Thursday, April 13, 2017

WARNA HIJAU DIJANGKA HIT TAHUN 2017






Antara soalan yang kerap ditanya pada saya akhir-akhir ini ialah apakah warna yang akan IN atau INTREND pada tahun 2017.

Jawapan saya ialah saya kemungkinan warna earth tone dan juga HIJAU.
Warna ini dijangka hit sebab bila dilihat pada trend runway yang dipersembahkan pada 2016 banyak warna hijau seperti di Balmain dan Marc Jacobs. Warna hijau yang saya maksudkan ialah seperti mossy, kale dan juga mungkin emerald atau jade.
Persoalannya bagaimana ingin memakai warna hijau sebab warna ni tak sesuai dengan kulit uols. Disini saya bagi beberapa tips untuk anda pakai warna ini.


Masukkan unsur hijau
Jika takut sangat nak pakai hijau tetapi hendak ikut trend, cuba masukkan sedikit elemen hijau seperti aksesori seperti beg dan kasut. Jangan pakai apa-apa warna hijau untuk helaian yang dekat dengan muka anda.


Padankan dengan warna asas seperti putih dan hitam
Hijau can be a lil bit tricky. Kalau salah mix and match akan nampak buruk dan kesimpulannya catastrophe (malapetaka sangat). Padankan hijau dengan warna hitam, gelap atau putih.


Jangan takut hijau
Kalau tak elok pun, orang yang tengok takkan muntah hijau tau. So, janganlah takut untuk menggayakan warna hijau.







Sebenarnya CuteCarry beli warna hijau ini hanya untuk posting ini. Gigih tak? Selepas job REBRANDING untuk Agrobazaar Singapore, terus pi beli baju Zara ini di Orchard Road. Thank you orang Singapore kerana percaya dengan perkhidmatan CuteCarry. Tahun 2016 ini sangat penat kerana memenuhi jemputan mengendalikan ceramah, latihan, kursus dan jobs di seluruh negara. Alhamdulillah juga kerana berjaya tempuhi pasaran luar negara.

 ----------------------------------

sharing dari Cute Carry
akk dapat ni dari emel 
tq ye Cute Carry...rindu nak gi kursus Cute CArry lagi





No comments: