Thursday, April 25, 2013

Hai la Anak Dara.....

salam macik macik....
arini kakak baby nak perkenalkan 'anak' baby.....

'anak' baby ni kerap kencing...kalah si adik saya..
saya tukar pampesnya hampir 10 kali....sehari...sy gulung2 dan sy simpan pampes yang 'anak' ni guna dlm plastik (sib baik ko tak buang dlm bakul sampah nak wei)

mama pun hangin la...sebab habis pampes adik saya, saya gunakan
tapi dalam mama bebel mama kata....sib baik lampin pakai buang (diapex) tu leh guna semula...gam nye boleh buka tutup byk kali....mcm mamypoko atau huggies tu.....kalo terkena bedak pun takde masalah.....

mama dah warning...boleh satu je sy guna pampes adik...kalo ambil lagi..mama jentik tangan saya....

ini baju sebelum tido ye

ini baju nak masuk tido....(alalalalallla abis baju lama2 dia dipunggahnya)....


kadang2 'anak' baby pakai tudung......
uhuhuhu 

last...aksi dia mendodoikan si 'anak'


-----------------------------
ada se lagi patung si kiki yang di'anak-anak' kan...
gini ek anak perempuan?????

Wednesday, April 24, 2013

Hari Kelepasan Am bersempena PRU-13

Ahad 5 Mei 2013 adalah Hari Kelepasan Am bagi Negeri Terengganu sempena Pilihanraya Umum Kali Ke-13. Rujuk Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bil. 7 Tahun 2013 (SUK.TR.240/2 BHG.5-(61)

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS


Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kera isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila ca
cing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.



SUMBER : FB

I got 73% OFF High Quality 8-pieces of Personalized Photo Magnets.

 pertama-tama nya tima kasih la pada cikmot yang bagitau tentang StreetDeal ni....

aku beli Personalized Photo Magnets dengan harga RM19 + kos pos sahaja berbanding harga sebenar RM72 untuk 8 keping/set

ini voucher yang dapat dari StreetDeal...cepat tau mereka buat

yang buat photo magnet ni adalah Photo Delivery Enterprise, 012-2869736
so sesiapa berminat boleh hubungi sendiri....
tapi tak dpt la harga mcm di offer di StreetDeal


nota : anak dara ambe suka sgt dgn pictures dia masa 'muda' berbaju kuning tu..eheheh siap suh cari balik baju sekolah tu........

Tuesday, April 23, 2013

Jelas HARAM




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

sumber : gambar (google) dan fakta

Monday, April 22, 2013

Amalan Rasulullah SAW untuk kesihatan tubuh badan kita....

Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:


* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda



Amalkan:



1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.



FAKTA:

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. 

sumber : sini

Wednesday, April 17, 2013

Dugaan Berpuasa Seorang Diri

Alhamdulillah dah 2 hari sudah berpuasa....

ni 'makanan' hari pertama puasa....nasi kukus ni bukan aku yang punya...tapi anak (mdm1) yang punye
dah la aku puasa...diminta nya suapkan dia...
dugaan sungguh la...suh suap sendiri...merengek2...hishhhh sabar je la mama ni...

kadang2 letih nak sabar....
bau nasi kukus ni benar2 menyengat hidung ni.....

arini pula cadang nak berpuasa lagi..
tapi si kecil mula merengek2 sepanjang malam...letih mak jemah
dah la merengek..tanak susu botol pulak tu...jadi nyusu badan la sepanjang malam.....
kul 4.30 pagi dah bangun tuk sahur dah..

ermmm tapi si kecik ni merengek2..takde ke maknanya aku dapat nak minum seteguk air...
sedar2 sambil nyusukan dia hingga dah subuh dah pun...ermmmm aku bangun je dia nangis..tak leh bergerak langsung...

ikut kan malas dah ke ofis tadi...
tapi suhu si anak dah ok je...saje dia merengek2.....

tapi dah pesan kat taska kalo apa2...contact je aku ...

pagi ni kena la anta si danish ke sekolah dulu...sbb jiran takde...bercuti..
jadi kerjaan pagi ni mmg kelam kelibut.....hohoohohoho


papa dia?.....papa dia spt biasa oustation...huhhhhh menyampah kadang2....
sbb tu la sy perlu pembantu rumah...

sekian wassalam.....

mood: swing swing

Monday, April 15, 2013

Kelas Renang...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....lega rasanye dapat menyelesaikan satu misi nak hantar anak belajar berenang...
memang berniat lama dah nak anak2 belajar 3 sukan yang disyorkan oleh nabi kita...

lagipun mereka mmg suka mandi kolam...
jadi jangan dipersiakan minat mereka....



si adik pula menumpang la sekaki dua....
budak ni mmg sangat berani.....dia mmg suka main terjun je ke dalam kolam...mmg kena perhatikan dia 24/7

tenggelam kan dia...nak tgk kayuhan kakinya....

hi mama...meh la join adik

tgk dia berani je seorang diri....


inshaAllah selepas satu misi ni selesai dan tamat belajar dengan jayanya....
mama akan hantar pula belajar memanah dan berkuda....tapi slow slow la..next year ke
itu pun kalo ada rezeki dan diizinkanNya....



Wednesday, April 10, 2013

apabila tetamu datang...

 apabila tetamu datang ke jbtn kami...
selalunya kami sediakan la yang meriah2 skit...
tapi tak de la semeriah mana pun...mana  yang ada je dan mana yang mampu...tidak berlebihan

ini gambar masa tetamu tahun lepas datang sini....kami sediakan steamboat
(masa ni akak tudung purple tu masih segar bugar..skrg tgh sarat mengandung..dia sama mcm aku kalo mengandung...lemau je...ehehehehehe muka takde berseri2 nye dah....jadi mood bergambar pun kuranggg)

kadang-kadang kami perkenalkan makanan tradisional di negeri ini
seperti keropok lekor, satar, otak-otak...tapi itu utk petang sahaja la..


yang pasti sedap kawan saya kata...ehehehehhee

untuk anak demam.....mandi paling mujarab


    Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

by: @[440278786041038:274:Healthy + Love Life]


Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.




sumber: fb..

     



dah lama saya amalkan petua2 ni....jarang sy bagi ubat....bukan elok sgt pun ubat2an....dan alhamdulillah anak sy tak demam lama2...selalunya 2 hari jer


Tuesday, April 9, 2013

Someone May have accessed my fb account ??????



fuhhhhh waktu dikesan jam 1.22 am...

anda pernah terjadi atau mmg anda juga dapat emel sebegini?????

Jangan Kongsi 10 perkara ini dalam facebook.....bahaya



1. Tarikh lahir 
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?
2. Nama ibu 
Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.
3. Alamat rumah 
Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah  sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.
sumber fb penmerah

Petua Islam Untuk Menjaga Minda


Petua Islam Untuk Menjaga Minda

1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.

2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.

6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.

7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.

8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.

9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.

11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.

12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

14. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.


sumber fb

Multipurpose Cleaning Wipes


Multipurpose Cleaning Wipes ni macam tisu dapur tu tau gulungannya....senang dikoyak sahaja

dan yang bestnye dia mcm kain juga...kalo nak lap apa2 yg kotor..hanya perlu basahkan..perah dan lap..terus buang....

boleh la nak lap tingkap ke, dapur berminyak ke, aku guna memang utk kekotoran yang teruk2....

kalo guna kain, kena cuci balik kan kain tu.....kalo guna tisu dapur biasa..kalo basah...tisu tu jadi pecah2 kan
tapi yang tisu ni tak tau..mmg macam kain..aritu lap kipas puas hati.....maklum la kipas bukan di lap berhari2..jadi teruk la kekotorannya....

aku beli tisu pelbagai guna ni di Cosway...
harganya tak berapa nak ingat...tapi dalam RM5.60 utk 2 gulungan...mmg berbaloi2....



Monday, April 8, 2013

SAYA DARWISYa

 hi kawan mama....
saya adik kakak baby


suka main apa segala menda yang kakak punya....


sebab...
saya adik kakak..
eheheheheheh kakak pis yooo...jangan marah2 adik ye usik barang kakak
kalo bukan adik yang usik2 barang kakak sape lagi nak usik barang kakak..
tentulah adik...


ramai dah tahu......dan review...



Senarai Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2012) 

ok, siaran langsung ABPBH2012 sudah melabuhkan tirainya kan...

so dibawah ni disertakan senarai pemenuh pemenang mengikut kategori masing-masing...

Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black & Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsuddin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Datuk Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

so tahniah kepada semua pemenang...dan...ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2012 kembali jadi milik SHAHEIZY SAM...tahniah sam...

Rindu nak buat ini.....

masa si adik masih kecik....ini la menunya...bubur nasi

beras + isi ayam + carrot + kentang

 yang didalam bekas ini adalah ayam2 yang telah direbus dan diblend kan...buat stock banyak2 terus...untuk 5 hari


banyak bekas ni...ayam, kentang dan carrot yang semua telah dikisar


jadi setiap hari hanya perlu keluarkan ketiga2 jenis ni...

masukkan dlm periuk bersama beras yang dah jadi bubur...


taraaa siap...
nanti pengasuh ceduk je dari periuk...


masa ni pengasuh masih ada di rumah....sekrang sudah tidak ada...

dan sekarang adik sudah besar....jadi makanannya adalah apa yang kami makan....



Rajin adik Rajin...rajin macam kakak

rajin adik rajin, rajinlah belajar..bila besar nanti boleh tunjuk ajar...

kadang2 suka tgk gelagat mereka...kalo nak buat apa2..suka bersama-sama


adik ni mmg suka tiru si kakak buat apa..
pendek kata..budak2 memang suka meniru perbuatan orang yang lebih besar darinya


kadang-kadang abis buku si kakak atau si abang nya diconteng


dan hobi si kakak memang suka mewarna... rasanye hampir setiap minggu beli pensel warna tuk dia sahaja...


pis mama...adik tgh belajar ni dengan kakak....

si abg rasanye time ni main game la apa lagi...

Sunday, April 7, 2013

betul tak?


Tidak perlu hairan pada org yg dahulunya pakai skirt pendek tapi skrg boleh pakai purdah.

Tidak perlu hairan pada org yg dulu pakai tudung labuh skrg boleh pakai skirt pendek.

Percayalah ALLAH yg memegang hati manusia, sebab itu bila kita berada di bawah jgn hina mereka yg mendapat hidayah dan apabila kita berada di atas, jgn hina mereka yg di bawah.

ALLAH kalau nk bolak balikkan hati kita sekelip mata je.

Purdah yg kita pakai tu sekelip mata boleh tanggal semula dgn ada rasa ujub dalam diri sendiri... nauzubillahimin zalik


------------------------------------------------------
manusia boleh berubah...jadi jangan cepat melatah dan menilai....siapa anda untuk menilai seseorang dengan pandangan serong....anda tidak tahu di dalam hati nya....imannya..zikirnya...kepercayaannya.....

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Thursday, April 4, 2013

Jalan-jalan di Minggu Cuti Sekolah

Semenjak anak dah bersekolah ni..tak leh dah nak ikut suami OS sesuka hati
nanti rekod buruk pulak si anak...rekod buruk kehadiran (AL) mama xpe...ada byk lagi cuti...ehehehe
tapi dalam duk cuti sekolah pun anak2 tak kemana2 sangat...aptah lagi balik kg...
si abam danish je la gi balik rumah tokki...sian dia nak main dgn si aiman cousin sebayanya...yang lain nak ikut sebenarnya...tapi xkan aku nak tinggal sorang2..mati kutu aku ni..biasa ada budak2....tiba2 sunyi.....mak tak reti la nyahhh....


masa dlm perjalanan..dalam kereta kecil sahaja...bersempit la kita yang dah besar2 ni nak...
(bersabar la nak..org buat kita..inssha Allah kita ingat tuhan tu adil je)

aclty kami ikut papanye ke kelas jemputan kursus di De Rhu Beach Resort, Kuantan...dekat je...ada la rezeki skit2..boleh la anak2 tumpang mandi manda



mereka?
mereka hepi je...tak kira la kolam di depan rumah ke di mana2 ke kemain hepi nye


kat De Rhu Beach Resort ni luas tau dan banyak sangat kolam
ala lupa mak jemah nak kira berapa kolam lebih la dari 3 kolam...mmg lebih...ada 6 atau 8 kot...
yang pasti orang luar memang boleh nak mandi di sini dengan bayaran tertentu..tak silap mak jemah RM10 tuk satu kepala....dan dikhabarkan lagi...di pantai timur....di resort ini lah terbesar sekali kolam renangnya



si kecik...ermmm xyah ckp...bukan penakut air pun
dah la tu nampak tak gelongsor di belakang tu...ha jgn tak caya...
dia nangis2 nak naik tu dan turun...bukan sekali berkali2
berani tak dia....sangat berani compare dgn si kakak dan abangnya...

wah sifat berani ni mama tabik la sayang...mama jadi cuak tau..jantung ni berdegup kencang bila dia naik dan turun.....masa mama tlg pegang kan dia naik tangga..cepat2 mama p kat depan tgu dia..berlari2...mama langgar je orang tau...
oh ye time yg mama handle tu papa ada kelas...jadi mama handle sorang2.....fuhhh orang lain tgk je mama mcm tarzan....'ketepi ketepi..anak saya turun......'

wah takde malu2 dah....demi mu