Tuesday, September 6, 2016

Cara masukkan (transfer) duit dari akaun Maybank2u ke ASB


Assalamualaikum..

Lama sungguh tak bersiaran kan..

arini akak nak share tentang cara-cara pindahan / transfer duit dari akaun Maybank (M2U) ke akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB). Sebelum anda nak buat pindahan pastikan anda ada akaun sendiri ye...nak guna akaun suami ke jiran tetangga ke sahabat andai boleh juga ;) tapi pastikan mereka yang add on sendiri pada Maybank2U tu... ihihih... dan mereka jugakan yang transfer kan...kecuali kalo anda ada nombor password suami anda....ikikiki jadi anda boleh buat pindahan bila2 anda suka.

okey jom tengok langkah semudah ABC ni.... 

Langkah 1 : Login akaun maybank anda. Klik ke bahagian INVESTMENT

Langkah 2 : Klik Bahagian ASNB Unit Trust (seperti tertera di dalam gambar ye)


Langkah 3 : Klik button ADD (seperti di dalam gambar) untuk pendaftaran (register) nombor ASB ke dalam akaun Maybank. Ini sekali je perlu buat. Lepas dah aktif nombor kita, xperlu dah langkah ini. Kecuali anda nak tambah nombor akaun ahli keluarga sahabat andai jiran tetangga.. ihihihi


Langkah 4 : Pilih Amanah Saham Bumiputera dan klik button CONTINUE


Langkah 5 : Klik thick Checkbox  dan Klik button CONTINUE (seperti di dalam gambar)


Langkah 6 : Masukkan Nombor Ahli yang boleh didapati di dalam buku ASB, kemudian masukkan nombor IC (kecuali anda tentera ke polis ke apa..masukkan nombor id polis/tentera), seterusnya masukkan nama anda dan tekan button CONTINUE


Langkah 7 : Semakan semula, nombor ahli, nombor ic dan nama..pastikan betul...kemudian klik button Request for TAC. Dapat sms di telefon yang berdaftar dengan M2u masukkan nombor TAC tersebut dan seterusnya tekan button CONFIRM


Langkah 8 : Permohonan anda diterima (Accepted) dan tekan button Return to ASNB 


Langkah 9 : Permohonan anda akan diproses lebih kurang satu (1) hari sahaja. 


Langkah 10 :  Memang sehari je dah lulus..kalo makan masa 2-3 hari tu maybe jatuh pada hari cuti2 Malaysia atau cuti Am


Langkah 11 : Bila dah aktif  Klik di bahagian ASNB Payment seperti yang akak bulatkan di dalam gambar



Langkah 12 : Dah Klik situ... so keluarlah list berapa yang korang dah add..akak baru masukkan nombor asb akak je..so nama akak je la tertera...klik nama pilihan dan CONTINUE


Langkah 13 : Tickklik di Kotak seperti di dalam bulatan yang akak tunjukkan dan CONTINUE


Langkah 14 : Seterusnya seperti biasa (kepada pengguna m2u mungkin dah senang dah cara urusan ni)...masukkan jumlah dan CONTINUE


Langkah 15 : Klik Confirm


Langkah 16 : Yeaay Berjaya.. ok dah berjaya..ikut korang la nak print receipt atau tidak...kalo xnak print pun takpe..jimat kertas..nanti kalo nak reprint atau tgk semula status yang lepas seperti biasa bleh cek di bahagian m2u History...


ok selesai...selamat menyimpan untuk hari tua..
taun depan leh cek bonus tahunan.

Terima kasih. Wassalam 




Thursday, September 1, 2016

Perbarisan 31 Ogos 2016



sometimes we need to share what we know..
sometimes no need....

-------------------------------------------------------

hepi independence day






Terharu kerana Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberi sokongan kepada para peserta pembarisan....




----------------------------------------------------

hati tidak merdeka lagi selagi suka memfitnah / membuat cerita / menambah tokok
tenangkan hati wahai sahabat   'kawan'
of coz not my SAHABAT...