Wednesday, April 19, 2017

Etika bersalam agar ramai terpegun!

 

Pandangan kali pertama adalah penting. Sehubungan dengan itu, CuteCarry selalu mengingatkan peserta agar bersalam dengan cara yang betul. Teknik yang digunakan adalah SAHABAT
S – Salam dengan betul. Jangan terlalu jauh dan dekat. Cara kita bersalam akan menunjukkan siapakah diri kita.
A – Ajukan soalan. Contoh soalan yang mudah diajukan adalah bertanya khabar. Cuba sebut nama orang yang kita bersalam sebanyak tiga kali. Contohnya… ‘apa khabar En Ali..En Ali sihat? baru sampai dari mana En Ali?’. Orang lain lebih tertarik jika kita menyebut nama mereka beberapa kali.
H – Hadiahkan senyuman. Nampak ringan tetapi senyum yang betul akan menarik perhatian orang lain.
A – Ajukan soalan lagi. Ini boleh digunakan jika kita tiada ‘modal’ hendak bercakap apa.
B – Bahasa badan perlu dijaga. Ia memberikan indikasi berkenaan sikap kita.
A – Anak mata perlu dijaga. Pertemua rasmi ataupun bertemu kali pertama, anak mata memandang mata orang yang kita salam dan keatas dahi. Jika mula mesra, baru boleh melihat keseluruhan muka. Jangan pandang atas bawah jika pertama kali bertemu ye..
T – Tiru gaya orang itu (mirroring). Mereka akan lebih terpengaruh jika kita selaras dengan pergerakan mereka.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
VISIT CUTECARRY WEBSITE HERE

Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807   atau 019 329 0397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.
Jangan lupa FOLLOW FACEBOOK CUTECARRY KLIKSINI


Juga INSTAGRAM CUTECARRY , banyak yang menarik berlaku disini

Thursday, April 13, 2017

Beza antara EKSA dan 5s



5s dan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) mempunyai persamaan dan perbezaan.
Saya adalah seorang penceramah 5s dan telah berpengalaman selama lebih kurang 8 tahun. Ada yang kata 5s tak relevan lagi didalam bidang sektor kerajaan kerana digantikan dengan EKSA.

Betul ke dakwaan itu dan  adakah sistem 5s terlalu teruk sehingga terpaksa digantikan dengan sistem baru?

Saya telah meneliti dokumen EKSA dan saya tersenyum. Sebenarnya amalan EKSA adalah penambahbaikan 5s. Tetapi secara sejujurnya sejak daripada dahulu saya telah mengamalkan semua amalan dalam EKSA didalam bimbingan 5s saya.

Sama seperti EKSA, 5s dibawah bimbingan saya menekankan konsep korporat. Saya lenyapkan unsur-unsur gantung-gantung atau lekat-lekat seperti tadika. Saya pun kurang pasti konsep 'tadika' tu datang daripada unsur apa. Sepatutnya jika ada sistem pejabat lebih kemas bukan serabut.

Bukan semua benda perlu dilabelkan. Tidak perlulah dilabelkan televisyen, peti ais, peti sejuk dan segala bagai perkara. Label hanya perlu seperti kedudukan berubah dan memudahkan penyusunan semula.

Saya juga menggalakkan penggunaan barang terpakai atau konsep kitar semula 'recycle'. Banyak penjimatan boleh dilakukan. Sebagai seorang pencinta alam saya amat gembira kerana dokumen EKSA menekankan perkara tersebut. Jika hendak tahu kenapa semua beg saya besar-besar ialah kerana saya kurang menggunakan beg plastik jika membeli belah. Beg plastik tidak baik untuk alam sekitar.

Kedua-dua nya adalah untuk memberikan kelebihan daripada segi kecekapan, menjimatkan ruang dan masa juga pendekatan secara holistik.

Pelbagai teknik 5s dan EKSA telah dikongsikan bersama dengan peserta semua.
Kursus ini juga diselitkan dengan penjenamaan organisasi, hiasan dalaman (interior decoration) dan juga motivasi.

Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry hubungi 0193290397 atau training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com

WARNA HIJAU DIJANGKA HIT TAHUN 2017






Antara soalan yang kerap ditanya pada saya akhir-akhir ini ialah apakah warna yang akan IN atau INTREND pada tahun 2017.

Jawapan saya ialah saya kemungkinan warna earth tone dan juga HIJAU.
Warna ini dijangka hit sebab bila dilihat pada trend runway yang dipersembahkan pada 2016 banyak warna hijau seperti di Balmain dan Marc Jacobs. Warna hijau yang saya maksudkan ialah seperti mossy, kale dan juga mungkin emerald atau jade.
Persoalannya bagaimana ingin memakai warna hijau sebab warna ni tak sesuai dengan kulit uols. Disini saya bagi beberapa tips untuk anda pakai warna ini.


Masukkan unsur hijau
Jika takut sangat nak pakai hijau tetapi hendak ikut trend, cuba masukkan sedikit elemen hijau seperti aksesori seperti beg dan kasut. Jangan pakai apa-apa warna hijau untuk helaian yang dekat dengan muka anda.


Padankan dengan warna asas seperti putih dan hitam
Hijau can be a lil bit tricky. Kalau salah mix and match akan nampak buruk dan kesimpulannya catastrophe (malapetaka sangat). Padankan hijau dengan warna hitam, gelap atau putih.


Jangan takut hijau
Kalau tak elok pun, orang yang tengok takkan muntah hijau tau. So, janganlah takut untuk menggayakan warna hijau.







Sebenarnya CuteCarry beli warna hijau ini hanya untuk posting ini. Gigih tak? Selepas job REBRANDING untuk Agrobazaar Singapore, terus pi beli baju Zara ini di Orchard Road. Thank you orang Singapore kerana percaya dengan perkhidmatan CuteCarry. Tahun 2016 ini sangat penat kerana memenuhi jemputan mengendalikan ceramah, latihan, kursus dan jobs di seluruh negara. Alhamdulillah juga kerana berjaya tempuhi pasaran luar negara.

 ----------------------------------

sharing dari Cute Carry
akk dapat ni dari emel 
tq ye Cute Carry...rindu nak gi kursus Cute CArry lagi