Thursday, April 4, 2013

adab kejutkan anak dari tidur

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ✿

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - 
kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.. (^_^)

Sharing is caring! ♥ sumber : Kalau Sudah Sayang




comey nye kakak n adik...

2 comments:

Kniedaz said...

esok nak try gerak Danial macam ni la ^_^

Unknown said...

terbaca semalam pasal ni d fb, cuba praktikan pagi tadi pada anak2, sorang je bangun, yg lain terpaksa kuat suara mcam biasa, baru sedar...huhu

Ibu dia yang kurang sabar sebenarnya, kena lbih sabar lagi guna cara ni...:)