Wednesday, December 27, 2017

Info

BERITA HARI INI (27.12.17).
1.Tan Sri Lee Lam Tye yang juga seorang pemimpin aktivitis menyokong saranan supaya anggota polis mempelajari bahasa Mandarin.

2.Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 akan dikuatkuasakan untuk menentang aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

3.Tiada lagi pengajaran berteraskan pengasingan kelas pada tahun 2019 menurut Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.CEUPACS menasihat pencarum KWSP supaya segera meletakkan nama pewaris bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa depan.

5.Kementerian Luar Bandar mahu semua pemimpin daerah dan masyarakat menyenaraikan tempat yang memerlukan lampu jalan atau kerja2 mengecat semula surau.

6.Kerajaan diseru mencari jalan bagi melindungi hidupan liar yang sering diburu atau mati dilangggar.

7.Sejak dibuka Kaunter PTPTN di KLIA2 seramai 5,670 peminjamnya telah datang untuk berbincang dan menerima khidmat nasihat.
.
BERITA TEMPATAN:
8.PBAPP atau Pihak Berkuasa Air P.Pinang menunggu kelulusan kerajaan pusat untuk mengenakan surcaj air.

9.Lebuhraya Maju Expressway menawarkan potongan 10% kepada pengguna laluan sempena Tahun Baru 2018 mulai jam 12.01 pagi pada 1 Januari nanti.

10.Perkhidmatan bas dan keretapi di Lembah Klang akan dilanjutkan pada malam sambutan Tahun Baru 2018.

11.Lebih sejuta orang dikatakan telah menggunakan perkhidmatan menyusuri Sungai Melaka (MRC) dalam tahun 2017.

12.Perlis turut dilanca cuaca sejuk dengan catatan sebanyak 22c kerana kesan cuaca di China.

13.Kawasan Wel Quay di pinggir Georgetown semakin mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.

14.Musim Mentarang kini mampu memberikan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan kepada seorang peniaga jalanan di Kuala Perlis.

15.Penduduk Kg Alor Batu, Jabor di Kuantan mengadu tidka selesa kerana ketibaan banyak lalat yang berpunca dari ternakan ayam di kawasan berhampiran.

.
PERIHAL POLITIK:
16.Dua bantahan mengenai Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya di Selangor akan diperdengarkan pada hari ini .

17.Adun Pulau Betong Dr Muhamad Farid Saad berkata harga hartanah di Pulau Pinang melambung naik kerana kadar cukai yang dikenakan olih kerajaan keatas para pemaju.

18.Malaysia United Party (MUP) mengadakan jamuan makan tengahari untuk orang ramai di Jalan Perak, Georgetown.

19.Pelbagai pihak termasuk pemimpin BN mengecam Presiden PAS Datuk Hj Hadi Awang yang berkata menteri kabinet sepatunya terdiri dari orang melayu.

.
PENGUATKUASAAN & JENAYAH:
20.PDRM akan hantar pegawainya ke Pakistan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai penahan pemuda berusia 20 tahunAl Muhd Alfie dari Sarawak yang disyaki anggota kumpulan IS dan ditahan kerana cuba menyeludup masuk senjata api di Lapangan Terbang Karachi.

21.Enam warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Ampang kerana memiliki pasport milik warganegara Bangladesh yang lain tanpa kebenaran.

22.Kamera AES di KM151.4 PLUS berhampiran Tangkak, Johor dirosakkan dengan peralatan nya telah di curi.

23.Dua pencuri patung Buddha yang antik disebuah pusat keagamaan di Georgetown membayar denda RM7,500 yang dikenakan olih mahkamah dan turut mahu adakan sembahyang khas bagi menebus dosa mereka.

24.Di Teluk Intan,Perak seorang lelaki berusia 48 tahun mengugut untuk membunuh ibunya sendiri yang telah berumur 67 tahun kerana tidak diberikan wang.

25.Di Tanjung Kidurong,Bintulu, Sarawak seorang lelaki ditahan kerana merogol anak tirinya berulang kali sejak berusia 9 tahun.Anak tirinya kini berusia 15 tahun dan perbuatan ini dikesan selepas dia melahirkan anak dalam tandas hasil perbuatan bapa tirinya dan cuba membuang bayi itu.

26.Dua tekong darat ditahan ketika cuba membawa 5 pendatang asing warga Myanmar dalam kereta mereka di Taman Desa Wangi, Kubang Kerian di Kelantan.

.
TRAGEDI & INSIDEN:
27.Remaja perempuan berusia 13 tahun dari sebuah keluarga miskin di Kajang menerima nasib malang bila dia dihantar bekerja di sebuah rumah dijadikan pekerja urut ,dirogol dan disiksa olih penjaga nya di Semenyih.
Dua penjaga wanita yang berusia 41 dan 54 tahun telah di tahan polis selepas seorang pelanggan wanita yang bersimpati dengan nya membuat aduan.

28.Seramai 7 nelayan yang dilaporkan hilang di laut Pulau Gaya, Sabah telah selamat kembali ke daratan.

29.Pekerja warga Myanmar mati ditikam olih rakan senegaranya dalam asrama sebuah asrama kilang membuat lilin di Jalan Sg Rasau Shah Alam.

30.Kerana tidak tahan mendengar bayi kepada kekasihnya yang berusia 10 bulan sentiasa menangis seorang pemuda menggigit dan menghempas bayi itu kelantai.Kejadian berlaku di Kajang,Selangor.

31.Jemaah yang tiba di Surau Al Hidayah, Jalan Pertanian di Skudai terkejut dengan tindakan pencuri yang sanggup membakar Al Quran dan buk agama yang lain.

.
HIBURAN & SELEBRITI:
32.DJ Radio dari Stesen 988 mengadakan projek amal dengan mengunjungi rumah anak yatim di Puchong bagi menghiburkan 75 penghuninya sempena Krismas.

33.Penyanyi Khai Bahar mengambil gambar selifie bersama 500 peminatnya secara berasingan sebagai 1 cara menghargai mereka.

.
EKONOMI:
34.TNB jamin taarif elektrik nya akan kekal di Semenanjung Malaysia sehingga 31 Dismber 2020.

35.Nilai Bitcoin semasa dikatakan berada pada harga US13,703 selepas mencapai hampir US20,000 pada 1 masa.

36.Nilai Saham Hibiscus Petroleum Bhd di BSKL melonjak ekoran berita bahawa syarikat itu bakal memiliki saham milik Petronas Carigali dalam Sabah Shell Petroleum.

37.Syarikat elektronik terkemuka Pensonic membeli tanah bernilai RM20 juta di Klang.

.
SUKAN:
38.Pelumba moto Khairul Idham Pawi bercita2 untuk menubuhkan Akademi Perlumbaan nya sendiri.

39.PKNP tidak akan mengalah dalam Liga Super walau kehilangan 5 pemain utamanya.

40.Pemain bolakeranjang Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Agong dengan menewaskan Melaka di final akan menerima RM100,000 seorang dari para penaja.

41.Penyerang Belarus Zahor Yubovic menyertai Melaka United dengan menggantikan Mohamad Ghaddar yang akan sertai pasukan lain

42.FAM puji semangat pemain muda Kavishkumar yang akan setai Kelab Tokai FC dalam liga Jepun kerana sanggup mengeluarkan belanja nya sendiri untuk mencuba dengan beberapa kelab.

No comments: