tahniah kepada semua Setiausaha Pejabat dari sy papa MDM...
ni serba ringkas sy rumuskan berkenaan hal gaji
KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
d) penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan memiliki kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan
Teknologi Pejabat daripada UiTM hendaklah ditawarkan matagaji di
Peringkat 1 (P1) Gred N27/28 baharu di mana
matagaji tersebut hendaklah
berdasarkan prinsip matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir
di gred jawatan asal dan jumlah perbezaannya adalah
tidak kurang daripada
satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika matagaji mengikut
Peringkat (P) gred jawatan baharu berkenaan tidak dapat menampung gaji
permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gaji boleh ditetapkan di
Peringkat (P) berikutnya. Jika gaji yang ditawarkan itu belum mencapai
matagaji permulaan yang ditetapkan pada tarikh kuat kuasa pertukaran
pelantikan, gaji pegawai hendaklah diselaraskan ke matagaji permulaan
yang ditetapkan itu supaya gaji yang diterima hendaklah tidak kurang
daripada matagaji permulaan di gred jawatan baharu; dan
rumusannya...
- gaji anda dlm skim N17 skrg adalah
P1T16 RM 1552.40 maka prinsip yg akan digunakan utk penetapan gaji permulaan ialah menetapkan matagaji yg paling hampir dlm skim N27 iaitu P1T7 RM 1603.85.
- Namun jika matagaji yg ditawarkan kurang drp satu pergerakan gaji iaitu RM 66.55 ( pergerakan gaji biasa ) maka matagaji yg akan ditawarkan ialah P1T8 RM 1670.40....
begitulah prinsip penetapan gaji permulaan kpd gred N27...bezanya RM118.00
sekalung tahniah...gred dh naik...tugas makin bertambah la ye....hehehe....
sebarang pertanyaan bolehla diajukan..kalo yg boleh sy jawab...sy jawab..kalo kerahsiaan akan dirahsiakan...tapi pekeliling dah kuar..uhuhuhu...