"PERSAHABATAN ADALAH SUATU ANUGERAH TERINDAH"
Persahabatan adalah menyayangi, bukan menyaingi
Persahabatan adalah mendidik, bukan membidik
Persahabatan merangkul, bukan memukul
Persahabatan membina, bukan menghina
Persahabatan mencurahkan, bukan memurahkan
Persahabatan mencari solusi bukan mencari sensasi
Persahabatan mengukuhkan, bukan meruntuhkan
Persahabatan menghargai, bukan melukai
Persahabatan membela, bukan mencela
Kadang sahabat yang suka menegur kita, BUKAN kerana mereka BERLEBIHAN
tapi... kerana mereka meletakkan Persahabatan MELEBIHI WANG...
Kadang Sahabat yang memohon MAAF TERLEBIH DULU setelah Pertengkaran, BUKAN kerana mereka SALAH
tapi... kerana mereka MENGHARGAI sebuah persahabatan.
Kadang2 Sahabat yang selalu share WA ke kita, bukan kerana merasa PINTAR & bukan Menunjuk tapi... karena INGAT pada KITA.
Suatu Hari ada yang mengingatkan tentang Agama dan Iman.
Bukan kerana merasa baik dan sudah sempurna
tapi.... itulah kewujudan Persahabatan kerana ALLAH yg Maha Kuasa
Suatu saat, kita semua akan TERPISAH, baik oleh jarak mahupun ajal yang menjemput kita.
Namun ada Sahabat yang terus mendoa'kan kita
Suatu saat Anak-anak dan Cucu-Cucu kita akan bertemu mereka dan bercerita... Dulu Kita Pernah Bersama.
Persahabatan tidak mencari cari kesalahan tapi.... menutupi kesalahan
Persahabatan berlandaskan Hati yg TULUS dan IKHLAS
Persahabatan akan terus terjalin walau banyak sekali halangannya
Pada satu Waktu Sebahagian cuma memperhatikan KEJAYAAN kita, tapi... ada Sebahagian sahabat yg peduli akan keadaan KESIHATAN kita, maka itulah Persahabatan yg sejati.
Suatu hari kita terlena dalam gurau dan tawa tapi... ada yang mengingatkan agar kita tidak pernah Lalai.
Itulah SAHABAT.
Sahabatku, meskipun tidak sering BERTEMU , tapi... selalu DIINGATI ,
Itulah SAHABAT .
Seorang SAHABAT tidak akan berfikiran NEGATIF tapi Selalu POSITIF
Jom, kita bangunkan PERSAHABATAN dengan keikhlasan dalam kasih kurniaNYA .
No comments:
Post a Comment