Thursday, March 28, 2019

Kolej PERMATA Pintar UKM

Kolej PERMATApintar UKM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi dalam bidang akademik. Program seperti ini telah lama di jalankan di negara jiran seperti di National University of Singapore, Mahidol University, Thailand, Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST) dan sudah tiba masanya untuk program ini diadakan di Malaysia sebagai langkah pertama bagi memenuhi keperluan kira-kira 350,000 orang pelajar pintar pintar dan berbakat. Pelajar-pelajar yang mengikuti Kolej PERMATApintar UKM, dipilih setelah melalui ujian saringan dan penilaian memulakan program pada usia 11-12 tahun.

Kurikulum kebangsaan (KBSM) digunakan sebagai kurikulum asas, disamping kurikulum tambahan yang meliputi beberapa kursus universiti seperti Calculus, Linear Algebra dan bahasa asing sebagai academic rigor.Komponen pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri melibatkan pelbagai program kemasyarakatan yang menekankan semangat kekitaan dan kesukarelaan, disamping pengembangan kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan. Komponen kokurikulum membolehkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti persatuan, sukan dan pelbagai pertandingan seperti Math Olympiad, Robotics Competition, di dalam dan luar negeri. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya ditawarkan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti ternama.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



CARA-CARA NAK MASUK KE KOLEJ PERMATA PINTAR/KOLEJ PERMATA INSAN


No comments: