Tuesday, March 28, 2017

TIPS SEBELUM BERHENTI KERJA BUAT BUSINESS

Perkongsian dari Cute Carry.
Credit to him.

Senarai syarikat yang mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry menjangkau lebih ratusan agensi. Satu pencapaian yang membuatkan saya bersyukur bila mengenangkan permulaan syarikat beberapa tahun dahulu. Saya seorang pegawai kerajaan atau lebih spesifik jawatan saya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).  Gred saya ketika meletakkan jawatan adalah M48 yang bolehlah dianggap senior . Keputusan saya memberikan kejutan kepada semua. Banyak tentangan, banyak sceptical, banyak komen. Tetapi saya berpegang kepada satu prinsip iaitu minat saya terhadap business, kejar cita-cita dan rezeki berada di mana-mana.

Ramai yang teringin buat business tetapi masih ragu-ragu dan hilang arah. Disini saya bagi beberapa tips sebelum berhenti kerja.
  1. Buat business secara part time
Ini adalah untuk menunjukkan adakah anda sesuai untuk berniaga atau tidak. Saya telah memulakan perniagaan sejak tahun pertama saya bekerja sebagai PTD. Macam-macam business saya buat. Banyak yang gagal. Akhirnya business konsultan yang berjaya.   Tetapi perlu diingatkan  JANGAN ABAIKAN kerja hakiki anda semata-mata untuk berniaga. Rezeki tak berkat tu. Jika anda memberi alasan tiada masa nak berniaga disebabkan sibuk tuntutan kerja, mungkin business tak sesuai dengan anda.

2.  Tuntut ilmu

Rajinlah beli buku business dan hadiri kursus. Jangan kedekut duit. Peniaga memerlukan ilmu. Ramai yang gagal disebabkan oleh tiada ilmu. Buat business tanpa ilmu umpama bersedia membunuh diri. Antara kelas terawal saya hadiri ialah anjuran Jutawan Internet Irfan Khairi.

3. Jadi bos dan jadi kuli

Cuba buat semuanya sendiri. Diawal perniagaaan saya buat semua sendiri, daripada buat sebutharga, akaun, kendali ceramah sehingga hantar invoice. Tidur pun tak cukup. Tetapi Jika anda mampu buat semua kerja maknanya anda sudah bersedia untuk berniaga sepenuh masa. Ini juga melatih untuk anda faham lebih mendalam mengenai business. Saya hanya ambil pekerja setelah beberapa tahun mengendalikan business sepenuh masa.

4. Duit simpanan sekurang-kurang setahun gaji

Ini adalah supaya jika berlaku sesuatu yang kurang diingini waktu business nanti, anda akan ada back up. Lagi banyak simpanan lagi bagus.

5.  Cuti tanpa gaji

Cuba try test power. Jika polisi organisasi membenarkan anda cuti tanpa gaji, gunakan kesempatan ini.

6. Jangan ambil pinjaman

Pinjaman perniagaan boleh menjadi pembunuh untuk peniaga baru. Elakkan juga membeli rumah atau kereta baru. Cuba gunakan apa yang anda. Jika business dan kukuh, barulah ambil pinjaman.

7. Yakin dan positif

Busines terlalu banyak dugaan. Jika sewaktu bekerja dulu, takde duit boleh minta daripada Bahagian Kewangan tetapi sekarang jika tiada sale boleh hidup tak keruan. Jaga emosi dan jaga sikap.

Adakah anda bersedia untuk berhenti kerja dan terjun dalam dunia business?

Insyallah anda boleh.

No comments: