Saturday, January 13, 2018

20 DOKTOR NICHE MEDIKAL YANG ANDA KENA FOLLOW

20 DOKTOR NICHE MEDIKAL YANG ANDA KENA FOLLOW

Dengan lambakan auta kesihatan dan mitos yang disebarkan oleh segelintir pihak yang mengaut keuntungan melalui jualan produk penipu, dan juga penyebaran dakyah anti-perubatan moden oleh penunggang dan pemfitnah, maka di sini saya sarankan anda follow 20 orang doktor perubatan / pergigian ini laju-laju.

Follow terus sekarang tau! 😄

1. Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Dia sedang sambung belajar dalam bidang kesihatan awam. Menulis di FB dalam niche hartanah dan medikal. Sekali follow, dapat belajar dua-dua niche terus. Rugi tak follow hehe.

2. Dr Hana Hadzrami
Seorang pakar bius yang sering menulis berkaitan dengan kisah benar di dewan bedah dan ICU serta produk penipu. Bahasanya mudah difahami, tiada jargon dan padat dengan pengajaran. Konfem kena follow.

3. Prof Dr Imelda Balchin
Pakar O&G dan juga pernah berkecimpung dalam bidang kesihatan awam. Penulisannya penuh fakta dan disertakan bukti kajian. Suka cendol dan ramai spy dalam kalangan pembaca. Jangan main-main dengan dia ya.

4. Dr Rafidah Abdullah
Pakar buah pinggang. Lantang dalam menulis bab produk penipu yang memberi kesan buruk kepada pesakit-pesakit buah pinggang. Kena follow supaya tak kena tipu dengan penipu berkot putih.

5. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Popular! Banyak niche dalam FB beliau. Medikal, kehidupan, seram, pandangan isu semasa dan sebagainya.

6. Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Sedang menuju menjadi pakar kecemasan. Banyak menulis tentang kisah medikal kecemasan dan produk penipu. Niche lain adalah tentang gitar.

7. Dr Ahmad Firdaus
Founder Medical Mythbusters Malaysia. FB ada kisah medikal, satira, masak-masak, jalan-jalan, hartanah dan sebagainya.

8. Dr Sakinah Sulong
Pakar kesihatan keluarga. Hands on tengok pesakit-pesakit di klinik. Banyak menulis tentang kesihatan melalui ilmu yang beliau ada.

9. Dr Rusyainie Ramli
Doktor askar. Hehe. Lantang menulis. Produk penipu memang selalu la kena taji dengan beliau. Penulisan beliau pun selalu viral. Tak rugi follow.

10. Dr Amirul Amzar
Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran kesihatan keluarga. Pernah keluar radio. Penulisan penuh info dan fakta. Selalu juga kena kutuk dengan founder produk tertentu. Namun demi maslahah masyarakat, beliau berani menulis dan berdebat melalui penulisan yang berfakta.

11. Dr Nurilyani Bujang
Doktor bahagian bius, pernah menulis tentang ubat-ubatan berkaitan bius yang ada asalnya adalah ekstrak tumbuhan. Menarik untuk dibaca.

12. Dr Erna Nadia
Ratu jamu! Haha. Selalu tulis info kesihatan pelbagai cabang. Lantang menjatuhkan produk penipu yang membahayakan masyarakat.

13. Dr Suhazeli Abdullah
Beliau dah masuk pangkat ayahanda la kalau dibandingkan dengan saya. Seorang doktor pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan. Sering menulis dan menjawab isu-isu berkaitan perubatan dan kesihatan termasuklah isu yang menggunakan agama untuk jual produk atay menyebarkan dakyah. Kena follow.

14. Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Seorang doktor mata, dan rajin buat video bagi menyampaikan info kesihatan berkaitan mata. Boleh skrol FB beliau sekarang.

15. Dr Afiq Rahim
Sedang melanjutkan pelajaran bidang kesihatan awam. Rajin menulis info perubatan berpandukan kajian2 yang diterbitkan dalam jurnal. Kalau anda ingat, DAR adalah individu yang terkenal semasa isu banjir besar di Kelantan.

16. Dr Khairul Hafidz Alkhair
Kalau anda ada twitter, cari profil beliau. Sangat popular di twitter. Beliau adalah founder Medtweetmy.

17. Dr Iqbal Rosali
Doktor gigi! Jom tengok wall fb dia. Penuh info kesihatan gigi. Say cheese!

18. Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Lantang! Pembela doktor2 dan staf kesihatan yang diperkotak-katikkan dalam media sosial. Seorang doktor pakar kecemasan.

19. Dr Mahyuddin Mohamed
Doktor pakar ortopedik. Sering keluar TV berkongsi ilmu kesihatan dan perubatan berkaitan ortopedik.

20. Dr Taufiq Razif
Retis sangat Dr ni. Konfem ramai dah follow kan. Kalau belum follow, jenguk wall FB beliau sekarang!

Ok dari 12 dah dikemaskini kepada 20 orang doktor. Yang tak berkesempatan dimasukkan dalam senarai, anda pun penting juga tau. Ada masa nanti saya tambah lagi. Anda boleh cadangkan dalam ruangan komen juga.

Follow mereka tau! Jom sama-sama jadi celik info kesihatan melalui doktor kesihatan bertauliah anda. Ajak kenalan anda untuk follow bersama.

Share senarai ini laju-laju! Ayuh!

No comments: