Thursday, July 25, 2013

Telefon bimbit jejas kulit

Saintis percaya meletakkan telefon bimbit bersebelahan ketika tidur amat membahayakan kesihatan. Ini kerana telefon akan mengeluarkan sejenis gelombang yagn boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser dan masalah kulit.

Satu kajian yang dijalankan di Russia mendapati telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7 darjah Celcius. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh  menyebabkan kanser kulit.


Malah beberapa saintis memberi amaran pemanasan ini bukan saja merosakkan kulit malah membuatkan kulit cepat berkedut, tidak bermaya dan menjadi tua sebelum waktunya.

Lebih penting beberapa kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia berlaku dengan cepat, seterusnya merosakkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan penyakit.

sumber : harianmetro

2 comments:

.:fyzz:. said...

tu ar ..bhaya kan..penh gak dengar before nih..

eMMe said...

kulit okey sha
telinga yg tak okey
cam pekak sebelah tinge Me ni...
huhuhhu...

nasib la kan.. pas ni kalo ade mase nak gi check tinge ni... hehehe...