Monday, April 1, 2013

Petua Melayu Lama Untuk Menghilangkan Bau Ketiak

Petua Melayu Lama Untuk Menghilangkan Bau Ketiak

Pilihan 1: Pucuk Jambu Batu - Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi. 

Pilihan 2: Daun Sirih dan Daun Kenanga - Ambil 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira ½ gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya 2 kali dalam seminggu.

Pilihan 3: Hampas Kelapa - Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Pilihan 4: Sirih dan Tawas - Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

Pilihan 5: Daun Limau Kasturi - Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

Pilihan 6: Daun Limau Nipis - Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau keiak akan hilang.

Pilihan 7: Bunga Tanjung - Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

Pilihan 8: Buah Limau Kasturi - Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan 3 kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama 7 hari.



Pilihan 9: Kulit Limau Kasturi - Anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh mengamalkannya bila-bila masa sahaja selama 7 hari.

Pilihan 10: Minyak Kelapa - Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.

Pilihan 11: Belakang Tangan - Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.

Pilihan 12: Daun Sirih - Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.

Pilihan 13: Kapur dan Air Limau - Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.




5 comments:

LYAfrina said...

tq for sharing sha..
lps ni klo rasa ade bau2 kat diri sndiri buleh la cuba2 petua ni...

tp klo ketiak tak busuk pon elok selalu amal y gosok daun jambu batu tu, sbb dia dpt elak ketiak hitam..

mama lya amal sejak dulu & ketiak dia mmg cun je,

~aSHa~ said...

ptg ni cari daun terus..ehehehehe cari kat farmasi tadop ubat tuk hitam2 tu..

Kniedaz said...

kena cari daun jambu batu...gosok pakai belakang tangan paling senang sebab takyah susah2 cari hehe

Unknown said...

Tq for the 'petua'... sharing is caring... :)

*mak saya bagi petua, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan atau lutut...

~aSHa~ said...

aah sama la kita