Wednesday, February 8, 2012

Boleh Berbahasa korea dan mandarin selepas kemalangan

Berita malam tadi, 7 Februari 2012, TV3, 8 mlm..... ada mengisahkan seorang remaja perempuan (belasan tahun), Noraini Ismail,  berasal dari Besut, Terengganu boleh berbahasa Korea dan Mandarin dengan lancar selepas dia terlibat dengan satu kemalangan yang melibatkan kecederaan di kepala. 
(aku rasa ini ayat yang paling bagus susun aturnya aku pernah create di dalam blog, ehehehehhe)

Menurut beliau, kebolehan luar biasa tersebut terjadi selepas empat hari terbabit dalam kemalangan motosikalnya yang dirempuh oleh sebuah lori kecil ketika pulang dari sekolah.

berita selanjutnya aku copy paste dari Harian metro pilihanku.....

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah yang cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bulan lalu kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian berkenaan.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa berperasaan luar biasa dan bercakap ganjil dalam bahasa tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan. “Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang, Jefri Ismail yang terbabit dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Januari lalu dalam perjalanan pulang dari sekolah. “Akibat kemalangan itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap. Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia. Mansena berkata, anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor. Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta ingatannya masih baik, namun sering mengadu sakit kepala pada waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital. Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar berkenaan. - Bernama




5 comments:

♥cikmOt♥ said...

hurmm...bila agaknya aku nak fasih berbahasa korea ni...nak p sana...hehehe

~aSHa~ said...

hehehehe p la class...kat sane kan byk kelas2 bahasa ni

~ yus ~ said...

ada dengar di radio gak pasal ni semalam. Macam tak percaya pun ya kan...pagi2 je pulak tu boleh berbahasa lain.

.:fyzz:. said...

sara ei..eh nih bahasa korea nih..hehe..syoik nya budak tuh..tiba2 leh kecek bahasa korea..cayalah..tp harp2 otak dia tak dak effection..

LiErOSe~QiEmi said...

ada baca dlm paper pagi tadi.. dasat kan...camne leh jd camtu ek dari segi teorinye???