Wednesday, March 29, 2017

Panggilan ‘sis’ dan ‘awak’ kurang profesional?

Saya ada terbaca berkenaan tentang isu panggilan profesional yang viral di media sosial. Ia adalah mengenai perdebatan berkenaan panggilan ganti nama yang digunakan ketika berinteraksi dalam perniagaan.
Kita hidup didalam dunia serba moden. Urusan adalah melalui whatapps, email dan media sosial.
Interaksi dengan pelanggan adalah penting. Ada yang menyatakan bahawa jangan guna perkataan ‘sis’, ‘bro’ atau ‘awak’ ketika berinteraksi dengan pelanggan kurang profesional. Ada pula yang tak setuju. Relaks.. jangan gaduh-gaduh. Saya ingin memberi pandangan saya berkenaan isu ini.
Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum kita putuskan apakah panggilan yang sesuai ketika berurusan.
RASMI

Jika urusan rasmi seeloknya gunalah terma rasmi seperti Encik, Puan, Dato’, Tuan dan sebagainya. Sebagai contoh jika anda berurusan dengan syarikat korporat atau jabatan kerajaan melalui email atau whatapps, cuba lah guna terma rasmi diatas. Syarikat saya berurusan sepenuhnya dengan syarikat korporat dan jabatan kerajaan. Tidak sekali-kali saya pernah menggunakan perkataan ‘awak’, ‘bro’, ‘aku’ atau ‘kamu’. Jika dia ada gelaran Dr, team saya pasti akan menggunakan gelaran tersebut.
Saya pernah berurusan dengan calon yang berminat untuk bekerja dengan saya. Bila saya atau pembantu mula berurusan dengan mereka melalui whatapps, mereka menggunakan perkataan ‘awak’ dan ada yang panggil saya ‘bro’.
Kisah benar ye.. ada calon panggil saya ‘bro’ dan ‘awak’. Saya bakal majikan dia.
Saya tidak boleh bayangkan jika dia berurusan dengan pelanggan saya daripada golongan atasan di sektor awam dan swasta.  Kemusnahan imej pada syarikat saya jika dia mula memanggil seorang ketua jabatan sebagai ‘awak’!

TIDAK RASMI
Ini adalah untuk urusan tidak rasmi. Ini selalunya berlaku jika anda terlibat didalam urusan perniagaan untuk menjual kepada orang perseorangan.
Jika pelanggan sudah mula membahasakan diri beliau sebagai ‘kakak’, ‘sis’ atau ‘abang’, berkemungkinan dia lebih selesa anda berinteraksi secara sedemikian. Jika kita terus menerus memanggil dia ‘Puan’ atau ‘Encik’, mungkin dia akan kurang selesa.
Kesimpulannya, anda perlu buat konsep ‘mirroring’ atau cermin. Cuba untuk menjadi seperti (blend in) dan sesuaikan diri dengan gaya pelanggan.
Saya mempunyai ramai pelanggan dan mula menjadi kawan. Pada permulaan saya memanggil mereka puan atau encik tetapi situasi berubah.  Perhubungan mula rapat dan beberapa kali membuat program, mereka mula membahasakan diri sebagai ‘akak’ atau ‘abang’.  Saya pun mulalah memanggil mereka dengan gelaran tersebut.

Jika ingin selamat, mulakan perbualan dengan memanggil mereka gelaran tinggi dahulu. Kita perlu sesuaikan diri.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------

sharing dari Cute Carry
akk dapat ni dari emel 






No comments: