Tuesday, May 10, 2011

Bengkel Kemahiran Keibubapaan dari PERMATA

Pengkongsian dari Bengkel....

kita mulakan dgn persembahan anak2 taska...
eheheh anak aku tak masuk, sbb cikgu ckp dia takmo menari, besfren dia pun takmo menari...ceh apa pesen la mdm2 ni...kalo kat umah dia la yg ratu tarian geleknye.....kalo lagu patriotik..dlm bilik mandi pun leh jadii....


yg paling comey bagi aku yg pakai baju nurse ni...sweet nye laaaaaaaa


LIRIK LAGU PERMATA - TASKA PERMATA

Semenjak di dalam kandungan lagi
Dibekalkan tuhan bakat tersendiri
Seawal usia, perhatian harus diberi
Dewasa kelak teguh peribadi

Kanak-kanak permata berharga
Jika digilap pasti berjaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak permata bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan

Kanak-kanak permata bahagia
Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan

video lagu permata, dari anak2 taska PERMATA

video
video tahun lepas ni masa mdm1 masih di taska....
------------------------------------------------------------------------

Bagi aku bengkel ni mmg bagus tuk mana2 ibubapa, terutama yang jenis tak sabar dgn karenah dan ragam anak²....biasalah kan dari kecil hingga besar pelbagai karenah anak yg terpaksa kita tangani dan layani....cuma cara kita je nak psiko anak² tu kena bijak bagi melahirkan generasi yg baik², dan cara kita psiko diri sendiri je bagaimana nak kawal diri dan perasaan terhadap perangai mereka kepada kita....

Banyak info dan ilmu yang dipelajari dlm bengkel ni..walau nampak mcm remeh2...tapi hakikatnya kadang2 kita terlupa...setiap anak² perlu perhatian yg berbeza...

rugi kalo kita tak serapkan sedikit demi sedikit ilmu kepada mereka sejak dari kecil...sbb nanti sel neuron² di otak yg tidak digunakan akan mati begitu sahaja (1) ...bagi aku, tak perlu la kita membebankan sangat mereka...tapi cukup la sekadar so so sahaja di peringkat yg masih muda....kalo terlebih bijak sgt kang takut dia jemu plak, jadi serapkan berpada²

menyanyi2 pun adalah satu bentuk pembelajaran juga, sbb ia satu pengujian daya ingatan (yg menggunakan neuron tadi) bagi kanak²...betul tak? ala jgn la nyanyian yg heavy² metal pun.....'enjit enjit semut, siapa sakit naik atas...' dari kak limah ni pun dah ok .....
 sambil menyanyi sambil beraksi...bukan kah itu menggunakan saraf OTAK dan OTOT...??????? owh penceramah tu tak bercerita bab ni...tapi dia ada selit2 berkenaan lagu2 tuk anak2....nyanyi dan gaya....jadi kita fikirlah sendiri apa yg dimaksudkan penceramah itu... 

 kalo anak² kita nakal, Penceramah tu kata, jangan menyalahkan suami/isteri ttg perangai anak2...
contohnya : ni perangai nakal ni ikut papanya la gamaknye masa kecik.....

perangai dan sikap dibentuk semasa dalam tempoh penjagaan...tak perlu menyalahkan keturunan atau baka ye teman2.....acuan tu mmg dari kita...tapi bentuk acuan bila dia sedang membesar tu siapa yg cipta? kita kan, ibu bapa...jadi tunding diri sendiri jer,xyah tunding sesama sendiri...ahahahha

ok lah setakat ni dahulu, ada program/event next week ni....so keje aku ni, selagi tak selesai program...selagi tu keje melambak atas meja ni..bagi yg dah kenal aku tu tau la...

lain masa kita share lagi apa yg aku dapat dalam bengkel tersebut....byk lagi sebenarnya....
---------------------------------------
footnote (1) Apoptosis menyingkirkan neuron-neuron yang tidak diperlukan supaya keadaan otak tidak terlalu padat dengan neuron-neuron yang tidak perlu.
apoptosi : kemaitan terancang sel

10 comments:

jotjit2u said...

stuju dgn kak hasha..anak2 mmg d bentuk drp ibu n ayah.elok ajarannya,maka elokla akhlaknye..i like!

~ yus ~ said...

setuju! Anak2 ibarat kain putih, kitalah yang perlu mencorakkan mereka dengan warna2 yang cantik dan menarik kan..

Tapi mmg susah sebenarnya nak memahami hati dan naluri anak2 kalau kita sendiri tak sabar. Banyak dugaannya tak gitu Asha...

ieda said...

yes .. mcm nie sgt2 bagus .. anak2 mencerminka keperibadian kita :)

~aSHa~ said...

jot --> tul tul....elok ajarannya elok akhlaknya...semoga anak2 akak jadi anak yg baik2....Ya Allah perkenankan doaku ini..

yus --> a'ah kan kak....kitalah yg mencorakkan mereka dgn warna warni kehidupan ni...

ieda --> ermmm betul ayat akak tu kan...anak2 mencerminkan keperibadian kita....

~izan~ said...

selalunya bila nk marah,mesti kuar yg perangai mcm saper tu hehe..

tp mmg betul,semua bergantung pada kita,bagaimana kita nak bentuk mereka..

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

Jasfyra said...

bestnya bengkel ni.kalo ada peluang,saya pun nk joint

LYAfrina said...

mcm best..
taska permata kat mana sha??

.:fyzz:. said...

anak2..adalah permata yg palng berharga..aku setuju ngan pendapat hg..anak2 berbeza..jd pendekatan kita pd setiap anak pun perlu berbeza...dn kita jng sesekali memperkecilkan anak2 kita ..conth..tgk si abang...pandai itu pandai ini..kira merendahkan si adik atau si kakak..conth la kan....

~aSHa~ said...

tul tul tul tul....

lya, kat fikri