Thursday, May 30, 2013

Mutiara Kata

sedap dan sangat bermakna pula mutiara kata dari jpa ni....








Power Bank Berbentuk Keychain...

wah menarik pulak iklan dari StreetDeal ni

Key Chain Power Bank ada 3 Warna (Biru, Putih dan Hitam) 2600 mAH
kecik je..senang nak masuk dlm beg ni....ringan la beg....

Harga yang ditawarkan RM38 sahaja daripada harga asal RM99

ha sesiapa berminat boleh la cari power bank ni kat StreetDeal

kalo bateri hset weak senang la ada powerbank dalam bag....

org pompuan mmg suka cari powerbank yg kecik2...comey2 ni...sbb senang nak bawa ke mana2...
org lelaki suka cari yang besar2 dan berat2... mAH pun besar lagi la....



Tuesday, May 28, 2013

Permintaan si Anak Dara

 alkisah malam tadi datangnya rajin @ terpaksa sebab dah terjanji dengan si anak dara
selagi tak tunaikan permintaan nya selagi tu berzikir kat telinga nak buat kek nak buat kek
mama kata nak buat.......mama kata nak buat

dia akan ulang2 la ayat tu hingga kita pun ikutlah permintaan dia tu
(aclty janji dgn dia buat kek sbb tanak bagi dia ikut si abg tidur di rumah jiran)


inilah hasil...ku buat dlm bentuk cupcake


gunakan resepi ini sahaja..
Instant Cake by Nona cuma tambah 4 biji telur sahaja

berkurun beli ni dari grup UK...baru ni la nak guna

khas tuk cupcake sahaja...10-12 minit sahaja masaknye...
mudah kan?

Kek di atas tu boleh diletakkan dalam acuan kek biasa juga yer....masuk dalam oven seperti biasa sahaja.... 

Monday, May 27, 2013

Kakak mahu adik gegirl....

si kakak ni...tak sabar sgt nak ada adik gegirl...

ada sekali dia mintak mama makan byk2...
dia kata nanti perut mama jadi besar..bila besar ada adik...(muahahahaha)

dia rajin nak memakaikan pampes si adik...
jadi dia kata nak pakai kan tuk adik gegirl pulak...

tak tau ar kat taska tu dia tlg teacher dia ke tak pakaikan baby lain...seriau pulak memikirnya...ye ar anak org kan, buatnye si kakak baby ni ganas2.......
rasanye mesti dia request nak tlg tu....bukan leh caya ni

mama pinjam anak dara org la yerk

pose tuk si kakak baby...yang nak adik gegirl..


kalo nak tgu adik sendiri sabar la dulu.....
biarlah keadaan selesa dulu..nanti semput.....




---------------------------------------------------------------------

Wednesday, May 22, 2013

benar2 WW

arini tak tahu nape...dari tadi (pagi) masih dlm bahagian 'POST' jerk...tapi tak buat apa2 juga...
padahal bos meeting je tadi...takde la busy sgt...

ok kita tatapi gambar je la...





walau pun cerita ttg izan berkenaan air asia tu buat aku hot...
tapi aku tetap berterima kasih la...kepada AA
eheehehe...bukan hot apa sgt....cuma tolak ansur tu jerk....

bagi aku yg lain2 ok ok sahaja....

(sbnrnya dari tadi duk kat streetdeal jerk dan photo delivery...sesiapa nak tgk deal utk berjalan2 atau nak print gambar bermagnet ke atau lain2 perkhidmatan dan jualan boleh lah klik kat link INI  register free dan takde kena caj apa2 pun..tanak beli pun takpe tgk2 pun takpe...org tu takde nak marah nye...ehehehee)



Tuesday, May 21, 2013

fuhhhhh terjah





apa kata anda?
ramai rupanye yang menjadi mangsa dan sengsara dan tertelan duit dik akibat BUKAN SALAH KITA pun
xde budi bicara ker...

kalo dah nak landing tak boleh 
kalo dah negara tu diserang..
kita kah bermasalah???

servis suam suam kuku ok ar...sbb byr pun murah
tapi  murah tu kena ingat juga sebab nak tarik customer...sbb saingan dgn MAS dan penerbangan lain
jadi biarlah servis ok, byr pun ok....win win situation...

kadang2 org sanggup bayar mahal janji servis ok
bagi yang berpendapatan tinggi la

sian kat berpendatan rendah mcm kami ni....
biarlah murah berbaloi....huhhhhhhhhh


kalo free gamaknye duk kat mana la kan....
ehehehehehheehe

Monday, May 20, 2013

Ramai dah tau ke? Kisah Izan dan bayinya di vietnam?


melihat gambar di atas sudah cukup buat kita sebagai ibu bergenang air mata

hati seorang ibu..ke mana2 pasti ingin dibawa si anak....
ke hulu ke hilir tetap di kendong diheret si anak
itu lah ibu...

bacaan lanjut boleh la layari di www.mazidulakmal.com

atau cerita asalnya bermula di sini.


http://www.mazidulakmal.com/2013/05/ibu-dan-bayi-sengsara-di-vietnam-air.html

-------------------------------------------------------------------
baru je menggunakan perkhidmatan air asia kali kedua...ermmmmm
ntah la..nasib orang kot...
time mudah...mudah jer perjalanan....tapi dlm keadaan di atas harus juga kena ada sifat keperimanusiaan

pestime menggunakan air asia di lcct...dulu di KLIA lagi....ramai umat kat situ....uhuhuhu
dah lama juga tak menggunakan perkhidmatan MAS....nampak sgt lama mak jemah tak berjalan2...sejak beranak 3 ni
ehehehhehee....

Friday, May 17, 2013

OTW pulang...

arini otw balik dari langkawi...

now everyone can fly...

Thank you airasia.com




kiranya...ini kali kedua la mak jemah menggunakan perkhidmatan air asia...(sian mak jemah kan) 
1st time dulu dari KL - KT sahaja..ehehehe masa tu penerbangan masih dari KLIA...
masa tu tengah mengandung tau..7 bulan...(pls take doc advice letter)
masa ambil tu murahhhh...dlm RM60 sahaja...2 orang...

yang kali ni pun murah sahaja...RM347 untuk 5 beranak....


Wednesday, May 15, 2013

Alhamdulillah

setelah berusia 5 tahun...anak dara ni dah boleh baca bacaan dalam solat dengan tertib
walaupun dia kadang2 lupa apa ayat mula2...kita sebut je..dia boleh terus sambung dan habiskan......


setiap kali rukuk, sujud, duduk antara dua sujud.....dia mesti pusing dan tanya...
'mama, mcmane baca......'
kita sebut skit je dia terus sambung...


(abangnya pun dalam usia 5 tahun dah tahu baca bacaan dalam solat)

terima kasih guru-guru yang banyak membantu mendidik anak-anak ku...



Tuesday, May 14, 2013

ubat batuk berkesankah? ada sampingan?

Benarkah ubat batuk dapat menghilangkan batuk ia membuat batuk anda bertambah teruk? Banyak kajian saintifik yang dilakukan ke atas jenama ubat batuk yang boleh dibeli di farmasi memeprtikaikan keberkesanannya lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

 Kebanyakan ubat batuk adalah mengandungi dadah dextromethorphan iaitu bahan aktif yang akan menyerap ke dalam darah.

Dalam satu kes, seorang kanak-kanak mati setelah diberi dos ubat batuk melebihi sukatan. Kanak-kanak ini didapati ada 96 nanogram per mililiter (ng/ml) dextromethorphan di dalam darah padahal had yang dikawal untuk orang dewasa ialah 40 ng/ml sahaja. Selain itu, terdapat sebanyak 490 ng/ml cetrizine di dalam darah. Had dikawal ialah antara 270 hingga 350 ng/ml. Kombinasi kedua-dua jenis dadah ini didapati adalah penyebab kepada kematiannya. 

Orang ramai masih tidak mempunyai kesedaran bahawa ubat yang dibeli dari rak pasar raya boleh memudaratkan. Ubat-ubatan biasa seperti aspirin, Tylenol dan Benadryl boleh membunuh jika diambil secara berlebihan.Dextromethorphan sejenis dadah yang sangat merbahaya. FDA pernah membuat rumusan untuk menarik semula produk ubat batuk yang mengandungi dextromethorphantapi ia akan beri kesan yang besar terhadap industri farmaseutikal kerana hampir semua ubat batuk mengandungi dextromethorphan. Jika ia ditarik balik, beribu-ribu jenis ubat yang lain selian ubat batuk juga mengandungi dextromethorphan dan ia mesti diformulakan semula untuk mengelak penggunaan dextromethorphan.

Jadi untuk menggantikan ubat batuk ini, pilihannya ialah madu lebah. Madu lebah adalah sejenis antibiotik. Ia boleh mencairkan kahak dan melegakan batuk. Tiada kesan sampingan.  

sumber http://www.google.com/m?client=ms-android-samsung&source=android-home

Monday, May 13, 2013

ini kalilah....bertukar

setelah sekian lama....dan bertahun lamanya...

(pic sebelum yang ni sahaja ada)

ini kalilah kita bertukar......


pssttt ini bukan duit elaun dari bertugas aritu.....
ini sebelum pru13 lagi....

Friday, May 10, 2013

Dah Dekat dah

Dah dekat dah....
 
masa ambil gambar ni...time ni dah dekat dah nak deliver kan si kecik tu, mdm3...
FAKTA : time ambil gambo ni..aku sedang sakit dalam sejam sekali....ini tengahari/petang, dalam jam 2 ptg.......bersalin malam..
sempat ku balik ke temerloh pahang...kampung ku.....(arh kantoi sudah dimana kampung ku)
 
 
 
dan dah dekat dah lagi adalah...
 
nak sambut bulan Ramadhan
 
11hb Mei ni nak masuk 1 Rejab, lepas tu Syaaban, lepas tu Ramadhan
(teringat kat satu ex opismate lama...dia berpuasa setiap tahun 3 bulan berturut...rejab, syaaban dan ramadhan...bila la i nak jejak langkah itu  ye)
 
saje menempek gambar2 yang disnap masa bulan Ramadhan yang lepas...
 
wah meriah mak jemah yerk....

mana tak meriah..jiran kiri kanan atas bawah rajin memasak dan bagi2 makanan

ha yang ni mak jemah sendiri masak.....peberet...

sayur ni pun peberet...ada carrot ada sawi ada tomato...cukup...masak sekejap pun cukup...
janji khasiat tu tak hilang.....tu penting.....ewahhh...

meriah kan...tu berada di dalam bekas lagi..itu tandanya jiran yang bagi


 
 
ok...selamat menyambut bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan
 
raya PRU dah habis....Raya Aidilfitri pula menyusul
 
 
--------------------------------------------------------
berkenaan pengalaman dan elaun2 semasa bertugas pru13...nanti mak jemah share sib baik terima
harap2 dapat sebelum gi melencong.....
 
insha Allah...ku telah jujur dalam bertugas..insha Allah berkat..
Hanya Allah yang mengetahui apa yang telah ku lakukan..
 

Thursday, May 2, 2013

First Time

Alhamdulillah
tahun ni saya boleh mengundi...
tahun 2008 saya tak dpt nak mengundi sbb sy sedang berpantang..kalo berpantang kat kampung senang...
tapi masa tu berpantang kat kampung mentua...dan husband pula bertugas masa pilihanraya


this year..dapat juga mengundi
tapi tak dpt lagi merasa beratur2 panjang untuk mengundi..
sebab tahun ni UNDI POS

sebabnya...tahun ni saya bertugas sebagai
KETUA TEMPAT MENGUNDI...(pengundian awal - polis/tentera)

selepas habis pilihan raya sy share secara am sahaja pengalaman2 masa bertugas....secara detail yang sulit2 tak leh dishare kan... general sahaja....
seronok juga merasa pengalaman baru ni....

jadi pada 5hb Mei ni nanti anda semua jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda...
Selamat Mengundi...

Semoga Persaingan senget kali ni dapat memperbaiki kelemahan di semua pihak...
setiap apa2 'rumah' ada kelemahan dan kelebihan... positif dan negatif...
berpasangan dah tu kan....