Tuesday, March 6, 2018

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:

Saya menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,
"Telah HILANG lah PINTU SYURGA di RUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????

Ini satu PERKATAAN orang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI......

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Apabila ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
“aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN, kerana yang HIDUP pasti akan MATI....*Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA...
Tapi hari ini TERTUTUP*lah *SATU PINTU dan tidak akan di buka sampai hari Kiamat.

Aku memohon pada ALLAH swt agar aku boleh menjaga pintu SYURGA yang keDUA

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda Rasulullah SAW dari Abu Darda RA 

Rasulullah SAW bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
ORANG TUA ( ibu & ayah) adalah PINTU SYURGA paling tengah .

Kamu boleh SIA-SIA kan pintu itu atau kamu MENJAGA nya . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua IBUBAPA kita adalah ibarat PINTU SYURGA bagi setiap ANAK,
dengan maksud jika kita BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK kpd KEDUA nya, maka ALLAH akan beri ganjaran SYURGA, tapi siapa yg *MENSIA-SIA kan PELUANG ini, akan TERLEPAS lahPELUANG ke SYURGA

Bahkan mereka itu CELAKA

Rasulullah SAW bersabda,
CELAKA, CELAKA, CELAKA

Lalu ditanyakan pada Baginda, SIAPA (yang celaka)
wahai Rasulullah ??
Maka Baginda bersabda :
"SIAPA saja yang menjumpai KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA, akan TETAPI (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga . (HR. Muslim)

Saya nak mengajak kamu semua agar TIDAK MENSIA-SIA kan peluang PINTU SYURGA yang ada di RUMAH kamu, LEBIH- LEBIH lagi jika USIA KEDUA ORG TUA telah lanjut, MELANGKAH lah ke PINTU itu dengan BERBUAT BAIK kpd KEDUAnya .
Sebelum kita meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...

JANGAN abaikan PINTU SYURGA yg diibarat kepada IBUBAPA yang ALLAH KURNIAkan dirumah kita .

Dalam hidup kita, ALLAH buka banyak kesempatan untuk ke SYURGA, samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU meREBUT*nya.

Kemudian ALLAH ambil balik SATU demi SATU peluang ini,

Maka TERTUTUP lah SATU demi SATU kesempatan untuk ke SYURGA melalui pintu KETAATAN keatas IBUBAPA kita.

MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat KEMBALI nya IBU atau BAPA bagai TERTUTUP nya PINTU SYURGA di RUMAH nya .

Santuniah IBUBAPA& Mentua mu sementara mereka MASIH ADA, (sementara PINTU SYURGA di RUMAH mu MASIH TERBUKA )
__________
SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT...

#copypaste

No comments: