Thursday, December 29, 2011

Mandian bagi Kanak² menghidap ekzema

Oleh kerana adik mengalami kulit ekzema,adik terpaksa guna mandian jenama Sebamed
tak leh nak mandi guna mandian biasa, bedak ke lotion ke semua tak leh jenama lain..guna sebamed jer yg ok
sabun ni bukan mengubat tuk penyakit ekzema..tapi melindungi sahaja..kerana pH nye ok dan sesuai untuk kulit ekzema pH.5.5

harga tuk produk ni pun boleh tahn



Kelas Emel

Korang ada? menghadiri kelas mengendalikan emel²?

sekarang sedang menghadiri kelas menguruskan emel jabatan...nanti nak buat appointment ke, meeting ke...just guna emel jer, dan kehadiran boleh ditentukan dlm emel juga melalui kalender, boleh share kalender dan sebagainya, dan kita jugak boleh tahu jadual pegawai2 yang terlibat free ke tak melalui emel kalender tu jugak........tapi kalo kita jer reti guna..org lain kat jabatan tak reti...susah jugak..jadi patut satu jabatan hadiri kursus yang sama....dan ai ni pun kalo hanya sekali masuk kelas ni pun bukan nya ingat sgt..jadi mmg kena selalu amalkan baru la leh ingat...

arini plak, 29hb dis 2011 - Kelas Onenote...
Menarik rupanye menggunakan onenote ni...kalo time meeting sgt mudah dan cepat dan fleksibel, bagi kita yang suka conteng2 nota tak tentu hala...tak perlu susun2 bagai...susun2 kemudian selepas habis meeting..
so ai tgh enjoy menghadiri kelas ini...

maaf tak dapat nak jalan2 ke blog kawan2 lagi...

Tuesday, December 27, 2011

Soalan cepu emas yang biasa selepas berpantang....(tapi yang ni buat aku gelak)

Mesti korang jugak selalu dpt soalan2 cepu emas apabila habis berpantang kan.... sama jugak kalo korang belum kawin, org tanya, bila nak kawin...kalo dah kawin, org tanya bila nak dpt baby, dah dpt baby, org tanya bila nak dptkan adik tuk baby tadi...mcm2..perkara biasa....bagi aku, aku dok marah dan terasa apa2 pun apabila diaju soalan2 cepu emas ini..sbb aku pun suka jugak buat soalan2 gitu tapi tak lah aku kerap sgt tanya kepada org yg sama...nanti sian org yg sama nak menjawab...ada org akan hangin bila di aju soalan2 begini, bagi aku, aku amik ini sebagai positif 'ala org nak berbahasa / beramah dengan kita, apa salahnya, lagipun dah takde soalan dah tu nak tanya..tapi nak jugak beramah mesra / berborak dengan kita...so aku dok kisah langsung'

ok biasa soalan2 cepu emas korang dpt selepas berpantang bersalin apa dia??

aku biasa dpt yg gini....

'pantang berapa hari ni...40 hari ke 100 hari?' (selalu aku jawab...'ehehehehehehehe')

'lepas ni  tahun bila pulak nak dpt adik lagi'

'pantang org moden2 ke pantang betul2?'

'dah minum ke ais?' 

dan mcm2 lagi la soalan kan....yg sengaja nak mengusik kita..ye dok....tapi ada seorang kakak ni buat aku gelak tak hengat bila diaju soalan ini, sbb aku tak pernah lg dpt soalan cepu emas yg ni walau dah beranak sebelum2 ni...nak tau apa soklan kakak tu?...ehehe 

kakak itu : baby dah pandai meniarap  ke (sbb dah almost 4 months kan, mesti tanya soalan gini)

aku : boleh dah skit2...tapi tak sgt la lagi

kakak itu : cik abe dah meniarap jugak ke? (sambil dia tanya sambil dia gelak)

aku : ha? (mula2 tak paham, lepas tu aku hentam gelak sama...) ahahahaahahaaha


2 MLM SUDAH

MLM kat atas tu bukan Multi Level Marketing tau...dan bukan jugak MaharajaLawakMega tau....itu singkatan MALAM...ehehee..ntah pesal tadi mmg aku taip terus singkatan, takde sengaja2...jadi bila aku tgk balik..mcm singkatan Multi Level Marketing plak..uhuhuhuhu..

Ok terus kepada topik...dah 2 mlm dah aku tak leh tido lena ni...ni bukan kerana anak dua org yg besar tu 'membesar bijik' mata di waktu malam spt biasa, smlm mereka tido awal jerk...ni dek kerana si adik...ada juga dugaan membesarkan 'ustaz kecik' ni...(bleh ke panggil dia ustaz? leh kan) dah dua malam dia tido tak selesa, sian betul...tapi smlm agak hangin jugak aku, nyesal pun ada marahkan dia, dia bukan tau apa, kalo boleh dia pun takmo rasa tak selesa..hidung dia tersumbat skit, aku dah sedut dgn mulut, tapi hingus nye tiada pun, gatal2 kepala lagi, aku dah sapu ubat..tapi lite lite je sapu, nanti dia garu, lepas tu jari nak masuk mulut lak, tu kena pantau jugak..ubat sapu gatal tu racun kan...

sian sungguh, dgn hidung tersumbat, dgn gatal2 kepala skit..tu pun aku tak bagi dia garu, kalo dia garu, haru, luka, aku gosok2 dgn kain jer bagi hilang gatal...tapi dia bukan jenis merengek2 sepanjang dia gatal tu....kalo ada pun skit2 je..sbb tak selesa hidung, tak dpt nak tido..jadi dia nak berdiri je la...maybe selesa skit kot dgn posisi berdiri tu...aku dah sapu vicks seme bagai, tapi mcm tak jalan jer..sian betul...pagi tadi aku mintak maaf dgn dia, sbb marah dia takmo tido, tapi dia sengih je la dgn apa yg aku ckp..ehehehe maybe dia pun rasa bersalah buat aku lambat bangun...ahahaha...rasa nak cuti jer ni..tapi arini nak p kursus...jadi separuh hari jer ni...so masuk la jap opis...(pi kursus bawak anak2 tau)

 'mama mintak maaf ye dik' 'adik pun mintak maaf tau mama'...ehehe sama2 mintak maaf kan bagus

 sian tul jadi adik kan..lembik2 terpaksa ikut abg kakak buat peace
mana mama lalu, mesti muka tu berpaling tgk mama....pantang ada bau mama....kalo idak mata tu pandai sgt dah tgk laptop....tenung je..mcm pandai membaca dah....


kalo waktu siang, hidung dia ok, tido pun lena, pengasuh yg bitau..dan aku pun masa balik tgk, mmg lena betul, takde bunyi hidung yang tak selesa ke apa ke...

Sunday, December 25, 2011

RM1,000,000 Money Drop

suka plak aku dengan siri rancangan baru ni....kerana sambil menonton kita leh menguji minda kita sendiri.
setakat ni pasangan peserta yang berjaya mendapat wang terbanyak adalah pasangan Arzi dan Hazril dengan jumlah pelaburan yang terakhir adalah RM100,000 perghhhhh banyak la tu kan...sorang leh dpt RM50,000

dan malam tadi pasangan kekasih yang nak dptkan duit hantaran berjaya mengumpul RM60,000 wow...leh buat kenduri ni...buat hantaran dan sebagainya...tahniah2...semoga duit tu benar2 jadi duit hantaran yerk...rezeki org nak kawin tu...

kalo korang rasa nak join sekali main ni, klik la www.astro.com.my/moneydropmy
ha jangan terpekik terlolong bila org salah jawab...try ler jawab sendiri secara online dengan soalan yg sama tertera di tibi time tu...

tapi jika anda susah nak masuk atau layari laman online moneydrop kita itu (ye la..pasti ramai yang join) anda leh la saje gatai2 main sendiri, Stand Alone...syok jugak tau...leh menguji minda sendiri...


Stand Alone

ni jumlah terakhir yang berjaya aku kutip dan berjaya drop ke bawah dengan soalan ke 6...ehehehee

jom main sambil menguji minda

----------------------
soalan2 nye kadang2 buat aku nyampah...bagi la soalan2 berkenaan Malaysia skit...ini tidak..berkenaan artis luar, negara luar la, sejarah2 luar la...pesal tanak popularkan tentang Malaysia, kita orang malaysia, tanya la ttg sejarah atau berkaitan malaysia, duit yang jatuh tu pun Ringgit Malaysia..aku suka soalan yang berkaitan dengan peribahasa2, makanan2 di malaysia...itu mmg cukup bagus melambangkan kita rakyat malaysia
terima kasih la astro jika anda membaca komenan sy ttg Money drop Malaysia ni..

Friday, December 23, 2011

pitih baru pitih baru

gambar contoh duit baru RM20, wah nampaknya bakal menjadi koleksi aku lagi ni...duit RM50 yang ada  bendera 50 tahun, 3 keping masih selamat dalma simpanan..agaknye bape keping plak aku nak simpan duit RM20 ni ek...cantik benor...

Wang Kertas RM20

Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana




Wang kertas RM100

Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.



Wang kertas RM50

Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


Wang kertas RM10

Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Wang polimer RM5

Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.


Wang polimer RM1

Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia


sumber dari SINI



------------------------
corak duit RM50 still sama, tak berubah kan...tul kan?
nape tak keluarkan duit RM2 mcm dulu2 yer..kan seronok bagi pitih raya...ehehehee (dasar berjimat rm2 cukup ar....)

cantik2 kan corak duit baru sekarang ni...sampai orang dari negeri jauh2 sanggup turun ke KL nak beli set siri duit baru tu...

Thursday, December 22, 2011

ekzema


 tgk adik dipaksa duduk....kakak baby la ni suh amik gambo adik duk atas kerusi...sian adik, menurut perintah je la ye dik...
  

aritu gi klinik, doktor mengesahkan adik mengalami ekzema...makanya adik tak leh la minum susu lembu...eh mmg dia tak minum susu lembu pun, tapi aku la kena jaga jugak pemakanan doktor bitau, tak leh makan makanan laut...dan yg gatal2....
sian adik tau...abis dia garunya kepala dia..berdarah, walau kuku dia pendek, tapi tajam, oleh itu jalan menyelesaikan masalah sementara nak baik, kena pakai sarung tangan semula...mukanya merah2 sbb ekzema la..alahan susu ibu kan panas skit



Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, lepuh, berair, berkeruping, berwarna perang, tebal dan gatal.
Ia sangat mudah berlaku di kalangan bayi. Kadangkala ia dipanggil ekzema bayi dan sering terjadi di muka dan di kulit kepala. Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh sebelum mencapai umur 2 tahun. Ekzema selalunya dikaitkan dengan asma. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidapi asma mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah-masalah kulit. 

Penyebab
Kebanyakan kes ekzema ada kaitannya dengan alahan. Bagi mereka yang mudah mendapat masalah ini ia dikaitkan dengan mengambil makanan tertentu seperti susu lembu, telur, gandum dan kekacang, atau menyedut hama habuk dan debunga dari udara.

sumber google, www.infosihat.gov.my 

Wednesday, December 21, 2011

Fabulous Mom di Kuantan

last last last weekend sebelum masuk keje, aku berusaha mencari warmer (utk memudahkan pengasuh memanaskan susu ibu)...malas nak cari online..sbb nak tgk betul2 depan mata warmer tu, kot2 ada pilihan yang lain2 lebih menarik..jadi masa terbaca majalah pa & ma, ada Fabulous Mom inform yang cawangannya ada di buka di Kuantan, lantas aku call dan tanya area mana...dia kat building baru jalan Beserah tau, berdepan dengan nirwana. dan atas kedai Dobi (aku betul2 lupa nak snap gambo kedai tu, sbb anak nak netek time tu) kedai tu di tingkat 1. 

sebenarnya ada promosi dalam majalah pa&ma pun ada tjk promosi tu warmer dan sterilizer, beli pakej tu dlm 100 lebih la...tapi bila aku tanya kawan aku aka comot, dia kata tak perlu sterilize selalubotol, dan pekerja kedai fabulous mom pun bitau, kalo nak sterilize botol dalam 2-3 kali je seminggu..jadi aku amik keputasan takyah beli, rendam2 botol dgn air suam sudah..tujuan sama..actly pernah beli dulu bekas sterilizer kat anakku, tapi dah bertahun2 (4-5 years ago)...dulu pun jarang guna...kena masukkan dlm microwave...mcm stim2 la...
 last2 aku beli warmer  yang boleh guna di rumah dan dalam kete..maklum la mama n papa busy (cengkonon2nya la) jadi mudah kalo kemana2...leh panaskan dlm kete. yang ni pun ada less tau...(sale akhir tahun kan - YES), so tambahan2 lagi,cooler bag, mudah nak angkut susu dari ofis ke rumah atau waktu balik kg...so tambah lagi stok breastmilk storage and Feeding bottles
 dan ni adalah selingan2 sahaja..biasa la kalo dah ke kedai byk lak yg dilihat nya.... dan aku ni punye le 'slow' je leh terambil sock yang berumur setahun ke atas..jadi beso la sock ni..tak leh pakai lagi, takpe leh simpan...nanti dah beso mama sarungkan...
 Reusable ice pack...
yang ni beli kat fabulous mom di cawangan TTDI, harga after less dlm RM12.70 shj..masa tu mr.hUBby OS di KL..jadi aku sms dia mintak tlg belikan sbb nak guna time balik kg semasa baby maisarah ada terlibat dan menjadi peserta Majlis Hafazan 23 Surah Lazim peringat Negeri Terengganu (tak up lagi cite ni)'

actly kos breastfeeding ni lagi mahal dari nyusu biasa (bagi ibu yang bekerjaya la) sbb byk barang2 sampingan tuk dibeli, seperti breast pump, storage bottle, ice pack,cooler bag, warmer (actly ini tambahan sahaja, tak beli pun takpe, rendam dlm air suam je tapi aku nak memudahkan pengasuh)dan bermacam2 lagi la...biasalah saat membesarkan anak2 ni mmg kena byk keluarkan 'pelaburan' skit, untuk anak2 kita sendiri jugak dan untuk kebaikan mereka jugak, SUSU IBU TERBAIK OKEY...serius aku byk habiskan duit tuk anak2 daripada untuk keperluan sendiri atau barang kemas aku, kalo tgk aku mana ada sgt brg kemas bagai, yg basic2 je, tu pun sib baik mentua dan hUBby kesiankan kat aku, ehsan dari mereka je la...aku nak beli sendiri tiada..tapi smlm habuan tuk diri sendiri (bonus akhir tahun tuk diri sendiri) hanya beli beg coach je...dan beg tu yg best nye menjadi rebutan antara kawan2 di sini..ehehehehehe nasib la ye, siapa cepat dia dpt..

 dan sebenar2nya lagi, kos sepanjang breastfeeding kan anak2 takde la mahal sgt dari susu formula...sbb apa aku kata gitu..compare kan kesihatan anak  yang menyusu susu ibu dan menyusu susu formula....kos perubatan lagi..ye dak? dan kalo lagi nak jimat sepanjang breastfeeding ni, kalo kita jenis tak travel sgt, tak perlu la beli cooler bag dan itu2 semua hanya tambahan sahaja, sbb tu mcm byk kos kan breastfeeding, sbb byk barang tambahan tuk ibu2 yg bekerjaya...

eh tajuk lain, tapi melalut  ke lain sudah..

Anyhow, Anywhere, Anytime

kalau dah hantu roti tu kan...keluar la pelbagai jenis roti lagi....insyaAllah kena dgn tekak..habis la...selain roti gardenia biasa dan butterscotch  yang menjadi pilihan....keluaran yang terbaru dari Gardenia... Waffles....banyak pilihan perisa sebenarnya..tapi yang kena kat tekak ni rasanya Banana je kot...ada burberi jugak kalo tak silap...anak2 pun suka tau...mereka kongsi berdua..ada 2 packing waffles dalam ni

harga waffles ni RM1.40


tetap di hati


owh yg ni pun mmg menjadi kegemaran....bape bungkus sehari leh dihabiskan....lembut tul rotinya..dulu roti ni rm0.50 je..skrg ni dah RM0.70
aku suka jenis vanilla, dulu suka coklat..tapi ntah mcmane tak minat dah coklat...minat vanilla plak, dan amat cepat habis di kedai...kadang2 sampai takde stok vanilla sampai ke kemaman kata tokey kedai tu...
ada tiga perisa semuanya, vanilla, coklat dan jagung

--------------------------------------------------------

teringat masa di zaman uitm dulu, ada lori roti sampai...kami (kawan2 dssjune99) beli stok roti yang 0.20 sebungkus tu sampai berpuluh2 sorang...ramai tul peminat roti tu, lembut je, orang melayu lak tu buat...tapi aku lupa jenama apa...aku tgk kat area sini takde roti tu..semoga kilang roti tu terus maju dan berkembang...kami beli kat lori tu sebab lagi boleh dpt murah dari KOOP

dssjune99 - korang ingat tak roti bungkusan kuning tu?

Tuesday, December 20, 2011

Kesian anak2 aku wei


 Kalo kelapangan sekarang ni sedaya mungkin bawak anak² ke taman di luar...(taman di dlm ni rosak dan membahayakan...sbb byk patah bahaya wei)

selalunya bawak mereka selepas anta pengasuh, dan lepas tu layan la mereka ke taman, sian duk umah sepanjang hari..dulu masa pegi taska @ tadika takpe la mereka puas bermain di sana..skrg ni mereka puas bermain di dalam rumah je..sian betul....
kalo mr. hUBby takde...aku bawak je la ketiga2 sekali..dgn adik yg masih berdukung dan dengan nak handle mereka jangan main jauh² dari aku...bayangkan la keadaan huru hara aku...tapi hati ini nak gak biarkan mereka bermain di taman ni...
asyik main game kat komputer je risau jugak...risau sakit mata satu..tak berkembang otak pun satu...tak dpt udara segar pun satu, dgn bilik yg dah lunyai dan kusam di sepahkan oleh mereka jugak..tak larat aku nak kemas....
 dia tgk je bapak budak tu hayungkan budak tu (bapak budak tu masih berbaju keje lagi semasa melayan anak2)... ..sian dia...aku tak dpt nak tlg hayungkan..sbb aku dukung adik, sian kan??tapi dari pandangan matanye yg asyik melihat papa budak tu buaikan, aku dpt merasakan kesedihan yg anak aku alami...



gambar danish takde, sbb time ni aku kirim dia ke pahang..ehehehe sbb mr. hUBby OS di KL jadi otw ke KeyEll tu singgah la jap kat kg....

aritu masa bawak danish kan, dia pernah berdialog gini :

'papa dia tlg buaikan dia, saya takde org buaikan pun' (lebih kurang la ayatnye)
syahdu plak mendengar si budak nakal brutal tu berdialog dramatis....tapi aku tak dpt la tunaikan permintaan dia, sbb aku dukung adik darwisy, jadik time tu dia tlg hayungkan si adik maisarah...

lantas bila mr.hUBby balik, aku cite la apa yg danish kata tu...aku ckp gi la bawak jap..sian betul dia ckp gitu, nampak sgt budak2 tu sedih...dah la mmg jarang di layan sebegitu kan, asyik busy je tak pun asyik OS je...ptgnya hUBby pg la bawak jugak...tak lama lepas tu balik...eh kejap nye bang layan anak, tak sampai sejam....ermmm papa nye ajak balik main kat kawasan rumah plak, sbb dia pun nak main, main tennis....

skrg musim hujan tak menentu jadi kalo cuaca elok je...kalo aku tak terlalu penat, aku cuba dan gagahkan diri bawak mereka...


entry khas tuk papa mdm, uhuhuhuhu

Monday, December 19, 2011

Kala tension, kala boring, kala sedang memikir sesuatu

aku kalo nak hilang stress ke (stress tu normal bagi seorang manusia...kalo takde perasaan stress gile namanye...tak caya search la) aku suka buat mende yg mengkhayalkan spt lipat kain atau main game di atas...uhuhuhu dulu kemain marah papa mdm main game ni...skrg aku lak jadi hantunya....

stress wei jaga anak2...skrg ni rasa penat berganda2 lak...ntah la apa yg bermain dlm fikiran aku skrg ni...cuma bersabar je..dan cuba sesuaikan diri dgn situasi baru...tadi aku dah taip panjang..tapi aku tak jadi publish...aku rasa mcm merapu sungguh apa yg aku ckp tu...jadi baik aku diamkan je dari aku cerita situ sini..byk keburukkannya nanti......ehehehe jadi lebih baik diam....dan biar suami je la paham apa yg kami alami..maklumla susah nak sesuaikan diri dalam keadaan sesuatu yang baharu..begitu jugak korang kan....

tapi korang jangan anggap aku maksudkan kehadiran org baru dlm hidup kami menyusahkan..owh itu tidak sama sekali...kami sangat2 bahagia dgn kehadiran beliau...dia la yg menceriakan kami...suka senyum2, gelak2...alahai adik...dia tau mama tension dgn abg n kakak yg menyepah tak abis2...penat mama wei...

jadi jalan terbaik MAIN GAME jom..ehehehe time keje pun kalo rasa aku tak leh nak kawal perasaan terbuku di hati tu..aku main game...tapi janji keje siap dahulu...mati aku kalo bos nampak main game keje tak siap..ye la...komputer aku ni terpampang nampak oleh dia sib baik pintu dibuka...

sekian terima kasih...zombies sedang menunggu...

Wednesday, December 14, 2011

Dialog SBPA

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

so sesiapa yang malas membaca pekeliling SBPA..boleh la tgk sesi dialog @ Bual Bicara bersama KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) di Dialog@1, TV1 pada masa dan tarikh seperti berikut :



Tarikh : 14 Disember 2011 (Rabu)

Masa  : 10 malam



Kursus Online...

Sedang sibuk skrg ni mengambil kursus online EPSA - E-Pembelajaran Sektor Awam

sebab tak cukup kursus jadi kena la usaha sendiri...dah hujung2 tahun ni mana ada lagi INTAN anjur kursus..kecuali tuk dalaman...nanti hujung bulan ke Kiara plak...

jadi kepada rakan2 yang berminat nak berkursus boleh la klik kat perkataan EPSA di atas untuk mengikuti kursus online...seronok babe...sbbnye byk gambar2...dan menarik cara presentationnya...

Tuesday, December 6, 2011

arini 10 Muharram


PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA 
(10 MUHARRAM).
  
1.    Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.   
2.   Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.   
3.   Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.   
4.   Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.   
5.   Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.   
6.   Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   
7.   Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.   
8.   Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt".    
9.   Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.   
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat  
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.   
12     12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti  memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; "Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".

 "Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa, maka Allah
akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu". Sufyan berkata, "Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya".


"Ketika Nabi Muhammad SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa, maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka,"Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa dari Bani Israil terhadap Firaun dan kaumnya. Makan kami puasa kerana mengagungkan hari ini" Maka sabda Nabi Muhammad SAW; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kami".

sumber emel