BERMULA 13 Januari, sesuai judul rangkaian terbarunya Astro First, sejumlah 3 juta pelanggan rangkaian berbayar Astro berpeluang menonton filem tempatan terbaru di televisyen.
"Keluarga yang mempunyai empat ahli terpaksa membayar sehingga RM40 untuk menonton satu filem berbanding Astro First yang bayarannya hanya RM15. Ia juga boleh ditonton berulang kali selama 48 jam," katanya. (kan aku dah bilang..kalo 4 orang mcm aku ni dah rm40)
"Penggemar filem yang suka menonton di panggung akan tetap mengunjungi pawagam, tetapi Astro First memberi pilihan kepada orang lain yang tidak gemar ke pawagam tetapi mahu menonton filem Melayu. Tambahan pula dengan perkembangan sekarang seperti wajib tayang yang hanya memberikan peluang filem ditayangkan di pawagam selama sebulan membolehkan Astro First menjadi pilihan kepada penerbit untuk menayangkan filem mereka kepada penonton," katanya. Jelas Khairul lagi, budaya menonton di rumah menerusi Astro First tidak akan mengurangkan jumlah penonton ke pawagam kerana setiap filem dimainkan di rangkaian itu terlebih dulu ditayangkan di pawagam.
apa tunggu lagi jom sertai....
hanya memerlukan 5 langkah mudah ye
Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).
Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.
Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.
Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!
Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.
antara filem-filem yang sedang dimainkan:
filem akan datang :
Kembar siang, hikayat merong mahawangsa, ... Dalam botol , dilarang masuk , senjakala, Kongsi, keramat, sekali lagi, 3 2 1 cinta , senario oops pocotsumber ; harian metro dan http://www.astro.com.my/astrofirst/
*aku dah amik ngangkung dan damping malam.....so jumlah RM30. sesape nak tgk 'wayang' kat umah aku meh la...hingga 17hb je...lepas tu expired....uhuhuhhuhu
14 comments:
jum3
g nonton :D
ena ni takut la plak nak tengok citer yg seram2 tu sha.. kali ngangkung tu ok la.. lawak je.. hehe
oooo camtu ek.. bagus gak tu kan.. tapi bunga suka gi tengok wayang time hari rabu, murah skit harge hihihi..tp lepas ada anak.. susah la skit
MCM BEST!!
BALIK NI NAK TRY.. PASTU MASUK DLM BIL KE BAYARAN DIA??
MAKIN CANGGIH SKARANG
ahaa..betol la leh tersama pulak entry kita ari nie...hehee
best kan layan filem di umah..jimat pon jimat kan..
dni --> meh gi umah akak...expired esok ptg..
ena --> kalo takut ni...elok jugak tu...leh tgk dgn cik abe...lepas tu kalo takut dia tlg peluk...eheheheh
Lierose @ bunga --> ehehe mmg sejak ada anak ni..byk perkara kita tak dpt lakukan spt bujangan....jom tgk dgn anak kat umah...
lya --> a'ah dia akan charge dlm bil...meh tgk kat umah asha mlm ni meh....free ni...next time lya beli asha tgk kat umah lya plak..ahahaha mcm tgk wayang plak..
fieza79 --> mcm sehati berdansa plak entry kita arini...ehehe jom layan movie lain plak lepas ni yerk..
satu cerita ke RM15..ingtkan skali 3..hahahaha..
Smlm hampir2 nak beli gak..tp bila difikirkan balik..rugi lar ...baik beli cd aje..leh layan hari2 dan bertahun...hihihi
tumpang tgk kt umah asha jerlah..hehe..
herm..2 dr citer tu takg tengok lagi..orait gk wat gini kan..jimat..jimat..
meh meh sini meh
Post a Comment