Monday, April 1, 2013

Kunyit Dalam Perubatan Melayu


Kunyit Dalam Perubatan Melayu

1. Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telah pun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu.

2. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar, kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh, temu emas, temu putih, temu hitam dan temu lawas atau temu lawak.

3. Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya.

4. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Antaranya:

a. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati.

b. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah.

c. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

d. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.




4 comments:

~~*Lady Salwa*~~ said...

Baca artikel pasal ni, tetiba teringat ngan krim muka yg mak saya dok pakai dulu... namanya temu lawak... erm, amik nama dari kunyit ke eh... :)

mamalieyna said...

Byk gunanya kunyit ni.. tq for sharing.

Zura Zue said...

kunyit boleh hentikan lelehan hingus pd budak2..

~aSHa~ said...

(y)