susah nak amik gambo si adik kalo dia atas ribaan kita..sbb ada yg sibuk nak riba jugak adik...
tgk la tangan tu...sibuk je...nak pegang adik la...nak sikat adik la...kalo adik di dlm babycot..takde sape nak usik...kecuali mama je 'usik' bila adik nangis

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

sebenarnya...ikut kan hati mama ni...nak cukur rambut si adik pada hari ke7...
tapi time tu si papa la sibuk nak daftar anak bagai..jadi sian lak nak suh dia..
tapi ikutkan hati aku mmg nak buat akikah, cukur rambut dan diberi nama pada hari ketujuh...nak lebih afdal....

dan mengikut2 sejarah2 abg n kakaknye...xde pun hari ke7...buat majlis cukur jambul tu pun dah nak abis pantang.. sebab ikutkan org tua....mereka suh lepas 40 hari..lagi la kan...itulah kadang2 kita terpaksa ikut org tua...walau hati kita nak ikut sunnah...kalo ikut mereka tu sbb nak kita ni dah kuat skit..jadi kita sekali yg buat keje tuk majlis tu nanti kan...gitu la kekdahnye....kalo hari ketujuh, tak leh la nak buat apa2.....sob sob sob...
jadi sampai ke sudah la aku tak leh nak buat ikut kehendak hati aku, kecuali aku byk pitih...semua keje aku arahkan je...atau order je...

sedih tau, sedih tak sedih..dah berlalu pun hari ketujuh tu....uhuhuhu...so redha je la...


Tuesday, October 4, 2011

Susu Daging

pernah dengar apa itu susu daging?????


ye aku pun baru tahun ni mendengarnya
dapat anak ketiga....ini la pertama kali mendengarnya perkataan susu daging tu

 gambar dari google

inilah dia susu daging...
ehehehe nama ni si abg danish yg bagi...macam2 idea keluar
dia kata....'adik minum susu daging'
dia tak sedar dia minum susu lembu...kalo aku bgtau itu susu lembu tak caye...


bagaimana ye susu daging diproses??

ehehhee selamat menyusukan susu daging kepada anak2....