Tuesday, June 8, 2010

MissCommunications

Contoh Situasi 1

Watak A : orang Pahang
Watak B : orang Terengganu


A : B, kamu dah anta surat yang sy minta poskan itu..

B : Beres Boh, marin lagi sy pos kan..

A : (blurrrrr)...ha kelmarin?...surat mana ni? saya sebutkan tentang surat semalam yang saya minta taipkan ke jabatan abc...

B : ha yg tu la boh, bereh doh...mmg marin sy buatkan...

A : (dalam hati --> sure surat yg smlm tak settle kan agaknye...huhhh)
*
disini telah timbul satu contoh salah faham...di mana...B memang telah menjalankan tugasnya dan faham kehendak bos itu...tapi maybe bos mengganggap... B tidak menjalankan kerjanya semalam...tapi kerja yang KELMARIN (the day before yesterday..)

Contoh Situasi 2

Perkataan : SELALU

apa yang anda fikir apabila bila tanda ayat sebegini :

'KEROPOK SIRA, BOLEH DIMAKAN SELALU'
apa yang anda boleh terangkan dari maksud di atas...ini adalah satu contoh situasi misscommunication dari perkataan 'selalu'.
*
Bagi orang luar dari pahang, kelantan....perkataan selalu ini membawa maksud...SENTIASA...betul?
*
seperti contoh yang boleh sy terangkan melalui bahasa saya ye : 'keropok sira ini sedap boleh la anda makan tiap tiap hari, ia tidak membawa masalah kepada kesihatan'
*
ye la bimbang gak kang makan selalu...leh bawak penyakit ke...seperti panadol..mana boleh makan selalu kan...
*
tapi bagi mereka di negeri Terengganu...SELALU disini membawa maksud...'boleh dimakan terus, takyah ko nak goreng2'..gitu la lebih kurangnya..
*
actlly perkataan selalu ni boleh di masukkan dalam situasi lain.
*
Sekian, perkongsian ringkas dialek bahasa.

6 comments:

ardinihumaira said...

hehe.. betul tu kak... memang cemtu.. ramai kompius ngan perkataan selalu tu ;)


Hai.. Jemput Ke Blog Dni ;)

Ena said...

HEHEH..

tu la bile dok lam 1 Malaysia nie.. kene saling faham memahami dialek negeri2 masing.. kalo tak.. kompem jadi masalah..

Kniedaz said...

kalau saya pun mesti keliru..huhu..
kalau makan selalu mesti jemu...
kalau makan selalu, senanglah..takyah susah2 nak grg...hehe

Zarith said...

mmg betul,,,nasib baik dtg dr pantai timur juga so boleh fhm2 sket...tapi bile kawen ngan org luar ni....nk kena susun ayat yg betul2 sbb takut salah tafsiran...

Nurzairul Isma said...

hehehe.... betul... saya pon dulu konpius.. dpt kawan kelantan.. baru tau... selalu=sekarang

{ e'mie } said...

betul zidah, aku setuju..coz aku selalu salah faham ngan ofismate aku..aku maksudkan surat semalam..dier kata dah buat kemarin dulu..bunyi mcm dah lama punya surat dier buat..kah4...

10 Amalan Berpantang Yang Patut Buat Tetapi Semakin Di Abaikan. Mama Wajib Baca Ya! 12

Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri selepas melahirkan bayi. Tempoh ini amat penting untuk mengekalk...

Labels