Tuesday, February 14, 2012

Doktor ni bikin saspen jerkkkk

alkisahnya last time, dlm 2 week ago  (mmg cerita dah lapuk) 
aku gi buat check up di klinik biasa tuk anak teruna yang kecik tu...mdm3...
sebabnya nafas dia mcm kuat dan berkahak skit...dan ada batuk² skit time tu
so ingat nak buat nebulizer tapi doktor tu, (aku namakan dia doktor Z)  suggest takyah lagi..
sbb dia kata sebenarnya tak berapa elok...efek otak skit²....
tambahan dia masih 'bayi' lagi dan tambahan lagi kahak dan bunyi nafasnya tidak la terlalu over....
tapi tiap kali org pegang @ dukung dia mesti akan kata 'kuat nafas adik ni, tak gi sedut nebulizer ker?' 
lantas aku pun mcm tak sedap hati dah..aku pun gi la jugak...sebab ramai yang perasan...
selama ni aku sapu vicks je la...(dulu masa mdm1, pernah dah sedut gas tu dan sedut kahak, kena buat jugak sbb taska nya berekon, jadi keberangkalian nak baik tu lambat sedikit)

PESANAN DOKTOR Z

dan bila doktor Z suggest tak payah buat (dia kata nak buat, dia takde hal, dia boleh buatkan) 
dia bagi ubat je la...
ubat cair kahak....
dan dia pun minta next time datang (siap bagi tarikh tu) bawak adik beradik yang lain
sbb nak tgk adik ni jangkit dgn siapa...batuk-batuk tersebut...
dan pesanan terakhir doktor 'buat masa ni awk jgn cium² kat adik ni, nak cium, cium tempat lain, badan ke tangan ke...muka jgn' 
aku ni tercenggang dgr pesanan doktor...dalam hati berkata 'apa ke sengal doktor ni, tak bagi cium, tak boleh hidup aku kalo tak cium2 adik...bau adik tu hilang stress'
si adik sengih2 jer bila aku membebel sambil cium2 dia lagi banyak...kalo biasa '1juta' kali cium, bila doktor tak bagi lagi aku darab...15juta kali aku cium jadinye....ehehehhehehehe

ALKISAHNYA

ok bila bawak mdm1 dan mdm2 sekali...
doktor Z tu check tekak mereka..
doktor Z kata mereka ni ada TONSIL ni...besar
haisshhhhhh gelabah gelaban dah aku n hUBby ni...
dia kata kalo tgk keadaan yg mcm ni....dia mmg suggest operate jer...
dia kata environment di 'daerah' ini  yang menyebabkan ramai budak di daerah ini dapat tonsil 
(itu doktor Z kata, bukan FAKTA okeh)

haiyaaaa lagi la tak keruan kami ni..
aku tanya takde jalan lain ke untuk reda kan nya..
dia minta mdm1 dan mdm2 makan ubat adik yang diberi tempoh hari dalam dos yg berbeza mengikut umur
dan masa tu aku mintak ubat utk ekzema 
yesss ubat tu serasi dgn adik....pg klinik lain aritu tak berapa nak berkesan
lepas tu dia siap ckp 'hari ahad nanti datang, sy nak check tekak mereka lagi...ok ke tak, kalo tanak makan ubat, operate jer'
haiyaaaaa doktor Z ni...asyik suh datang jer...suh melabur duit ke dia jer ni...tak leh jadi..sekali gi dah rm40 ke atas...

lantas aku cite dgn teman²...berkenaan doktor Z di klinik tersebut....
dan teman2 kata...mereka pernah gi...dan anak mereka pun disuspek tonsil la, itu ini la
mmg doktor Z tu suka buat kita suspen jer...padahal takde la besar dan teruk sgt...
ekspresi doktor Z tu mmg buat kita cuak jadinye...
dan mereka pun di suruh doktor Z tu datang lagi dan lagi.....ehehehhee

so aku kata...jalannye kalo nak tau tonsil tu teruk sangat ke tak..
kena check dgn doktor lain la...tapi aku tak buat lagi..
sbb aku tgk anak aku takde la tak selera sgt makan
takde la demam2...rasanye tahun lepas xde yang demam kot..
kalo demam pun mdm2 jer...itu pun sehari dua jer demam nye...

tonsil ni kalo dah demam-demam selalu
kalo makan tak selera, sbb tekak sakit...
ha ini mmg dah harus di operate la

dan aku pun dah google about TONSIL ni
dalam pembacaan aku..budak2 mmg ada tonsil...
ia seperti berbunyi 'saya ada mata' ' saya ada telinga' 
sama jugak 'saya ada tonsil'

PERKONGSIAN ILMU

ok ini aku copy dari sini  untuk perkongsian ilmu
Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.
Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain.

Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau.

Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.


KEBAIKAN DAN FAEDAH

tapi ada kebaikan jugak tau bawak budak2 ni jumpa doktor Z tu tempoh hari
bila mereka dengar kena operate mereka dengan offer diri nak makan ubat
kalo tidak..kena paksa makan ubat..sakit jiwa aku nyahhh
dan sekrang ni makan madu pun suka..
kalo tidak makan madu tu mcm makan cuka gamaknye
tau mereka takut bila aku ckp nanti 'tekak' kena kerat.....

dan ke'bagus'an yang aku dapat dari klinik doktor Z tersebut adalah
Doktor Z ni kalo dia nak cerita pasal ubat,
dia akan minta pembantu dia bawak ubat ke meja dia
dia akan terang satu persatu ubat tu
cara makan nya..dos byk mana..semua dia yg tulis
bukan pembantu dia yang tulis...
mean takde istilah pembantu tersilap paham tulisan doktor berkenaan nama ubat..
doktor Z mmg siap tjk ini ubat untuk apa dan apa

kalo klinik lain ada????? setakat ni aku jumpa...semua pembantu tulis je
dan pembantu yang bagi ubat dan terangkan...
kalo klinik 'kerajaan' yang satu ni pernah aku pg
bagi ubat..,main bagi je...tak bagi penerangan pun...
rasa nak sound jer....
klinik lain tak yer..aku tgk putrajaya presint 9 ok jer kat bahagian farmasi tu



14 comments:

Ayuni said...

hm, ms kecik dulu kakak sye pernah demem n tonsil kne bedah, kalau demem tonsil mesti bengkak, selaunye ms kecik, skang dh besar xdelah pulak camtu....

cheqna said...

seriau dengo kalu budak2 kena bedoh..huhuhuhu

♥cikmOt♥ said...

kalu budak ada tonsil...dan tonsil yang besar...nak ke tak nak mang kena operate la kak...

eima said...

boleh cam klu budak demam sbb tonsil, demam tak kebah, nafas berbau, hilang selera mkn, berdengkur

fahim kan ade tonsil tp tak lah teruk tp besar jugak ...

rasanya dr.Z tu saje je nk suruh pegi lagi ..klu betui teruk pesal die tak refer paed je ...betui tak ...


tp kak klu tak de panel mmg terasa tiap kali pegi 40-50 ringgit... dulu sekejap rasa waktu panjang sambung blajar ..perit wo0o

Cho Zila said...

rasanya memang betoi semua der jer kot tonsiltu..
harap leh sihatler hendaknya...
klu dah suspen ngat gi pakar kanak2 lagi puas hati kot...

Ena said...

ada lebih dan kurangnya ye asha.. hehe

ibu MZW @ farah idayu said...

k.sha, skang still refer dr. Z tu ker? tgk anak2 k.sha berselera sgguh makan tu..shud be no prob la kan..hehe..nak2 anak dara tuh geram tgk lengan dia tu (sbb ade gelang) kah kah kah =p

~aSHa~ said...

Ayuni --> rasanye ini problem masa kecik je kan..

~aSHa~ said...

cheqna --> anak2 k.sha pun seriau tu yg nak makan ubat...

~aSHa~ said...

cikmot --> anak aku tak sgt kot..sbb elok dan molek makan minum..takde mengadu sakit...dan takde demam2...

~aSHa~ said...

eima --> tu la...agaknye nak suh refer dia jer selalu...tempoh seminggu je lak tu dia bagi...mean tiap2 minggu agaknye suh gi...nak cuba kerajaan plak

~aSHa~ said...

Cho Zila --> saspen dgn doktor jer...rasanye anak2 ok jer...sbb kesihatan takde masalah setakat ni

~aSHa~ said...

ena --> yg lebih nye mereka mudah makan madu dan ubat

~aSHa~ said...

ibu MZw --> ehehehehe berselera la sbb tangan berat......ahahaha

kalo makan tak selera tu yang kena operate....2 kali je gi dgn doktor Z tu..tak mampu la nak gi lagi dan lagi tgh2 bulan ni