Tuesday, October 27, 2015

Bilik 308

Assalamualaikum,

Misteri Kamar 308 Samudra Beach Hotel Dan Legenda Nyi Roro Kidul 

Hari ini nak tarik perhatian tentang tajuk di atas....Bilik 308. 
Tiba-tiba rasa nak sharing apa yang telah aku nonton di televisyen....

Masa tengok cite 308 di channel 131....aku ingat cite ni rekaan sahaja dari Indonesia...dan benar2 ingat bilik 308 tu rekaan untuk lakonan semata-mata...

Rupanya tidak....aku tiba2 nak google lepas tengok filem tu....sebab dalam adegan cite tu sendiri...pelakon tu ada google...dan keluar cite tentang bilik 308...so tertanya-tanya...eh memang ada ke dalam google...rupanye memang ada dan banyak kisah serta sejarah tentang asal usul bilik 308 di Hotel Inna Samudera terletak di kawasan Pelabuhan Ratu. 

Aku kongsikan gambar-gambar yang aku sendiri dapat dari hasilan google...maaf kepada tuanpunya gambar.....rasanye semuanye sama sahaja di mana2 blog...ihihihi....




ni luar pintu bilik 308...
dalam filem tersebut pun memang ada benda ni



ni sedikit sejarah sape pemilik bilik 308

Siapa tidak kenal Nyi Roro Kidul? Legenda itu adalah Ratu Pantai Laut Selatan yang merupakan cerita rakyat yang sangat dikenal hampir seluruh masyarakat Indonesia terutama di Kota Pelabuhan Ratu, Provinsi Jawa Barat. Cerita itu beredar dari mulut ke mulut, entah siapa yang memulainya.

Konon ceritanya, Jawa Barat pernah diperintah oleh seorang raja yang sangat berkuasa yakni, Prabu Siliwangi. Dia adalah seorang raja yang sangat terkenal serta bijaksana. Ia memiliki seorang permaisuri yang cantik serta beberapa orang selir.

Pada suatu hari, sang permaisuri melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik. Kehadiran bayi kecil ini, membuat mereka sangat bahagia. Tetapi, hal ini ternyata tidak disukai oleh para selir raja lainnya. Apalagi bayi itu tumbuh menjadi besar dan wajahnya lebih cantik daripada ibunya. Dan bayi tersebut diberi nama Putri Lara Kadita yang kelak akan menjadi ahli waris dari tahta kerajaan ayahnya. Oleh karena itu, raja sangat mencintainya dan mengasihi Putri Lara Kadita.

Sementara itu, para selir yang berusaha untuk menyingkirkan Putri Lara Kadita, membuat suatu persengkokolan. Mereka menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan kehidupan permaisuri beserta putrinya yang cantik itu. Dan akhirnya, kuasa jahat dari ilmu hitam itu, telah membuat wajah permaisuri dan putrinya menjadi sangat buruk serta tubuh mereka menjadi berbau busuk.

Karena keadaannya yang sangat mengerikan, maka sang raja memerintahkan permaisuri dan putrinya untuk meninggalkan istana. Alasannya, kalau dibiarkan mereka tetap tinggal di istana, akan membawa bencana bagi seluruh kerajaan. Selanjutnya, dengan terpaksa permaisuri dan putri pergi dari istana dan berkelana tak tentu arah di dalam hutan. Mereka pun menyusuri jalan-jalan sepi agar tidak bertemu dengan orang lain. Tanpa disadari, mereka menuju ke arah selatan. Penderitaan mereka sangat berat dan tidak tertahankan. Sampai akhirnya, sang permaisuri meninggal dunia dalam perjalanan pengembaraannya. Tinggallah Putri Lara Kadita seorang diri, dalam keadaan putus asa. Ia terus mengembara dan mengalami banyak penderitaan, tanpa seorangpun yang menghiburnya. Baca juga: Film 308: Misteri Kamar Keramat Yang Penuh Mistis Nomor 308

sambungan penuh cerita tersebut daripada blog Dunia Seram (sila klik untuk pembacaan selanjutnya) 

Kredit to duniaseram.blogspot.my

Ulasan tentang filem tu daripada apa yang aku nonton la...

Seorang anak yatim piatu iaitu Naya telah dimanipulasi oleh sahabatnya untuk bekerja di sebuah hotel sebagai Housekeeping Supervisor. Naya menerima peluang pekerjaan itu akibat kesempitan kewangan. Semasa bekerja beliau dibenarkan membawa adiknya tinggal bersama semasa musim cuti sekolah. Semasa beliau tiba,  hotel tersebut kononnya ditutup selama 4 hari kerana ada fogging akibat ada wabak malaria dan demam berdarah. Bermulalah pelbagai kejadian aneh. 

Semua pekerja hotel dibenarkan cuti selama 4 hari tetapi tinggal beberapa pekerja termasuk Naya juga Pengurus Hotel yang tinggal untuk menjaga hotel tersebut. 

Keadaan hotel yang sepi membuat Naya merasa kurang nyaman, apalagi ada dua peraturan aneh. Peraturan pertama: Siapapun dilarang untuk mendekati apalagi buka kamar 308. Peraturan kedua: Dilarang untuk memakai baju berwarna hijau. Naya mulai merasakan kejanggalan-kejanggalan, seperti suara langkah kaki dan tetesan air laut dari kamar 308, serta Sena, Erin, Prila, Dudi, dan Harlan yang bersikap misteri. 


Semasa bekerja Naya berasa hairan kerana Senior Supervisor di situ tidak pandai mengajarnya untuk membersihkan bilik serta membuat laporan. Ketika Naya mengejar adiknya yang bermain di bahagian pentadbiran, beliau berasa hairan melihat Pekerja Contoh yang dipamerkan yang telah di framekan berlainan dengan pekerja yang diperkenalkan oleh Pengurus Hotel. Begitu juga dengan carta organisasi. Hanya terdapat nama dan gambar Pengurus Hotel sahaja. Pekerja-pekerja yang lain tidak terdapat di dalam carta organisasi tersebut. Beliau mula membuat siasatan dan mencari pencarian di dalam intenet (google). Beliau juga telah membuat pencarian data pekerja di dalam simpanan pentadbiran hotel tersebut. 

Naya juga telah menyiasat tentang bilik 308. Beliau berjaya memasuki bilik tersebut. Hingga akhirnya Naya membuka kamar itu yang ternyata adalah sebuah kamar khusus untuk sang penguasa pantai selatan bernama Nyi Roro Kidul. Akhirnya terbongkar rupanya Naya dan adiknya Aira mangsa untuk dijadikan korban kepada Nyi Roro Kidul. Pengurus Hotel serta rakan-rakannya telah menyiasat latar belakang Naya dan Aira dan mendapati mereka adalah keturunan yang sesuai untuk dijadikan korban. Mereka berbuat demikian adalah kerana pemujaan untuk menjadikan mereka kaya raya.

Naya sedaya upaya untuk mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dan adiknya serta untuk menghapuskan pemujaan tersebut yang sepatutnya dijalankan pada hari ke-4. 

Biasalah...diakhir cerita mestilah Naya dan adiknya Aira selamat. Dan Pengurus HOtel serta rakan-rakanya semua mati. Naya juga telah diambil bekerja tetap di hotel tersebut serta diberi kepercayaan untuk menjaga Bilik 308. 

olahan cerita saya ini sedikit sebanyak dibantu dari blog INI
Kredit untuk http://filmdanmovie.blogspot.my

Akhirnya berjaya untuk menaip panjang-panjang seperti dahulu.

Sekian, Wassalam.