Sunday, March 31, 2013

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh

Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.

MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..


Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ


"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

InsyaAllah... Jom Amal..


sumber facebook 

KHASIAT PELUK ISTERI



KHASIAT PELUK ISTERI 


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,"

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

PERINGATAN USTAZ : ini KHAS untuk ISTERI sahaja ye , kalau peluk COUPLE dosa tanggung sendiri, ingat azab akhirat menanti.




Tuesday, March 19, 2013

saje nak keluar dari opis....

ramai sedia maklumkan seluruh negeri di Malaysia mengadakan purple walk ni.....

di Terengganu alhamdulillah ada baju dibekalkan....seminggu sebelum pergi tu dah dapat....






aclty takde la aktiviti sangat kami ke sananye...sekadar berjalan2 je...jalan kaki la...
nak kata shopping byk pun idak la mana pun...

 

tapi saja kami nak keluar dari pejabat..nak hirup udara di daerah lain pula...ehehe
btw kat tmpt kami sekrang tgh free...xde kursus dan xde keje yang menunggu....




dan alhamdulilah juga.....memang ramai wanita disini...
lelaki nye kurang...itu pun sbb bertugas...

tapi di purple di negeri2 lain....ku lihat ramai lelaki..ehehehehheeheh

apakah????
xpe ar cuci mata....1 juta wanita berhimpun tu kan...ehehehehehhe

pis yo

Thursday, March 14, 2013

1Million Women Purple Walk


Program ni sepatutnya diadakan pada 10 Mac 2013 yang lepas bersempena hari wanita
tapi terpaksa ditunda atas menghormati kejadian di Sabah...

jadi tarikh yang baru adalah 17hb Mac 2013..
rasanye ia berjalan serentak di seluruh negeri / tempat

jom la kita berjalan-jalan kaki sebagai satu senaman ringan yang patut kita lakukan seharian untuk kesihatan kita juga.....

ingat SIHAT sebelum SAKIT...



Tuesday, March 12, 2013

tajuk-tajuk berita bertarikh 12 Mac 2013 (Selasa)


tajuk-tajuk berita bertarikh 12 Mac 2013 (Selasa) yang dipetik daripada akhbar dan berita online 

1.  HARIAN METRO

    - Askar, polis naik gaji
    - Kita mampu naik gaji
    - Pangkat ATM, PDRM setara Perkhidmatan Awam Am
    - Profesion ketenteraan bukan kelas kedua
    - 'Mencipta keharmonian' - 233,192 anggota dan pegawai ATM, PDRM
    - Motivasi buat pasukan keselamatan

2.  KOSMO

    - Insentif Perdana Menteri suntik semangat kakitangan awam
    - 1.4 juta penjawat awam dapat kenaikan gaji awal, semua anggota polis, tentera turut dinaikkan gred
    - 1.4 juta penjawat awam dapat kenaikan gaji awal

3.  UTUSAN MALAYSIA

    - Transformasi perkhidmatan awam
    - ATM, PDRM naik gaji - Najib
    - SST suntik semangat polis, tentera
    - Pengumuman PM hargai pasukan keselamatan - MB
    - PM umum gaji baharu
    - Album hari ini
    - Penstrukturan gaji baharu
    - Pengumuman PM sempena MAPPA tiada kaitan politik
    - CUEPACS sambut baik pengumuman Najib

4.  NEW STRAITS TIMES

    - Rise in salaries for civil servants, security forces
    - Cheer for men in blue, green
    - Pay hike timely, say servicemen
    - 'More service schemes to be rolled out'

5.  BERITA HARIAN

    - 87 elaun dikaji semula
    - Taraf hidup polis, tentera dipertingkat
    - Gaji baru setimpal
    - Kakitangan kontrak terjamin
    - Bukit BN bela penjawat awam
    - Tingkat motivasi laksana tugas
    - Polis, tentera naik gaji
    - Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam
    - Langkah setarakan gaji tentera, polis iktiraf pengorbanan

6.  THE STAR

    - Higher uniform pay
    - Forces to get salary raise backdated to Jan 1
    - Civil servants to get early annual increments in July
    - Soldier refuses to celebrate pay rise just yet
    - Gunning for more talent
    - Cuepacs :  80,000 civil servants not upgraded in scheme

7.  BERITA ONLINE

   - The Sun Daily  - RM2 billion in benefits for civil servants
   - China Press - Najib: public servant salary increase military and police major salary level in early July
   - Oriental Daily News - Military and police civil service pay rise
   - The Malaysian Insider - Equal pay for cops, military; civil servants to get wage hike
   - My Sinchew.Com - Civil servants to enjoy one annual increment brought forward to July 1
   - BERNAMA - Harmonisation of grades shows government appreciates sacrifies of security forces

Thursday, March 7, 2013

Peraduan Kotex MemberKu





klik gambar untuk maklumat lanjut....macam menarik kan..

kalo nak sampel percuma dari kotek pun boleh....

klik DISINI untuk dapatkan sample..tapi kena la register dulu ye





Tuesday, March 5, 2013

Ada Berminat....


RM80 (termasuk postage) + (Free Gift bateri tambahan & Mask Shiseido)


apabila demam..suhu 38.5 above akan menyala warna merah...


warna kuning pula bila suhu sedang2..demam tak kuat sangat la kiranya


kalo normal..adalah warna hijau...lupa mak jemah nak snap warna hijau.....