Tuesday, February 26, 2013

Rahsia Surat Al-Kautsar


‎" Rahsia Surah Al-Kautsar "

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. .



sharing dari rakan fb

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi!



1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”


Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.



msg / copy fb

---

Nak bermain bersama anak2? kami ada permainannya. klik sini..https://www.facebook.com/media/set/?set=a.260841517356983.57807.254389641335504&type=3

Wednesday, February 20, 2013

Kini bermula disini....


setelah setahun lebih menggunakan perkhidmatan 'pembantu rumah' @ pengasuh tempatan..

akhirnya ini lah pilihan terakhir....

anak2 pun suka ada kawan2....

masa tinggalkan dia...siap joget2 lagi....

alhamdulillah masa tinggalkan semalam..takde dia meragam2...risau juga...
biasa dia sorang kan....tiba berorang orang kat situ....

jadi org tak tumpu kan dia sorang...
tapi ok je tu....

si kakak baby pun tinggal kat situ (Transit)...cikgu yang ambil kan..jadi tak perlu la aku keluar jam 11.30 p tadika ambil dan hantar memana....

dan yang penting lagi...balik umah kemas umah sendiri dah..takde org nak bantu kemas dah..

Monday, February 18, 2013

KESIHATAN MENTAL





alhamdulillah HADIAH dah sampai


Alhamdulillah sampai dah sudah hadiah berkenaan dibawah

v
v
v
v
v


apa yang boleh dicakapkan..syukur alhamdullillah...
kainnye 1st class..CANTIK sgt2....mmg lebih kurang tudung yg no.1 tu la...

xcaya?? pi ar jenguk2 n shopping kat ManikLuluCollection





Friday, February 15, 2013

'Kelebihan' Memakai kasut Tumit Tinggi


10 ‘Kelebihan’ Stiletto


“Stiletto” bermaksud “dagger”(pisau kecil yang runcing hujungnya,digunakan sebagai senjata) dalam bahasa Italia.Pada 1500-an,reka bentuk ini popular di Itali,Perancis dan Sepanyol,di mana kasut bertumit tinggi pada masa itu asalnya dikenali sebagai “Chopines” .Kasut ini adalah representasi status sosial pemakai.Semakin tinggi tumitnya,semakin tinggi status sosial pemakainya.

(1)Mengubah postur badan secara ‘paksa’


-Mengangkat punggung dan menolak dada ke hadapan dengan meningkatkan sudut ‘lumbosacral’,L5SI,menyebabkan berlakunya ‘lumbar lordosis’.Dek kerana daya tekanan pada sendi ini,maka pemakai lebih terdedah dan mudah mendapat (2)‘Osteoarthritis’.



-‘Alignment’/penjajaran yang tidak betul pada pinggul dan tulang belakang ini seterusnya akan menyebabkan kesakitan dan (3)‘Chronic hip flexor tightness’

*Harus diingatkan,semakin tinggi tumit,semakin berat tekanan pada bahagian kaki hadapan.Menurut kajian,1 inci tinggi tumit memberi 22% tekanan lebih/abnormal pada bahagian hadapan kaki.2 inci,57% dan 3 inci,76%.Jika berlarutan dan dipakai dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan:

(4)‘Stress fracture of the toes’/Keretakan dek tekanan pada jari-jari kaki



(5)‘Hammertoes’ 














(6)‘Metatarsalgia’/Kesakitan pada jari-jari kaki di bahagian tulang metatarsal












(7)’Bunions’/’Hallux valgus’










8)'Chronic Tightness of the calves'




(9)’Achilles Tendonitis’



























(10)’Haglund’s Deformity’/Pembesaran tulang pada bahagian belakang tumit












Di sini aku sertakan juga 2 gambar sebagai rumusan pada setiap 'kelebihan' memakai kasut tumit tinggi/stiletto supaya pembaca mudah mendapat gambaran menyeluruh.


Aku harap 10 'kelebihan' ini mampu 'membuka mata' kaum Hawa.

Ingat,kaki banyak digunakan untuk beribadat,khususnya solat,maka jagalah kaki dengan sebaiknya kerana kita mahu sesi kita bersama DIA itu menjadi satu sesi yang berkualiti dan selesa agar khusyuk mampu kita kecapi bersama.

Beauty is Pain?Beautiful:Painful?
To be beautiful is not painful.It's totally painless if you're not a fool.
#RBTL

sumber



Jika dilihat pada sejarah awalnya sahaja,jika kamu ‘berfikir’,kamu sudah mampu ‘membaca’ untuk apa sebenarnya memakai kasut bertumit tinggi/stiletto ini jika bukan untuk ‘mempamerkan’ & ‘menonjolkan’ diri agar dilihat statusnya lebih ‘tinggi’ dengan bertambahnya ketinggian dengan bantuan stiletto 1 2 inci ;)

terima kasih sumber di atas perkongsian ini.....




Wednesday, February 13, 2013

Rileks jer mamat ni bersantai....


last weekend berehat sebentar di sekitar pantai merang, kuala terengganu bersama family kakak ipar....ramai juga yang berkelah kat situ....tapi yang mandi tak ramai la...budak2 ni jerk...cuaca elok berani la jugak....mereka pun lama tak mandi pantai.......

ok jom tgk gambar2 jer la


mama 'tanam' dia..sbb tak duk diam sgt...ehehehehe

dia pun tolong 'tanam'kan kaki dia jugak...


rileks jer dia...






tgk muka dia tu...takde marah2 pun...coool kan..

siap tgk org lain pun...masih rileks lagi

sementara yang lain bina kubu sendiri




note : last post berkenaan menang no.2 tu nanti ai update yer bila dah dpt hadiah nye...


Saturday, February 9, 2013

Fuyooo 4 juta...

Wahhh menyengat betul 'setia hujung nyawa' ni....jumlah tontonan sehingga mencecah 4 juta.... Caya ar.... Kalah dah nora elena, tentang dhia dan julia, slot akasia....


Friday, February 8, 2013

Alhamdulillah Rezeki Malam Jumaat


tgk2..sape no.2 tu...

alhamdulillah.... jom shopping di ManikLulu Collections

berbaloi2...ada kurung peplum...ada tudung 3 layer dengan  harga yang berpatutan...
tak caya?? jom klik ManikLulu Collections



Thursday, February 7, 2013

Multifunction infrared thermometer 8 in 1......


Multifunction infrared thermometer 8 in 1

Siapa berminat..RM80 termasuk postage...

Barang wajib ada untuk ibu-ibu yang ada anak2 kecil...
bukan tuk anak2 jer ni...utk dewasa semua boleh guna...sukat di telinga atau dahi...
tak perlu kepit2 kat ketiak dalam 1 minit dah...
sekali tekan sahaja..terus dapat bacaan...


emel saya azrisha03@yahoo.com



Monday, February 4, 2013

Resepsi Raikan Cinta


meh dekat2...akak nak cite cite skit...last week tak pat nak update blog skit...sbb ada sedikit event nak buat...khas tuk member pejabat....Sebenarnya kami nak buat suprise kat pengantin baru ni...tapi tak leh nak surprise sangat juga...nanti dibuatnye dia p bercuti ke, atau ke mana2 kan....jadi kena jugak minta kerjasama dengan pengantin...tujuan buat ni sebab aritu bas kami tak lepas nak ke kenduri beliau...kerana BANJIR dan  HUJAN lebat tanpa henti di pantai timur ketika itu.....

ini antara persiapan2 Majlis Resepsi Raikan Cinta




Alhamdulillah semua ahli dan ajk@biro puspanita sangat memberikan kerjasama...tahniahhh bebbb


orang kuat ni....takde mereka...pengsan mak jemah buat sorang2 nanti...


kita kitar semula je apa yang ada di bilik tu dan apa yang ada dirumah...


taraaaaaa ok la kan....terima kasih pihak Library, Domestik banyak bagi pinjam barang2....



Pengantin sampai....time ni ada aluan kompang tau (muzik sahaja) kompang tu ada..pemain nye takde...ehehehee


pengantin ni masih berseri2 lagi.....


konon2 tepung tawaar ar ni...padahal itu hanyalah bunga rampai....kui kui kui.....kena la kreatif..dah air mawar takde di saat akhir..guna sahaja apa yg ada.....




Makan beradap la konon2nnya ni....walau takde hiasan makanan2..eheheheh ini ala2 minum petang sahaja....


ok tamat la sudaahhhh  majlis yang digemblengkan dalam 2 hari sahaja...tahniah kepada team PUSPANITA intim.... luv uols




Sunday, February 3, 2013

7781



ye ye....sama tak seperti di link ini????

next nak cari MDM ...org melaka bgtau ye skrg no plate dah huruf apa...

tata