1. Sebelum Israk dan
Mikraj
Rasulullah S. A. W.
mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan
hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya
dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam
perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan
(israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah
(Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina,
iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham
(tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu
juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api
jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :
§ Kaum yang sedang
bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang
berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700
kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau
harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah
(tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun
sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang
yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka
sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud
(sembahyang).
§ Sekumpulan orang
yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki
dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada
di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang
dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan
riba`.§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang
sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia
sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar
muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang
yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan
yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang
itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian
menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan
dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan
tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W.
tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.
§ Seorang perempuan
bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid
Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi
makmum.
Rasulullah S. A. W.
terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan
yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi
sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik
ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj
(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama:
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta
anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh
dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi
S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu
dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik
tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.iv. Langit Kelima: Naik
tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh
kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik
tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.
S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat
baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa
hisab.
vi. Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda,
"Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir
umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam
tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat
lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan
beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU
AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah
dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok
itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu
lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar
menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua
keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat
menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda
masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga
Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia
yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan
tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu
dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian
berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya
Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan
bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil
Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia
dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada
umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik
umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,
hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji
Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat,
Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S.
yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar
diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan
kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W.
turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu
riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab
Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar
sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.
Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak
baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa
dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan
manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya
atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan
Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan
Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.
W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).
wallahua'lam..
copy paste dari emel..
maaf tak sempat nak singgah rumah kawan2.....