Thursday, January 11, 2018

BVSM CEPAT KERINGKAN LUKA OPERATION



Pagi tadi seawal jam 8 pagi nurse yang bertugas di wad mak suruh cikgu anne bawa mak ke bilik rawatan kerana balutan luka operation mak akan dibuka hari ini.

Oleh sebab mak cikgu anne digalakkan berjalan, cikgu anne pimpin je mak ke bilik rawatan. Nurse srh mak baring kat katil rawatan. Cikgu anne pula disuruh duduk di kerusi yang disediakan. Namun cikgu anne minta kebenaran untuk saksikan sendiri proses membuka balutan luka tu.

Mulanya luka di bahagian dada dibuka terlebih dahulu. Panjangnya luka. Ngeri tengok. Dari bahagian atas dada hingga ke atas perut. Alhamdulillah. Luka kering elok. Lps tu luka bahagian kaki pula dibuka. Luka bahagian kaki sebab doktor ambik urat kaki untuk ganti urat jantung semasa bypass dijalankan.

Bahagian betis luka kering cantik. Tapi luka bahagian paha agak basah. Risau hati cikgu anne sebab mak ada kencing manis. Lps nurse bersihkan luka, cikgu anne papah mak jalan ke wad. Sampai ke katil, nampak luka yg basah tu macam ada darah sikit. Nurse kata luka tu kena cepat kering, takut ada jangkitan kuman. Huhuhu.

Cikgu anne dah buntu. Tak boleh sapu sebarang krim kat luka tu. Ikhtiar cikgu anne cuma BVSM. Cikgu anne selimut bahagian luka tu dengan BVSM. Selepas setengah jam doktor pakar datang nak tengok luka mak yg basah tu. Subhanallah. Tq Allah. Luka tu kering elok!. Macam kat bahagian luka yg lain. Doktor pakar kata bagus semua luka kering elok. Tq Allah dengan izinMu jua BVSM cepat keringkan luka operation mak.



http://www.wasap.my/+60199353140 

asha


No comments: