Tuesday, May 23, 2017

10 Amalan Berpantang Yang Patut Buat Tetapi Semakin Di Abaikan. Mama Wajib Baca Ya! 12

Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri selepas melahirkan bayi. Tempoh ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri luar dan dalaman.  Untuk memastikan anda sihat dan segar selepas bersalin, ada beberapa perkara yang boleh dan tidak dilakukan semasa berpantang:

1.Kepala beralas semasa tidur
Apabila tidur tidak menggunakan bantal, akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ia mungkin berlaku disebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Manakala tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang.

2.Pelindung kaki (stoking)
Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

3.Baju tebal
Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Elok memakai baju tebal dan berstoking serta tidur dengan udara yang cukup nyaman.  Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin. 

4.Mandi secara duduk
Mandi adalah untuk kesegaran badan. Semasa berpantang anda tetap perlu mandi. Semasa mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5.Kaki rapat semasa tidur 
Untuk memastikan peranakan sembuh semula, jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika anda mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Anda boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.

6.Pantang 100 hari
Bagi memastikan peranakan anda kembali normal anda perlu berpantang semalam 100 hari. Anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini tidak boleh  mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan anda.

7.Mandi herba 
Cara mandi semasa pantang juga perlu diberi perhatian. Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan mandian ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi adalah antara bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Mandi daun herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

8. Air rebusan daun sirih
Kesihatan Miss V tetap perlu dijaga semasa dalam tempoh berpantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Ia digunakan untuk  menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.

9.Duduk bersimpuh
Tidak mengira anda bersalin secara normal atau pembedahan,  anda perlu duduk bersimpuh dan merapatkan dua belah lutut adalah baik bagi yang dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

10. Ikan 
Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ikan berbisa boleh menyebabkan turun darah dan bentan. Ikan haruan pula, jika anda bersalin normal atau pembedahan, ikan haruan adalah terbaik untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Ia dapat menyembuhkan luka luar dan dalam.

11.Sayuran
Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi. Sayur pegaga ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Sayuran yang tidak dibenarkan makan ialah kangkung, petola, terung dan cili. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

12.Bertungku
Ia adalah amalan yang baik semasa dalam pantang. Bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan

kredit to pa&Ma

No comments: