Tuesday, February 28, 2012

kalo sudi tlg la

kalo sudi tlg la vote yer...tq yer







link bilik di atas

sori lama tak BW....masa sgt2 tak mengizinkan skrg ni...insyaAllah selepas semuanya selesai minggu ni boleh la 'jalan-jalan'



Friday, February 24, 2012

Stress itu benar ada positifnya

Salam Jumaat,


Kelmarin ada terbaca di ruangan satu diskusi di facebook...

'Stress ni ada yang bagus....apabila seseorang stress ia akan berusaha'

yesss sy setuju dengan ayat tersebut...

seperti contoh apabila bos meminta kita melakukan sesuatu, dan kerja kita tak siap2...jadi bos memberi dateline, jadi timbul stress kepada kita..kerana waktu semakin hampir, jadi kita pun berusaha untuk mencapai / membuat tugasan tersebut dengan masa yang ditetapkan...

jadi timbul la perkara yang POSITIF dari stres (tekanan) tadi....

contoh lagi, seorang bayi juga mengalami stres, kerana melihat orang dewasa sekeliling boleh berdiri, duduk dan membuat sesuatu, tetapi mereka tidak mampu, jadi dari situ timbul USAHA mereka untuk meniru seperti orang dewasa dengan permulaan langkah mengiring, meniarap, merangkak, duduk, berjalan dan seterusnya. mereka akan sentiasa tidak puas hati dengan pencapaian mereka, jadi mereka akan berusaha dan berusaha untuk mencapai supaya dapat beraksi seperti orang dewasa mengikut kesesuaian dan fizikal tubuh seiring dengan peningkatan umur mereka. satu lagi contoh, apabila ada sesuatu yang menarik minat dihadapan mereka, tangan si bayi akan berusaha 'mencapai' objek tersebut dengan sedaya upaya mereka....dan bila gagal mereka akan menunjukkan stress dengan menangis, tapi mereka tidak kenal erti putus asa....jadi timbul tak positif disini????


(lepas tu pandai mengorat seperti orang dewasa...ehehehhee)
-------------------------------------------------------------
tetapi bagi mereka yang terlalu sering mengalami stres tentunya boleh berakibat kesan negatif pada tubuh. Seperti munculnya penyakit, meningkatnya berat badan dan tekanan

jadikan cuba sentiasa berfikiran positif supaya 'stres' yang diterima tidak menjadi negatif

Thursday, February 23, 2012

Lisa selamat menjadi surihati Yusry


gambar lisa surihani dan yusry selepas majlis pernikahan

tahniah kepada mereka...semoga berkekalan hingga ke syurga ye yusry

credit to http://www.ardinihumaira.com/

Bila kah masa itu

Bilakah masa yang dapat ku selitkan untuk mengupdate blog??

Bilakah masa yang dapat ku curi untuk 'menceritakan ttg asal usul voucher itu?

Bilakah masa yang dapat ku cari untuk abadikan kisah anak3

Bilakah masa terluang aku ketika ini?????

Malam tadi agak terluang....tapi nak buat mende lain....sbb ada date line...tapi dlm pada tu...kena riba anak jugak....

sob sob sob....waktu muda ku sudah berlalu, waktu lapang ku pun sudah berlalu.......



masa itu emas...cepatnye masa berlalu..adakah kiamat akan tiba....

Thursday, February 16, 2012

Sudah Jauh Dari 'Tempat Bertapa'

dulu, masa 'tak boleh bergerak' ke mana² lagi...'bertapa' je la atas tilam kecik tu...

sekarang kalo pg kejap ke dapur...
 tgk la keadaan di atas..tu baru sekejap...belum lagi mandi ke apa ke
orang dah pandai meniarap..dan mengesot²...berguling²...
tak duduk dah kat tmpt kecik tu..kena bentang kan toto plak...
kalo duk atas katil...tak boleh biarkan sorang² dah...
kalo kita nak pakai baju ke apa ke..kena letak bantal sekeliling dia dulu, buat mcm pagar...
kalo tak sedar² lepas sarung baju dia di hujung katil dah

cepat jer rasanye dia membesar
rasa mcm baru jer dia keluar dr perut ni


masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari..
sebenarnya kita yang terlalu sibuk dgn duniawi hingga terasa masa berjalan 'laju' jer


Wednesday, February 15, 2012

WW : my girl



Dia la Peneman mama ke salon dan shopping


------------------------------------------------------
nanti ai cerita ttg voucer kfc/pizza tu dtg dari mana yer..arini kan hari rabu...ehehhe
kiranye esok la ai cerita..panjagn dan lebarnye

WW - Kamu ada????

 AKU????


aku ada 5 keping, patutnya 10 keping...uhuhuhu (kena pow awal²)

Tuesday, February 14, 2012

Murah-Murah

11 Februari lepas.... masa ralet ralet tgk harian metro...sesaje aku la tgk kat iklan dari courts..
apa yang menarik perhatian aku adalahhh
jeng jeng jeng....tapi apa yang lebih menarik..kat iklan di paper tersebut adalah RM199 untuk 20 unit sahaja di cawangan2 yang baru di buka seperti Kota Damansara, Ukay Boulevard dan satu lagi lupa di area mana..

lantas aku call adik aku di damansara..suh tlg belikan..tapi dia ada keje plak pagi tu..dia gi petang...ermmm dah habis la...dia kata sehari ada 5 unit jer jual...so aku minta gi hari ahad nye...dia kata dia nak balik kg...dia kata lagi...minggu akan dtg ni ada lagi...5 unit setiap sabtu dan ahad....lepas tu takde dah...cukup 20 unit...

harap2 dapat la pada 18 atau 19 Februari ni..kalo adik aku tak dpt..mean takde rezeki...sbb ramai org beratur sebelum dibuka org courts tu cite kat adik aku...
---------
so korang berada di sana...gi la beratur kan sekali

Doktor ni bikin saspen jerkkkk

alkisahnya last time, dlm 2 week ago  (mmg cerita dah lapuk) 
aku gi buat check up di klinik biasa tuk anak teruna yang kecik tu...mdm3...
sebabnya nafas dia mcm kuat dan berkahak skit...dan ada batuk² skit time tu
so ingat nak buat nebulizer tapi doktor tu, (aku namakan dia doktor Z)  suggest takyah lagi..
sbb dia kata sebenarnya tak berapa elok...efek otak skit²....
tambahan dia masih 'bayi' lagi dan tambahan lagi kahak dan bunyi nafasnya tidak la terlalu over....
tapi tiap kali org pegang @ dukung dia mesti akan kata 'kuat nafas adik ni, tak gi sedut nebulizer ker?' 
lantas aku pun mcm tak sedap hati dah..aku pun gi la jugak...sebab ramai yang perasan...
selama ni aku sapu vicks je la...(dulu masa mdm1, pernah dah sedut gas tu dan sedut kahak, kena buat jugak sbb taska nya berekon, jadi keberangkalian nak baik tu lambat sedikit)

PESANAN DOKTOR Z

dan bila doktor Z suggest tak payah buat (dia kata nak buat, dia takde hal, dia boleh buatkan) 
dia bagi ubat je la...
ubat cair kahak....
dan dia pun minta next time datang (siap bagi tarikh tu) bawak adik beradik yang lain
sbb nak tgk adik ni jangkit dgn siapa...batuk-batuk tersebut...
dan pesanan terakhir doktor 'buat masa ni awk jgn cium² kat adik ni, nak cium, cium tempat lain, badan ke tangan ke...muka jgn' 
aku ni tercenggang dgr pesanan doktor...dalam hati berkata 'apa ke sengal doktor ni, tak bagi cium, tak boleh hidup aku kalo tak cium2 adik...bau adik tu hilang stress'
si adik sengih2 jer bila aku membebel sambil cium2 dia lagi banyak...kalo biasa '1juta' kali cium, bila doktor tak bagi lagi aku darab...15juta kali aku cium jadinye....ehehehhehehehe

ALKISAHNYA

ok bila bawak mdm1 dan mdm2 sekali...
doktor Z tu check tekak mereka..
doktor Z kata mereka ni ada TONSIL ni...besar
haisshhhhhh gelabah gelaban dah aku n hUBby ni...
dia kata kalo tgk keadaan yg mcm ni....dia mmg suggest operate jer...
dia kata environment di 'daerah' ini  yang menyebabkan ramai budak di daerah ini dapat tonsil 
(itu doktor Z kata, bukan FAKTA okeh)

haiyaaaa lagi la tak keruan kami ni..
aku tanya takde jalan lain ke untuk reda kan nya..
dia minta mdm1 dan mdm2 makan ubat adik yang diberi tempoh hari dalam dos yg berbeza mengikut umur
dan masa tu aku mintak ubat utk ekzema 
yesss ubat tu serasi dgn adik....pg klinik lain aritu tak berapa nak berkesan
lepas tu dia siap ckp 'hari ahad nanti datang, sy nak check tekak mereka lagi...ok ke tak, kalo tanak makan ubat, operate jer'
haiyaaaaa doktor Z ni...asyik suh datang jer...suh melabur duit ke dia jer ni...tak leh jadi..sekali gi dah rm40 ke atas...

lantas aku cite dgn teman²...berkenaan doktor Z di klinik tersebut....
dan teman2 kata...mereka pernah gi...dan anak mereka pun disuspek tonsil la, itu ini la
mmg doktor Z tu suka buat kita suspen jer...padahal takde la besar dan teruk sgt...
ekspresi doktor Z tu mmg buat kita cuak jadinye...
dan mereka pun di suruh doktor Z tu datang lagi dan lagi.....ehehehhee

so aku kata...jalannye kalo nak tau tonsil tu teruk sangat ke tak..
kena check dgn doktor lain la...tapi aku tak buat lagi..
sbb aku tgk anak aku takde la tak selera sgt makan
takde la demam2...rasanye tahun lepas xde yang demam kot..
kalo demam pun mdm2 jer...itu pun sehari dua jer demam nye...

tonsil ni kalo dah demam-demam selalu
kalo makan tak selera, sbb tekak sakit...
ha ini mmg dah harus di operate la

dan aku pun dah google about TONSIL ni
dalam pembacaan aku..budak2 mmg ada tonsil...
ia seperti berbunyi 'saya ada mata' ' saya ada telinga' 
sama jugak 'saya ada tonsil'

PERKONGSIAN ILMU

ok ini aku copy dari sini  untuk perkongsian ilmu
Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.
Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain.

Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau.

Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.


KEBAIKAN DAN FAEDAH

tapi ada kebaikan jugak tau bawak budak2 ni jumpa doktor Z tu tempoh hari
bila mereka dengar kena operate mereka dengan offer diri nak makan ubat
kalo tidak..kena paksa makan ubat..sakit jiwa aku nyahhh
dan sekrang ni makan madu pun suka..
kalo tidak makan madu tu mcm makan cuka gamaknye
tau mereka takut bila aku ckp nanti 'tekak' kena kerat.....

dan ke'bagus'an yang aku dapat dari klinik doktor Z tersebut adalah
Doktor Z ni kalo dia nak cerita pasal ubat,
dia akan minta pembantu dia bawak ubat ke meja dia
dia akan terang satu persatu ubat tu
cara makan nya..dos byk mana..semua dia yg tulis
bukan pembantu dia yang tulis...
mean takde istilah pembantu tersilap paham tulisan doktor berkenaan nama ubat..
doktor Z mmg siap tjk ini ubat untuk apa dan apa

kalo klinik lain ada????? setakat ni aku jumpa...semua pembantu tulis je
dan pembantu yang bagi ubat dan terangkan...
kalo klinik 'kerajaan' yang satu ni pernah aku pg
bagi ubat..,main bagi je...tak bagi penerangan pun...
rasa nak sound jer....
klinik lain tak yer..aku tgk putrajaya presint 9 ok jer kat bahagian farmasi tu



Monday, February 13, 2012

Sedang membuat satu artikel...

berjayakah aku gamaknye membuat satu artikel berkenaan PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA....

ayat aku dah la tunggang langgang...aku mintak tlg 'org' tu check kan ayat2 gaban aku tu..jadi ayat2 bahasa melayu yg bagus pun...dia takmo tlg...dia kata sejam RM80...ciskek betul kan..

ayat bagaimana harus aku mulakan yer???

RM1 vs RM55

 Rabu lepas aku gi klinik gigi tapi masa yang boleh 'arrange' kan gigi aku ni adalah 12 Mac 2012 (mak ai almost 1 month)
dan pada hari yang sama jugak, kerana tension aku beralih terus ke klinik private..senang cite..
tak sampai 1/2 jam pun....tak perlu berminggu2 nak buat tampalan...

nyampah nyahhhh...
pe salahnye kerajaan tu buat kan...bukan nye lama sangat pun...
aku rasa masa di putrajaya dulu....takde la sampai berappointment kot kalo nak buat TAMPALAN...kan?
ke aku yg perlupa....

yg pasti dr. syarifah ni bagus...lepas sehari dia call tanya..ada sakit ke, ada tertanggal ke...

perasaan : pesal beberapa jabatan tak 'inovasi' lagi???? slow la gini...

Friday, February 10, 2012

Harga Set B

Semalam lupa nak bitau harga vitamin shaklee tu...kot2 sesape yang berminat..
dan terlupa juga nak link kan dengan siapa boleh di beli
tu la akibatnya buat blog sambil buat keje...jadi mende penting yg boleh dishare lupa jadinye...

saya beli dengan kawan sy kat putrajaya

Set B bernilai RM80

bilangan biji nye untuk setiap vitamin sy tak tahu
boleh tanya KAWAN SAYA TU, Hazimah Mustafa, 019-392 9910, zimahdepart.blogspot.com



Thursday, February 9, 2012

Semua demi mu

 set B, shaklee
apa yang ada dlm set B ini....
Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
B Complex 
Vitamin C
Alfalfa  

 free dompet kecil ni...dompet ke ek? aler kecik comey jerk...sebelum anak dara aku nak, aku simpan kunci2 dlm ni, dan bekas kunci asal..aku isi vitamin2 tersebut...
ini dia set untuk menambahkan 'kuantiti' dan 'kualiti' susu
alhamdulillah ada perbezaan..susu pekat jadinye...dan sentiasa ada....
(dulu masa minum susu anmum tuk breastfeed mdm1 pun pekat mcm ni la)
bekas ni seperti biasa...kakak baby NAK...
adik tak dpt apa? walau semua vitamin di atas adalah untuk
insan di bawah ni..

berbreasfeeding di mana2.....masa ber'parti' evening di rumah member


terasa nak jadi ahli shaklee plak..
zimah pls advice me...
kwn aku sini pun makan produk shaklee tuk penyusuan jugak ni

Sebut jer nama, mmg telan air liur

besday orang lain ni..
tapi anak aku menumpang...ehehehhehe
actly kami minta seorang member ni buat makan2 kat umah dia...saje lepas2 keje, lepak bersama-sama...gossip2...eh takde gossip2..makan makan sahaja...layan anak2...perempuan semuanye...tapi tah mcmane time ni.....hUBby ai join sekali...aiyarkkkkk bukan aku dtg sekali dgn dia yerk....dia dtg mengekor....ahahahahhahaa

 actly besday pegawai sini...pn. ayu dan pn. mashitah....(kwn gosip)

kek chocolate indulgence secret recipe


 menjadi pilihan hati sekarang ni..
pantang lalu kat situ..mesti nak beli se slice 
seminggu tu sampai 3-4 kali beli se slice ni, rasanye budak secret recipe tu tau doh..dtg semata beli yg ni jerk....

mcm mengidam je kan.....mengandung lagi kah????



Wednesday, February 8, 2012

botol Susu adik


ni adik punye set botol susu dari tupperware...
satu set ni RM89.30 (kalo tak silap...buku katalog yg jual set ni dah ke mana tah...) yg ni harga dlm katalog lain... 

barang-barang yang ada dalam set botol tupperware ni (precious baby collection)
1. One Touch Canister Small with Prints (1) 2L
2. Baby bottle (2) 8oz
3. Baby bottle Cap & Collar (2)
4. New Tri-Flow Teat (2)
5. Gift Box

yang 2 bekas kecil kaler biru tu adalah PERCUMA yang bernilai RM24.90 (ini pun harga anggaran...)
tapi yang pasti percuma la....dan yang pasti adik tak dpt kedua2 bekas tu..sbb abg n kakak nak jugak tuk mereka...jadi dpt la satu sorang...

selalunya kalo beli botol susu tupperware sahaja berharga RM70.20
so untung la kan harga yg aku dpt time promosi last time..

fakta dari aku : botol ni tak guna lagi..sbb adik tak tahap capaian minum susu sampai 8 oz lagi...ingat nak guna botol ni bila dia dah minum susu formula secara penuh nanti, insyaAllah setahun lebih ke atas...jadi simpan je la dulu..bukan basi pun..aku beli sbb promosi nye murah susah nak dpt dah harga sebegitu...btw aku dapat 25% potongan harga ahli plak tu..


Boleh Berbahasa korea dan mandarin selepas kemalangan

Berita malam tadi, 7 Februari 2012, TV3, 8 mlm..... ada mengisahkan seorang remaja perempuan (belasan tahun), Noraini Ismail,  berasal dari Besut, Terengganu boleh berbahasa Korea dan Mandarin dengan lancar selepas dia terlibat dengan satu kemalangan yang melibatkan kecederaan di kepala. 
(aku rasa ini ayat yang paling bagus susun aturnya aku pernah create di dalam blog, ehehehehhe)

Menurut beliau, kebolehan luar biasa tersebut terjadi selepas empat hari terbabit dalam kemalangan motosikalnya yang dirempuh oleh sebuah lori kecil ketika pulang dari sekolah.

berita selanjutnya aku copy paste dari Harian metro pilihanku.....

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap. Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan. - Bernama




Monday, February 6, 2012

ku terpaksa...

 last time, masa aku jadi pegawai perhubungan satu bengkel, dan aku sertai sekali bengkel tersebut (bengkel memantapkan suara atau lebih tepat mengSUMBANGkan suara...ehehehe) aku jadi penat sepenat2 nya..eh tak la penat sangat...tapi aku pening dan pelbagai lagi..nak muntah2 pun ada...sbb nya aku jadi pegawai perhubungan aku jugak peserta dlm bengkel tu dan aku jugak terpaksa jadi videowoman...aduhaiiiiiii apa kejadah nya semua ini...akibatnya, pengeluaran susu aku pada minggu iitu tidak begitu menJAYAkan

  
dan dengan paksa rela aku terpaksa membelikan adik susu tepung..
dan aku terpaksa beli susu SOYA..sbb adik ekzema...alah susu lembu 
ni tin paling kecik..habis susu ni..aku tak beli dahhhh...

abg n kakak dulu lepas putus susu aku selepas umur setahun ke atas..semuanya minum isomil..semuanya alah susu lembu...bila dah 2 tahun baru tuko susu biasa...

Thursday, February 2, 2012

Gajah pakai contact lense



amsterdam : Sebuah zoo di Amsterdam mencatat sejarah setelah berjaya memakaikan kanta lekap yang besar untuk seekor gajah yang mengalami kecederaan mata.

Artis zoo dalam laman webnya menulis, "Win thinda adalah gajah pertama di Eropah yang memakai kanta lekap."

gajah Asia berusia 44 tahun itu secara tidak sengaja mencalarkan kornea mata kirinya ketika bermain dan matanya asyik berair.

Menurut kenyataan, prosedur itu mengambil masa satu jam.

---------------------------------------------
sumber harian metro

Wednesday, February 1, 2012

Ana Raffali akan bernikah dengan jurugambar

sumber harianmetro

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali 27, bakal melangsungkan pernikahan pada 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, taman Melawati.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' memilih jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah 30, sebagai suaminya ketika memaklumkan perkara itu dalam sidang media.

majlis akan bermula dengan majlis pertunangan pada jam 10.30 pagi dan disusuli dengan akad nikah sejam kemudian.

berita selanjutnya harianmetro, 1 Februari 2012

APA ITU HIBAH?

. Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa p...

Labels