Monday, January 15, 2018

Geran Sepadan SSPN-i atau SSPN-i Plus aka PTPTN



Alhamdulillah dari minggu lepas tertangguh nak masukkan duit anak ke SSPN-i untuk Geran Sepadan RM500 yang ditawarkan itu. masuk untuk 3 orang anak yang bersekolah sahaja dan  umur mestilah 7 - 12 tahun. So apa lagi, akak ambil la peluang ini...sape tanak kan..

haaa apa itu Geran Sepadan, mesti ramai tertanya2 kan..sebab perkara ini pun baru lagi diumumkan dan dilaksanakan. ok ini serba sedikit info tentang Geran Sepadan tersebut:

Pemberian insentif khas Bajet 2018 untuk pembukaan akaun SSPN1M-i Plus. Dapatkan tambahan simpanan RM500 secara percuma. haaa percuma RM500 tau sape tanak kan kan

Tambahan simpanan RM500 percuma
 
Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pemberian insentif khas di dalam bentuk "geran sepadan" sehingga RM500 (GS500) yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN1M-i.
Anda mempunyai anak berumur 7 hingga 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah? Buka akaun SSPN1M-i Plus sekarang dan dapatkan RM500 percuma. Terhad kepada 500,000 akaun terawal sahaja.
Syarat-syarat Geran Sepadan RM500:
so, oleh kerana akak ada 3 orang anak jadi kena peruntukan RM1500 la.

dan untuk pengetahuan juga, sspn-i dan sspn-i plus berbeza tau..apa bezanya?

Bezanya adalah sspn-i plus ada takaful insurans ada simpanan tetap bulanan ( merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih) 


SSPN-i pula -->   SSPN1M-i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN1M-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'. untuk keterangan yang lebih lanjut boleh klik link PTPTN sspn-i plus

 so akk pilih yang sspn-i sahaja. Walau xde perlindungan takaful seperti plus  tetapi apabila simpanan mencecah RM1000, sekiranya berlaku kematian kepada pendeposit maka perlindungan insurans ON tau. bermakna anak kita akan ditanggung sehingga habis belajar. untuk keterangan lebih lanjut boleh klik link PTPTN 

ini perkongsian serba sedikit dari akk yang kebetulan telefon ptptn banyak kali untuk kepastian dan cara-cara nak bank ini. Sebab, untuk Geran Sepadan akak dan kawan telah cuba ke bank, tapi mereka minta buat online atau ke cawangan PTPTN yang berdekatan. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, akak mencari jawapan di website PTPTN serta hubungi call careline  kerana kurang jelas tentang terdapat perbezaan kemasukan duit antara yang biasa dan yang plus tu, kalo yang plus kena bank in kan RM650 termasuk insurans tau. 

Sekian, sampai bertemu kembali.

No comments: