Tuesday, May 14, 2013

ubat batuk berkesankah? ada sampingan?

Benarkah ubat batuk dapat menghilangkan batuk ia membuat batuk anda bertambah teruk? Banyak kajian saintifik yang dilakukan ke atas jenama ubat batuk yang boleh dibeli di farmasi memeprtikaikan keberkesanannya lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

 Kebanyakan ubat batuk adalah mengandungi dadah dextromethorphan iaitu bahan aktif yang akan menyerap ke dalam darah.

Dalam satu kes, seorang kanak-kanak mati setelah diberi dos ubat batuk melebihi sukatan. Kanak-kanak ini didapati ada 96 nanogram per mililiter (ng/ml) dextromethorphan di dalam darah padahal had yang dikawal untuk orang dewasa ialah 40 ng/ml sahaja. Selain itu, terdapat sebanyak 490 ng/ml cetrizine di dalam darah. Had dikawal ialah antara 270 hingga 350 ng/ml. Kombinasi kedua-dua jenis dadah ini didapati adalah penyebab kepada kematiannya. 

Orang ramai masih tidak mempunyai kesedaran bahawa ubat yang dibeli dari rak pasar raya boleh memudaratkan. Ubat-ubatan biasa seperti aspirin, Tylenol dan Benadryl boleh membunuh jika diambil secara berlebihan.Dextromethorphan sejenis dadah yang sangat merbahaya. FDA pernah membuat rumusan untuk menarik semula produk ubat batuk yang mengandungi dextromethorphantapi ia akan beri kesan yang besar terhadap industri farmaseutikal kerana hampir semua ubat batuk mengandungi dextromethorphan. Jika ia ditarik balik, beribu-ribu jenis ubat yang lain selian ubat batuk juga mengandungi dextromethorphan dan ia mesti diformulakan semula untuk mengelak penggunaan dextromethorphan.

Jadi untuk menggantikan ubat batuk ini, pilihannya ialah madu lebah. Madu lebah adalah sejenis antibiotik. Ia boleh mencairkan kahak dan melegakan batuk. Tiada kesan sampingan.  

sumber http://www.google.com/m?client=ms-android-samsung&source=android-home

2 comments:

Nad MamaZN said...

Saya takpenah mkn ubt batuk kalu batuk batuk skrg ni
Yekkk tak sedap! =p

maria firdz said...

Dh 5 thun x mkn ubat btuk... Sejak knal vco.. :-)