Wednesday, September 4, 2013

Petai Ada Kebaikannya





Petai berkesan mengatasi masalah



Kemurungan 
PMS (sindrom pra-haid)
Anemia
Tekanan darah
Kuasa Minda 
Sembelit
Keletihan 
Gigitan nyamuk
Saraf
Berat badan yang berlebihan
Ulser
Merokok
Tekanan
Strok 
Ketuat



Cara Menghilangkan Bau Mulut Setelah Makan Petai
Untuk menghilangkan bau mulut setelah makan petai,
 kunyahlah timun mentah (yg dibuat ulam tu). 

Pilihan lainnya adalah kunyahlah beras
yang belum dicuci sampai hancur di mulut. 
Tapi jangan sampai berasnya ditelan.

 Diantara dua pilihan diatas (timun dan beras),
 mengunyah beras adalah yang paling berkesan
untuk menghilangkan bau mulut setelah makan petai.

Satu lagi petua
Sebelum dan selepas  makan petai,
 sila minum dalam tiga empat teguk susu segar 
susu segar,samada yg dalam  kotak atau dalam botol tu
memang tidak mengecewakan hasilnya

Tuesday, September 3, 2013

Sekitar Hari Raya

**gambar tak berapa cantik dah skrg ni...kena servis  kamera kot..***

ini je la gambar terbaik setakat ni...susah bebenor..yg susah bukan si kecik yg si teruna tua tu....tgk la tu jauh dari kita...sabar jerk kan temah...itu pun pegang bahu suh dekat skit

bila suh dekat si papa pulak nak peluk belakang..tgk bahu dia senget sebelah dah 

ni pun bahu papa senget dah....si danish tgk la nak lari 

kita pose berdua la dik....hero ni kalo makan bersungguh tapi sikit sikit...kena amik masa tgu dia makan..nak suap takde ke mau nye dah besar kan kan suap sendiri la

beratur amik duit raya 

 anak2 mengenal cara-cara memasak secara tradisi

 ini untuk kacau dodol tau nak
ye pak sy tau la...

kita masak kan je lemang sekali dgn dodol..cepat sikit siap 

sekitar majlis raya jabatan yang dikendalikan oleh kelab sukan dan kebajikan


Monday, September 2, 2013

Mini Taman Tema di Temerloh

Balik kampung baru baru ni semasa merdeka raya...adik ada bagitau yang ada taman tema kat kampung kami...
dari rumah mak cuma dalam 10 minit sahaja...tempatnya kat Kampung Berhala Gantang, Sebelum Sekolah Agama Al-Wosto berhadapan dengan Pusat Tahfiz..

Sebenarnya Taman Tema ni dibuka pada bulan Disember tahun lepas 2012...boleh kami tak tahu..
bila tanya adik, pesal tak bagitau, tak kan tak tau anak buah ni hantu dengan kolam2 renang...boleh dia jawab, la awak tak tanya...hampeh tak punye adik...ehehehehe...dia kata awak pun jarang balik, balik pun sekejap2...tak sempat la nak cerita...kadang2 tak teringat nak cerita....sabar je la temah ni...dah hampir setahun baru ku tahu....

Taman Tema ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Tahfiz disitu...
Jadi aurat-aurat terjaga la sikit...sebab tempat mandiannya diasing2kan dan diberi peringaktan supaya tidak berpakaian menjolok mata....

mereka ni suka sangat la kan balik kampung. 



Tempat Lelaki (Muslimin)
segan ni gi ambil gambar dekat2..sebab situ semuanya lelaki

 Tempat Wanita 
Tertutup tau...nak ambil gambar tak boleh la pulak..sebab mereka didalam tidak bertudung
jadi tak boleh la nak tayang2 gambar berenang mereka walau tidaklah berpakaian menjolok mata
tapi tidak manis pula untuk tatapan umum....

see...ok la ni kan...permulaan...
semoga terus berjaya dan berjaya


 bagus untuk riadah budak-budak ni...

 si duyung cilik..di sudut untuk 'baby baby'
air setakat buku lali jerk

si abang tunjuk skill renangnya...
boleh lah dalam 4 kali kuap lengan tu..lepas tu tak tahan mata, tak pakai goggles


lepas ni seronok la mereka balik kampung....
uhhuhuhuhuhuuhuhu...