Monday, April 30, 2012

orang tua nak berdressing orang muda...ehehehee

ni gambo bergedik masa p kursus setiausaha
 
pes time ni ai amik gambo sendiri..caya tak? percaya la..ai tak pernah amik gambo muka sendiri lor..ai kan pemalu (uwwekkkk)....

dan pestime bergedik nak berselendang begitu....punya la sukar kan..

member kata 'biasalah org tua nak jadi org muda...gitu la..ada je rasa tak kena' 
ahahahhahahahhah siut kan...

dia senyum jerk...kalo abg danish....


last time aku gi kursus kat KL..tinggal la mdm1-3 tu di kampung...jiwa ni bergelora jerk mengingat kan si kecik ni...susu tak yah ckp la...sampai demam2 aku dibuatnya...sbb lambat pump....

teruna aku ni...dikhabarkan dari kampung, nangis jer malam2..merengek2...cari mama....ada papa pun tak jalan nak mama juga...(bau busuk ketiak mama ni la perfume dan ubat tido dia)
ni gambar masa nak amik mereka...senyum jer si adik nampak mama...mula2 terpisat2 jugak dari bangun tido..ingatkan mimpi disiang hari mama muncul..rupanya realiti...terus tersengih2....

kalo abg danish dulu masa kecik², kalo kena tinggal merajuk......kemain merajuk...kita duk tepi dia..dia lari ke hujung sofa...ehehehee puas jugak memujuk, kalo hulur mainan, dia nak lepas tu lari ke hujung sofa lagi, dan sengih2 tgk kita...dia nak kita gi peluk2 dia baru hilang rajuknya..kelakar kalo diingatkan....

macam2 kan peel anak ni.....kakak baby jerk steady jerk kalo kena tinggal...kalo mama balik, dia jerit 'mama, mama' gitu je la...takde la merajuk²....

dasat mama ni

dasat mama ni biarkan mereka berbogel jerk mandi di luar rumah..ehehehehe...dah tak sempat2 sangat nak mandi...takyah berbaju la memasing akhirnya...yg kecik tu mengelupur nak join sekali..mana boleh kalah kan dik...nak jugak....suka benar dia dpt merangkak dlm kolam kecik ni....

Sunday, April 29, 2012

chaiyok abg danish, chaiyok...

 tgk tangan tu...sokongan padu si adik kepada abang danish yg main game...
 abg danish, go abg danish go...
semangat adik menyokong abang danish main game yerk dik....ehehehhe siap tolak2 walker suh abg danish ke tepi..dia nak main jugak...

Thursday, April 19, 2012

Puteri Ayu

pestime buat wei....actly anak dara tu suka makan..tapi smlm mood makan dia ke laut.....dan aku pun tak tau kenapa ada kuning2 kat kelapa tu...padahal kelapa tu aku mintak mesin nak yg putih jerk..takmo yg kena tempurung jadi koko tu semua bagai...ntah la nape jadi gitu..lama sangat kot kukus....(15 minit)....tapi yg pasti best....mr. hUBby ingat ini puteri ayu frozen...masuk dlm periuk, kukus sahaja mcm kuih pau...ceh betul....penat tau ai buat dgn teruna darwisy sampai jam 2 pagi...kiranye sedap la ni kan..sbb hUBby ingat beli segera...

xpe nanti nak cuba lagi....

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + tepung gandum dan garam


Cara-cara

1.  Pukul telur hingga betul2 kembang...(sampai berbuih)
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang...selepas itu masukkan ovellete dan pukul lagi

3. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati

4. Masukkan kelapa putih ke dalam acuan, tekan-tekan supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 5-7 minit. (acuan di sapu dgn minyak supaya tidak melekat dan nanti mudah dikeluarkan.)


sekian....





Wednesday, April 18, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU??


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



SUMBER : FB