Thursday, April 13, 2017

Beza antara EKSA dan 5s



5s dan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) mempunyai persamaan dan perbezaan.
Saya adalah seorang penceramah 5s dan telah berpengalaman selama lebih kurang 8 tahun. Ada yang kata 5s tak relevan lagi didalam bidang sektor kerajaan kerana digantikan dengan EKSA.

Betul ke dakwaan itu dan  adakah sistem 5s terlalu teruk sehingga terpaksa digantikan dengan sistem baru?

Saya telah meneliti dokumen EKSA dan saya tersenyum. Sebenarnya amalan EKSA adalah penambahbaikan 5s. Tetapi secara sejujurnya sejak daripada dahulu saya telah mengamalkan semua amalan dalam EKSA didalam bimbingan 5s saya.

Sama seperti EKSA, 5s dibawah bimbingan saya menekankan konsep korporat. Saya lenyapkan unsur-unsur gantung-gantung atau lekat-lekat seperti tadika. Saya pun kurang pasti konsep 'tadika' tu datang daripada unsur apa. Sepatutnya jika ada sistem pejabat lebih kemas bukan serabut.

Bukan semua benda perlu dilabelkan. Tidak perlulah dilabelkan televisyen, peti ais, peti sejuk dan segala bagai perkara. Label hanya perlu seperti kedudukan berubah dan memudahkan penyusunan semula.

Saya juga menggalakkan penggunaan barang terpakai atau konsep kitar semula 'recycle'. Banyak penjimatan boleh dilakukan. Sebagai seorang pencinta alam saya amat gembira kerana dokumen EKSA menekankan perkara tersebut. Jika hendak tahu kenapa semua beg saya besar-besar ialah kerana saya kurang menggunakan beg plastik jika membeli belah. Beg plastik tidak baik untuk alam sekitar.

Kedua-dua nya adalah untuk memberikan kelebihan daripada segi kecekapan, menjimatkan ruang dan masa juga pendekatan secara holistik.

Pelbagai teknik 5s dan EKSA telah dikongsikan bersama dengan peserta semua.
Kursus ini juga diselitkan dengan penjenamaan organisasi, hiasan dalaman (interior decoration) dan juga motivasi.

Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry hubungi 0193290397 atau training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com

No comments: