Thursday, March 15, 2012

Kelantan Bimbang Ramai Suri Rumah Hidapi HIV


KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan bimbang dengan peningkatan bilangan penghidap HIV di negeri itu terutama yang membabitkan suri rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.
"Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah. "Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri," katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat pada Khamis.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu. "Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan," katanya.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan itu, Wan Ubaidah meminta agar semua Anggota DUN membantu kerajaan negeri berbuat sesuatu mendidik masyarakat menjauhi dadah dan seks bebas di tempat masing-masing.

Wan Ubaidah menafikan kerajaan Pas gagal menjalankan gerakan dakwah kepada penduduk negeri itu sebaliknya menyalahkan media terutama televisyen sebagai antara punca gejala itu.

Akhbar pada 16 September lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. -BERNAMA

5 comments:

.:fyzz:. said...

hmm mcam2 hal skang kan...

CheNamNam said...

hishh ngeri betul lah..
dah ader bini kat umah yang dok gatai sodok pelacur lagik kejadah aper lah derang nehh..tak paham haku.

kesian bini kat umah..yang hisap dadah cara hisap dadah nyer,tak serik-serik laa haii..memalukan betul..

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

ya Allah,
mintak dijauhkan ujian sebegini,
amin!!!

cheqna said...

mitok jauh
seriya sere

Ena said...

Nauzubillah.. mintak dijauhkan