Friday, April 30, 2010

InsyaAllah....

InsyaAllah, aku telah bernazar kalo aku dpt APC tahun ni...duit tu akan di bahagi dua..satu tuk parent aku satu part lagi tuk my soulmate...teman sekatil....ehehehhehehehe

Majlis APC akan berlangsung pada 5hb Mei 2010.... di Putrajaya....

ucapan khas tuk penerima duit APC tu nanti

my mom n dad ; thanx a lot...sbb byk bantu akak...jaga anak..ehehehe...time sibuk last year...mak abah sanggup dtg tlg jaga anak...siap kipnap anak kami bawak ke kampung....jasa mu tidak terhingga

to my dearest hUBby --> u layak dpt...sbb u byk tlg ai anta anak, amik anak time yu tak outstation...itu la pengorbanan terbesar yg membantu ai nampak agak cemerlang last year...oh ye tlg beli breakfast..sbb yu tau ai tak kan keluar kalo boss ada....so thanx a lot dear...i love u....

Thursday, April 29, 2010

UPDATED : aSaLnya Gabungan Perkataan, terus boleh digunakan

pagi ni just nak share berkenaan perkataan:

brunch = breakfast + Lunch
maksud nya : (makan pagi yg lewat sekitar jam 11 pagi)

petua = pesanan + orang tua tua
maksudnya : (nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar).


dan apa lagi ye kawan2? mesti korang biasa dengar kan?

meh la share sama2 kalo korang ada...gabungan perkataan dan bila sesuai dijadikan satu perkataan dan diiktiraf oleh dewan bahasa

UPDATED:

BORAN = BORING + BOSAN ??? (dari izan) - actly ada ke ni? kat indonesia ada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boran

ANDARTU = ANAK + DARA + TUA (dari ieda Al-Habsyi)
maksudnya : gelaran atau panggilan yg bermaksud anak dara tua
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=andartu

ANDALUSIA = ANAK + DARA + LANJUT + USIA (dari zue @ annaleeya)
yg ni belum dikeluarkan dlm kamus.....ehehehehe tapi aniwei thanx, mmg selalu org guna
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=andalusia

BOSING = BORING sebab BISING ??? (dari nOj rawk) --> ada ke wei?
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bosing

yg dibawah ini, kamus indonesia...thanks puan mimi
POLANTAS = POLIS + LALU + LINTAS (dari cik puan mimi)
PUKESMAS = PUSAT + KESIHATAN + MASYARAKAT (dari cik puan mimi)
WARTEL = WARUNG + TELEFON (dari cik puan mimi)
ULTA = ULANG + TAHUN (dari cik puan mimi)

PARAM = PASAR + RAMADHAN (dari yanie gebu putrajaya..tq dear)
( yg ni biasa ai guna jugak)

GIPANG = GILA + PANGKAT
LAMPI = LAMBAT + PICK UP
dari Fatiehah


terima kasih kawan2 rupa2nya byk ye perkataan yg dicampur2 dan perkataan itu boleh diiktiraf diguna pakai secara logik

Wednesday, April 28, 2010

Award



wah bangga dan terharu sekali dapat dua award dari RYNA...
thanx ye dear....semoga bahagia selalu dan murah rezeki...nanti leh bagi award berserta RM...erk? mata duitan tul aku ni....ehehehehe ryna jgn caye dgn kata2 tu...
so spt biasa kalo dah dpt award atau tag...
pass pass la kan....nanti mati disitu je...
sy nak bagi
adehhhhhh sape lagi ek tak pernah sy listkan?
uwaaaaaaaaaaaaaa jem time ni nak pk..
semua dlm list sy layak dpt award ini sila amik
(senang nye keje ko ek)
tq

Solat Dhuha, (Murahkan Rezeki Menolak Kepapaan)

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini..
marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..

disamping itu, marilah kita sama2 berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai rezeki kita.
arini saya nak kongsi sedikit ilmu yang kawan2 dah tau rasanye..cuma sebagai ingatan kepada yg lupa seperti saya ke....marilah kita sama2 membuat solat suna dhuha supaya rezeki bertambah berkat dan bertambah2...amin

so ini hasil carian saya di intenet...

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

:"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)



Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

 
Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )



Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.



Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :




Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "



Doa’ sembahyang Dhuha ialah:


Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

jom kawan² masih sempat lagi ni...belum jam 11 pagi...
jangan leka berblogging je..eheheh
mungkin kalo pg solat sekejap...duit nuff kita bertambah² ehehehehehe

nota di hati: saya rasa nak pg kedai jap la....nak solat dhuha...sempat ke time pej ni? opsss kantoi dgn gina marna dan @juera...jgn habaq kat bos naaaa

Tuesday, April 27, 2010

Bukan Sombong, tapi Hari Selasa adalah hari....

Di kesempatan ini, terlebih dahulu saya memohon maaf andainya sy kelihatan sombong dan tidak menziarahi tuan puan sejak dua tiga menjak ni....oleh kerana kekangan masa...sy terkejar itu ini...tambahan pula stik broadband saya rosak....nak baik....mcm lambat je dpt...so cdg je beli je la alternatif lain...2 kali pegi celcom dah..kecewa akak ni....

terima kasih kepada sahabat handai yang sudi menziarahi saya..sekali lagi maafla tuan rumah tidak sempat melayan dgn kuih muih dan hidangan mata lain2...

tambahan ari ni selasa adalah hari padat bagi saya (xtahu nape)....boleh lihat entry ttg diari hari selasa dulu DISINI.....

skrg ni mmg sedang sibuk persediaan untuk roadshow ke kelantan...ajk jemputan la boleh nangis2 jadinye kalo tak tahan..ehehehee...lepas menjemput...update yang reply kehadiran....kalo tak reply...call plak...(tapi ini sy tak buat lagi..ehehehhe).....kena asingkan VIP2, Dato'², tempat duduk sesi program dan tempat duduk masa makan, tapi bila program berlangsung...ajk ni dah releks skit...time pendaftaran je la nanti, org duk tanya kot, contoh soklan, 'eh nama ni ada tak masuk, eh mana nama dia, dia kata ada anta borang jawapan' huhhhhhhhh....dah la kena asingkan nama mengikut peringkat kerajaan plak..persekutuan, berkanun dan negeri...kalo alphabet kan mudah...tapi nak buat mcmane...SYMP....dulu alphabet mudah skit sy..tambahan ada pembantu....ehehehhehe skrg studen praktikal akan mula bekerja kot...

selain tugasan di atas..tugasan hakiki tetap ada, uhuhuhu dan assignment tuk bos

eh panjang plak sy membebel...sori...nanti papa mdm akan menolong sy..update, ziarah kembali teman2 mesra....

salam
tata

Monday, April 26, 2010

Desperate Housemen a.k.a Lelaki Terdesak


salam....hujan masih lagi mencurah-curah di luar sana...ada yang bersyukur, ada yang tersungkur ( licin ) dan ada yang berdengkur....namun semuanya ada hikmah disebaliknya..terpulang kepada kita untuk menterjemahkannya.....

deseperate housewives? familiar je tajuk ni..hehe...setiap hari selasa.. TV8 ...maka si suami akan menjadi desperate housemen...melayan karenah anak-anak...remote berada di tangan permaisuri hatiku....time ni kalo anak-anak cakap mama cantik banyak pun..wat derkkk je....hehehe....thats life....( psstt...cik puan jelita asha...bleh panjang lagi ke )...sebenarnya..disini ada klik video yang menarik yang menggambarkan lelaki yang berstatus suami dan bapa kadangkala menjadi DESPERATE HOUSEHUBBIES..enjoy......

salam

papa mdm

Hujan itu Rahmat

(gambar ihsan google)

Maaf kalo ada yang rasa sy mementingkan diri..tapi kadang2 terkeluar di hati kecil ini....sy sgt suka waktu hujan..kerana ada rezeki tuk sy ....tapi terdetik jugak perasaan kesian kat org lain, yg susah mencari rezeki di kala hujan....tapi hujan bukan sepanjang tahun kan? panas pun bukan sepanjang tahun....jadi tuhan tu dah bahagi2kan rezeki masing2....kadang2 sy pun berasa susah jugak waktu hujan, susah nak anta anak ke taska, susah nak buat urusan luar...


“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.


“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.


Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.


“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)


“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

sumber dari amanah2u. com tq ye..



Wallahu a’lam.

tag sepuluh dari Leily

pagi ni kita layan tag dulu
kali kedua buat tajuk@tag ni, so copy paste yg lama je ye
dapat tag dari http://lilo80.blogspot.com/

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya

1. Siapakah diri anda di rumah?
di rumah? sy bos kot...itu yg laki aku perli aku...mcm bos je arah2, mintak tlg skit kata arah.....huhh malas nak terang lebih lanjut..ahahahaa...
tapi yg pasti saya adalah mama cantik... di rumah skrg ye..kalo di rumah mak lain plak cite nye dan jugak mentua..

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
ermmmm rakan sekerja ke rakan bloggers ni? (aku plak tanya soklan..muahahhaa)
sy adalah teman tapi mesra dan tak mesra

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
3.1 bercuti, mmg tak tercapai2 lagi neh....mencik....(kalo ikut suami pg ceramah bukan kira bercuti ye...)
3.2 sy nak kereta mewah....(mesti la kena idam ni)
3.3 sy nak duduk rumah sendiri (sedih rumah terpaksa disewakan...jgn buat rosak ye umah akak tu)
3.4 sy nak ada duit lebih dari biasa...sbb nak bagi lebih kat mak abah lebih dari biasa...
3.5 nak ada pembantu rumah

4. Siapakah nama pasangan anda?
MM

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
5.1 tlg jemur kain time pagi dan bagi ai pg keje awal skit dari u...tq tq
5.2 masih mahu lagi pujuk aku walau merajuk aku dah 365 x 5 tahun - 2 tahun = 1095 kali...
5.3 gagah perkasa dan hensem (uhuhuhhuhu mlm jumaat kena la ckp gagah perkasa dan hensem kan)
5.4 suka tiru kaler baju apa yang aku nak pakai pg keje atau keluar...(tapi kalo takde jugak kaler yg padan sbb tak sempat iron...bedal je la kan)
5.5 tlg anta anak bila yu tak outstation..alalalala

6.Bila tarikh anda couple?
ermmm bila ek....ahahahah ntah...tanpa disedari..cinta datang tanpa diundang tanpa dicipta...ia dtg secara semula jadi...anugerah dari Nya..

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
owh byk...ahahhahaha...kalo cite kan...sampai cecah lantai...
(tapi yg penting ai nak terima kasih kepada orang yg tlg buatkan kenangan itu sangat pahit untuk ditelan mauahahaha...tima kasih ye..next time ur turn plak...)

8.Lagu tema cinta anda?macam2..haha..
im urs nyanyian jason mazri bukan jason marz ye, muahahaha....
lagi lagu 'i know u want me, u know i want cha'

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
BERHENTI MEROKOK SURE YU JADI GEMUK MCM MULA2 TAHUN KITA CINTAN2 TU

10.Tag 10 rakan anda yang lain
"sape lagi yg tak kena?????????? sila la kena kenakan diri"
thanx kepada leily sbb sudi mengeTAG asha..
(nanti sms ye kalo jadi dtg sini...tq)

Sunday, April 25, 2010

Sekarang Makin Mudah Jumpa Wang ini

wah dulu aku tercari2 duit ni nak simpan
skrg ni keluar je duit kat bank....mmg dah ada...ermmm kata terhad?
ehehehehehehehe kalo korang tak caya pg keluar duit ye...lepas tu bagi aku...

(lya im so sori tak dpt publish entry selongkar tu...sbb dah cuba byk kali upload gambo...pesal tah tak kuar...dari pagi lagi)

Breakfast ku di Sponsor

1. Sila copy gambar cekodok di atas
done
2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cokodok

zue @ annaleeya + lya (eh ye kan lya bagi?)


3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....

perghhh segala jenis makanan dari pisang mmg aku suka..ehehhehee aku sebut pisang ye jgn salah taksir plak


4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja.. 'before noon'

8.30 kira time brekfest la kan



5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

- izan
-@juera
- gina marna
- sape lagi ek xmakan pagi...meh amik...(aku tahan lapo ni...tak leh nak memikior sgt)

dan aku belanja teh tarik jugak amik la......kang tercekik..aku dah tercekik..mereka tak banje air..aku kena beli sendiri...tapi khas tuk korang aku ada (gambar dari en google)



Friday, April 23, 2010

Alhamdulillah...Syukur...

dah...jangan terpedaya pada gambar...ini gambar bukan aku yang punya...terang2 nama orang lain dan aku cilok...:P

alhamdulillah, syukur kepadaMU ya Allah kerana hingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini...selamat hari jumaat kawan2...ari ni aku cuti...so korang apa plan rehat ni???

Thursday, April 22, 2010

Hari ni Hari Gaji Kerajaan????

(gambar ihsan google)

ceh ayat tajuk tak bleh blahhh..



eh tapi aku betul² terkejut jugak la pagi tadi...diberitau arini gaji..ermmmm



list2 perbelanjaan belum dibuat...esok nak balik kg....nanti kang barang KEPERLUAN belum beli...benda lain plak dibeli dulu...so malam ni MALAM JUMAAT...jadi mari kita sedekah jariah atau bayar zakat ke kedai KAK KIAH...



ermm duit bulan lepas berbaki lagi (ayat berlagak nak mampus tak?) ehehe setakat baki 2.30 tu pun ko kecoh duit tak abis lagi..eheheheheheh

tag lesen memandu

aku telah ditag oleh mama danish sarah 
(so hutang tag berbaki 3 lagi)


Apakah anda mempunyai lesen memandu?
v
v
v
v
ada tu...dah buruk dah rupanye..org je lawa lagi..ahahahahahahaha

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Tahun 1999 (lama dah kan..patut dah boleh bawak Lori skrg ni)

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
11 tahun

Pengalaman pahit ketika memandu?
tahun 2003 time tu aku putus cinta..kereta terpusing 360 darjah, sib baik time tu aku tak jatuh bukit @ curam.....huhhh kalo tak arwah dah aku..tak jumpa la korang di alam maya skrg ni...
masa aku bukak mata, (aku dgn kwn opis semasa keje swasta) kawan aku tanya, 'kita dimana ni?'
fuhh soklan ....dia ingat kami kat hospital time tu...huhhh cuakkkkkk dah la kete aku drive tu company punye,  sib baik bos dia 'sayang' aku..ahahahah (betul kan izan, bos tu syg aku?)

oh ada lagi....
ada time sebelum tu aku ada eksiden jugak (kan emi dan izan? ehehe)
tapi kos nye terpaksa tanggung sendiri..ehehehhee
masa ni bawak van abah aku

 Pengalaman manis?
manis??? apa ek....aku boleh tido sambil bawak kete time jem di KL...kan izan? izan lagi....dia byk saksi aku dulu

3 Tabiat ketika memandu?
i) betulkan seat (driver nye sentiasa bertuko2)
 ii) betulkan mirror semua2...
iii) on radio (nyanyi lagu - lagu ini bukan hanya diradio setiap hari...alalalalallalala sambil anguk2 kepala...layan feeling)

3 Pantang bila memandu?
i) anak2 nak duk atas riba..dulu ar...skrg mereka dah besar
ii) org nak memotong tak bagi signal...huhh
iii) org ikut dekat je dgn bontot kete..konon2 kita slow la...ceh..lagi aku tekan minyak...padan muka..ehehhe

keje dah habis..keje seterusnya adalah kena la tag org, kalo tak tag...keje belum sempurna kan...

ok aku nak tag yg ada lesen ye

eijan aka mamalyna
nOj
izan
ardinihumaira

sape lagi wei ada lesen...angkat tangan? ok dah angkat letak atas keyboard sila buat ye..

Hari Bumi - Kempen menanam 26 juta pokok serentak di seluruh Malaysia

sempena menyambut Hari Bumi, setiap negeri sedang menjalankan kempen menanam 26 juta pokok serentak di seluruh negeri di Malaysia, so selamat menghijaukan bumi.....


look aku didera...uhuhuhuh mentang2 laki aku xde arini, mu dera aku ek
(jejaka yg pegang kayu tu 'sedikit mental' <--sila jgn percaya)
mari bercucuk tanam

ini pokok aku..aku dah cop...10 tahun nanti aku cek mula...

selepas acara² tersebut, semua peserta dapat membawa pulang bunga orked...aku dapat 3 pasu...tima kaceh...ehehee

Mari Ke blog saya sekarang tuk dengar TERUS lagu SLEEQ - CUN SAJE

LAGU UNTUK ANDA

atas permintaan kawan2 bloggers yang saya sayangi.....(tanpa anda sapa la saya...ecehhh)....dari semalam sampai pagi ni (selpas program tanam 26juta pokok)

saya cari lagu ni....usaha saya cari kod di simpanan2 buku lama saya....harap anda semua terhibur........

broadband saya ada probs...so mlm2 sy tak leh nak online dah...dah 2 hari...sori guys....

ia akan dimainkan terus dan arini saje berkumandang...harap anda menyukainya...puas hati?

Wednesday, April 21, 2010

cun saja dari sleeq (Lirik)

sekarang ni rasa seronok dan enjoy plak dgr rentak lagu ni....

  • Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
    Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
    Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
    Semuanya cun saja

    Tak perlu tinggalkan pesanan
    Tak perlu buat panggilan
    Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
    Lupakan sahaja
    Diriku cun saja

    Duduk di rumah seorang saja
    Menulis lagu cinta
    Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

    Chorus


    Alyph:

    Cun hidupku kini cun saja
    Sejak kita memang cun semuanya
    Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
    Ngap ngap pendirianku tegap
    Jumlah kali kita bertengkar memang genap
    Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
    Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
    Aku sedar ku juga ada kekuranganku
    Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

    Duduk di rumah seorang saja
    Mengarang lagu cinta
    Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasan
    Ohh..


    Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
    Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
    Kerna ku takut

    Chorus

    Lagu ini,
    Tandanya kamu masih sayangkan ku
    Walaupun sudah tidak bersama lagi


    Lagu ini,
    Tandanya ku masih rindukanmu
    Walaupun sudah tidak bersama lagi

    Lagu ini,
    Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
    Aku okay

    Lagu ini,
    Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

(kita layan lagu dulu ye...sbbnye entry yg dah draf tak leh nak publish lagi..gambo2 xcukup, terutama segmen selongkar....tag lesen memandu, tag sepuluh, tag cekodok)

Banyak BA bantu saya (tu pun tak reti nak bersyukur)

entry last smlm mcm merajuk je kan..ahahahah
padahal tak sedar diri..BA byk dah membantu aku...
perbezaan smlm 40 penambahan visitor unique berlaku...so tima kasih banyak2 la jejaka BA yg hensem ye..(sib baik ko dah berbini aku dah berlaki..eheheheh)
ini entry blog aku yg telah dipublish di blog nye...

dia kata tagline aku pjg..ahahahha
owh ye dan dia kata..
"meriah betul 'rumah' dia...aku suka betul arr...kawan-kawan dia pun semua mesra alam...bagi semangat...suke suke...cam ni la kawan-kawan...kan kan?"

wah terharu aku....dan kawan2 tu merujuk sape???? kamu semua la
tanpa kamu semua siapa la blog kerdil aku yg tak gelemer ni..ehehehehe thanx kepada semua KAWAN-KAWAN dlm bloglist aku terutamanya, dan tak lupa kepada hUBby, mak abah, anak2 jadi 'pelakon utama' dlm blog ini, sedara mara, adik beradik aku WANI dan ABG DE terutamanye, biras aku ZURA, sepupu aku MUNI, mak ngah, pak ngah, mak teh, pok teh, mak long, kak long, makcik siah, makcik rokiah (eh mcm nama ibu mentua aku plak), pak cik deraman, pakcik dollah, pak leman tempe ...(opssssss melebih lebih pulak ek....ko ingat ko dpt anugerah ke?)
ok BA tq byk2 ye...jemput la dtg ke rumah 'we're the hero of our own story' lagi ye...
kalo sempat ai masak, ai masak dan jamu mata
nanti leh buat terjah dapur plak kan..
(smlm ai tak smpt nak reply komen2...sori ye darling...arini insyaAllah)

Tuesday, April 20, 2010

Telah dijelajah oleh Ben Ashaari....

ok ramai dah org dijelajah oleh BA ni.ehehe seme seme makin glamer nampaknye...aku pun udah dijelajah..tp mcm izan tu la dia kata...bukan waktu yg sesuai time (dia dpt time org rehat lama dan pg solat jumaat) dipublishkan entry jelajah tu...aku plak time apa ek?...ermmm takpe la...alasannnnnnnnn..padahal blog ko (aku la tu) tak glamer mana....itu pun BA dah tlg byk kan..

tapi arini en. BA dtg singgah blog aku lagi sebanyak 9 kali ziarah...tq ye BA ....

meriah seperti pg Gatsby Deodorant Fair

pada tarikh yang sama nuff dan gatsby buat event...kami pun kebetulan ada pg event gak
tapi event streamyx TM je....kat mesra mall..kebetulan tarikh tu takde buat apa (actly ada...dpt jemputan kursus untuk khas tuk org yang dah 5 tahun berkahwin anjuran dari yayasan....eehehe mcm kursus membina hubungan perkahwinan yang bahagia la, tapi mcmane nak pg..anak2 sape mau jaga..)

dan pada hari tersebut...aku secara spontan terus la sms kak ain aka mama danish sarah
wah cute nye dia...jeles ai tgk dia cun + badan mcm anak dara

ok ini gambar2 yg sempat di ambil...

pertemuan mama + mama, danish + danish dan sarah + sarah
aku, maisarah, danish
dan
ain, sarah, danish
ain + sarah
(cantik kan dia..live lagi cantik...anak dara dia pun comey tul dgn bertudung)

takut rupanye...huhh


dan thari tu kami sempat la makan2 di pizza..yg bestnye kak ain belanja..wah makan besar kami aritu...tq kak..kalo ada rezeki belanja lagi.ehehehehehhehehe
nanti dtg sini sy belanja sata ek....

Perempuan boleh buat 5 Kerja Dalam Satu Masa

pagi tadi semasa aku dgr radio era perbualan aflin shauki dgn dj wanita....mereka berborak tentang topik di atas tu..

sempat aku menjawab dlm hati..benarrrrrrrrrrrrrrr....

korang plak...setuju ke dgn statement tu? itu bukan lah fakta yang sahih  (sbb tak jumpa lagi dimana2 buku) tapi itu adalah pendapat individu..aku rasa pendapat tu ada kebenarannya..itu pendapat aku..sbb aku leh lalui.dan aku rasa kawan2 di luar sana pun sama kan...

betapa hebatnye wanita ini.....contohnye la aku kan, apa aktiviti yang aku boleh buat satu masa...ini contoh ye

kalo di ofis : jawab telefon + menaip + baca outline + sambil2 jeling ke blog + selingan jawab2 komen dan memberi komen di blog kawan2...

kalo di rumah : masak air + goreng2 ikan + masak nasi + sambil basuh pinggan mangkuk + layan anak nak susu la biskut la + tengok tv (eheheehhehe)

ok korang plak...share ar...apa yang korang leh buat dalam satu masa = 5 perkara

Monday, April 19, 2010

Berkenan betul dia dgn jejaka baju kaler Merah

bahaya gak mek aku ni, dgn lelaki ok je, mudah je..kalo dgn pmpuan payah gak dia nak rapat2 gini...nak dukung2 apatah lagi...kecuali dah lama2 skit bergurau senda baru nak...termasuk la makcik2 dia...kecuali aku la...mama dia

gambar pertama...with abg dia..
gambar kedua ..with praktikal student kat sini..


gambar ketiga ...with pegawai aka my kolik yg masih bujang



ish ish sayang, sayang....
masa kecik je ye leh gini..dah besar buat2 la malu skit...awk tu gegirl ye...cekgu taska dah suh jadi ustazah....molek dah tu niat cekgu termasuk niat mama ni ye....ehehehehehe
harap2 masa kecik je...aminnnnnnn

Cekgu Taska nak maisara rajin Solat

sempena besday anak2 taska...cikgu telah menghadiahkan telekung tuk si anak dara sy...

agaknye dia nak anak sy rajin solat....amin semoga ye nak
comey tak mama???
of cos la comey cayang.......

dia ni jenis rimas kalo pakai2 tudung ke apa...sekejap je nak pakai...lepas tu dah amuk2 nak tanggal..huhhh
camne nak jadi ustazah ni sayang....

Sunday, April 18, 2010

PERSATUAN MEMPERBAIKI AKHLAK?????????

 wah tak sangka aku..mcm2 org buat duit..mcm2 org bizness...

pusat memperbaiki akhlak pun leh wujud...ehehee...bagus betul niat itu....ni kedai cina...
maybe kalo tuk islamik pun ada gak...kelas membina semangat ke,kelas bina insan ke....kelas fardun ain ke...lebih kurang jugak la kan?

kedai ni di tepi bengkel kereta di area taman cukai utama...

terkezut gak mula2 baca papan tanda.....

aku rasa aku nak try daftar masuk la...
ehehehe nak perbaiki mutu akhlak aku yg kadang2 kurang sopan ni...
ada sape mau join aku?

Saturday, April 17, 2010

GATHERING PANTAI TIMUR

STICKY MODE - MAY

tarikh : MEI atau JUN

tempat : CHERATING atau MONICA BAY KEMAMAN

bayaran : RM20-30 /family (ini cadangan)

MAKLUMAT LANJUT BOLEH DI DAPATI DI SINI

Blogger We Care :Dia hanya minta Bantuan Sekeping Doa je..bukan wang ringgit

salam kawan2...

masa aku duk jalan2 di pagi yg henin ni (3.10 am, kul bape la aku bangun ni sok)

aku terpaku satu coretan ni yg memerlukan bantuan....

panjang coretan nya...

dia ada forwardkan emel dan minta dipanjangkan...

terharu aku kali ni...penulis tidak memohon bantuan wang ringgit (maybe dia org senang kot) tapi dia mohon kita sama2 doakan untuk anak2nya...owhhhhhh terkesima aku

mmg 2-3 round aku tgk...ada ke dia letak nombor bank...mmg takde...

insyaAllah kami sama2 akan doakan untuk anak mu.

klik sini tuk bacaan lanjut tentang kelahiran anak nya dan keadaannya sekarang.

quote dari luahan hati seorang ibu:

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Friday, April 16, 2010

"MY SWEET APRIL'S GIVEAWAY"

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

* Nak follow blog ini boleh.. kalau tak nak pun tak apa... ikut suka la... :) (baik kan?? baik kan?? ) heheh
* Harus mengglamerkan banner di atas ni.. di SIDE dan di ENTRY masing-masing.. dengan tajuk "MY SWEET APRIL'S GIVEAWAY"
* ADD link BLOG INI di BLOG LIST anda semua... (kalau tak add.. nanti tak tau la.. apdet latest mengenai Giveaway ni kan?? kukuh tak alasan?? hehhe)
* Sila Tinggalkan LINK ENTRY anda di COMMENT BOX INI... tinggal kat SHOUTBOX.. tak dilayan yeee...
* Dannnnn.. Sila buat STICKY MODE ye.. senang nak semak.. tq.. tq..

ITU SAHAJA SYARATNYA.. TAK PERLU UNTUK BAGI KOMEN ATAU CADANGAN... MUDAH KAN??

Hadiah bagi blogger yang bertuah.. yang mana akan dicabut oleh Abang Long Aqeef...(wah dah dpt pangkat abg long ye aqeef)

Sorang pemenang sahaja ya...
Akan berpeluang memilih mana mana kain ela yang berkenan di matanya yang berharga RM35 sepasang..
TARIKH TUTUP ADALAH PADA 31 APRIL 2010

JOM JOIN KAWAN2....GIVEAWAY INI DIANJURKAN OLEH KAWAN SY... <---KLIK SINI


sori echa..aku tak smpt join yg aritu....lagipun tarikh awal lagi..ehhehehhe
so tak smpt la yg tuk tungku moden tu?
HARAP2 MENANG AR..AKU DAH JUMPA BOMOH CONTEST NI

Jelajah Blog Ibu Oleh Ben Ashaari

wah mmg nampak gayanye ramai tul dah buat entry ni
mcm kerugian plak kalo aku tak selit2kan sekali..manala tau ada rezeki
sbb tu aku brsungguh cari cat rumah baru,
nak jemput tetamu dtg bertandang kena la hias2 skit
maaflah pokok dah kering, musim panas skit skrg ni, tu yg try tanam pokok2 hijau plak..
ok tak rumah baru ni?
(header tu mmg putih lagi, nti akan ditukarkan oleh sahabat sy)

oh ye abg ben (dan dan tuko pangey dia abg..ntah2 baya adik2)
aritu ai ada buat entry ttg yu jugak tau..ehehehe
maap la kalo ai tak mintak permission u...


APA YANG PERLU ANDA saya BUAT IALAH ;




1 ) HEADER blog BEN ASHAARI

tu ada dah tu kan abg ben hencem mcm jimmy ni
(abg MM yu jgn terasa ye, yu tetap hencem di hati ai, eh ketiga hencem selepas danish dan abah)

2) linkkan ke entri ini ..

owh baiklah ANDA BOLEH SINGGAH KE BLOG BELIAU SILA KLIK

3) cerita serba sedikit mengenai blog anda ... itu akan membantu promosi blog anda ..

blog mdm7781 adalah blog peribadi yang memaparkan pelbagai entry...dari segi family, kerjaya, tips, perkongsian ilmu dan pelbagai lagi dan terselit jugak tentang keagamaan yang diambil dari pembacaan dari mana2 sumber seperti majalah. tuanpunye blog adalah seorang mama yang cantik (anak mama la yg ckp) kepada sepasang anak yang mempunyai pelbagai telatah dan karenah, bekerja disamping suaminya yg tercinta (ewaaaaaaaaaaaah). apabila bercerita ttg anak2 tuan blog akan membahasakan diri MAMA MDM. permulaan pengaktifan blog ini banyak disokong oleh sahabat2 lama tuan punya blog yang ingin berkongsi kehidupan masing-masing yang berada jauh antara satu sama lain melalui penulisan dan gambar2. dan dari hari ke hari kawan2 blogger yang baru bertambah. dan dari situ lah bermula pelbagai cerita yang tuan blog ingin kongsi kan dan pelbagai.

4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..

dari Lya, Ain (mama danish n sarah), Izan (ibu hni), Siti, Echa, ardini, @juera, owh ramai lagi rasanye ni....

so jom kawan2 kita minta pendapat ben ttg blog kita...

lawati link http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-jelajah-blog-ibu.html

mata dah ngantuk sgt2 ni...sori beb kalo ai tak sebut nama yu...tapi ramai yg dah buat....ai tak leh nak berfikir skrg ni (jam menunjukkan jam 11.57 pm)

KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH


"Puteri Mama Sarah Sedang Memandang MAMA dan PAPA dia.
(fuhh lega dpt teka setlah aku bertapa dan jumpa 7 org bomoh..eheheh)

1. Buat satu n3 mengenai kontest ini. Tajuk n3 anda mestilah menggunakan tajuk ini "KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH".
2. Dalam n3 tersebut, upload pict. di atas.
3. Di bawah pict. tersebut, masukkan ayat ini "Puteri Mama Sarah Sedang Memandang ........................".
4. Apa yang perlu anda lakukan ialah, meneka apa yang sedang dipandang oleh little Sarah. Masukkan jawapan anda dalam ayat pada syarat no.3 . Hanya satu jawapan sahaja diperlukan dan setiap peserta hanya diberi peluang untuk meneka sekali sahaja.
5. Diwajibkan menjadi follower blog ini. Masukkan link blog ini kedalam bloglist anda supaya anda tidak ketinggalan update terkini kami.
6. Tampal banner kontest di sedebar masing-masing dan linkkan ke n3 ini. (Banner boleh didapati di kiri sidebar blog ini).
7. Sila tinggalkan link anda pada comment box n3 ini untuk semakan penyertaan dan jawapan.
8. Penyertaan dibuka kepada blogger dalam negara sahaja. Blogger yang tinggal di luar negara masih boleh menyertai kontest ini dengan syarat sekiranya anda terpilih sebagai pemenang, pastikan alamat penghantaran hadiah adalah dalam malaysia.


RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Thursday, April 15, 2010

Roadshow again

wah kali ni aku tak cukup kaki dan tangan dah ni...
dah la roadshow ke satu je lagi negeri akan tiba..bulan Mei..
aku ni jadi ajk tuk bahagian jemputan, so sebelum event mmg la sibuk..sbb nak menjemput dan mengesahkan kehadiran lagi...uwaaaaaaa

nampaknye kena keje time cuti tapi tak leh claim OT la gini gaya...

2 pembantu praktikal arini sudah tamat sesi praktikal..

kira² nya aku ni mentor derang la..ahahah dan mereka protege aku...erk..gitu ke?

mereka student dari UiTM, course teknologi pejabat...kiranye mcm junior la...

so babai ye adik² ☻..nanti keje rajin²...jgn main blog ye...

ok mlm2 nanti ai singgah blog uols ye..balas kunjungan...bawak buah tangan bagai mlm ni..

sori...ada yg sempat reply komen, sempat la...mlm nanti ai sambung keje kunjungan....

PERKONGSIAN ILMU : kelas piano

ok adik2 kita teruskan sesi pembelajaran kita bermain piano


ok kita mulakan meletakkan jari di atas keyboar...
adik2 ingat jari mana aritu..

ok di bawah adalah gambar kedudukan jari kanan anda ye di C POSITION
(c position ni kira tgh2 piano ar..mcmana nak tau tgh piano tu? senang saje...ada penunjuk aras nanti ye)


ok setelah jari dah cuba2 letak di atas keyboard...anda try la main not di bawah ye..senang saje kan?


ok kita teruskan pembelajaran sekiranya anda sudah selesa dan 5 jari kanan anda ye adik2...

anda boleh mencuba bermain piano di organ atau keyboard biasa tu je...
murah je ye adik2...paling murah dlm RM150 ke atas...

nak beli piano ni mahal sgt
(kalo ikut kemampuan aku ni la, mmg aku tak mampu, RM5k ke atas tu, RM5k tu pun 2nd hand kot)
so aku belajar je la di keyboard..uhuhuhu tu je akak mampu....

nanti kalo sudah boleh main C positon ni, akak bagi not tuk lagu hepi besday

pis

Wednesday, April 14, 2010

oh My Hero (tajuk mcm pijot pernah buat je)

lama mama mdm tak publish gambo anak2 kan..ehehe
nanti kalo mama mdm ni dah start tayang gambo anak..
mula la berhari2 gambo anak2 je...
lepas mdm1, mdm2 plak
bila pk hal anak2 ni kang mula la aku start enjin cite hal 'buat anak plak kang'...
bahaya tu ehehhee

dia la hero aku
selalu puji aku, sayang aku tanpa jemu
'MAMA CANTIK BANYAK'
'SAYANG MAMA BANYAK'
thanx dear...jgn masa kecik je ye syg




skrg ni MDM1 ni dah beso..agak nakal skit...ehehe penat mama

bila mama tgk gambo masa kecik2..tersentuh hati mama....rasa rindu saat di kala bayi
seorang baby yg manja...lentok....

(time ni lantai masih mampu lagi licin dan bermop hari2..ehehe)
muka pun nampak tak nakal lagi..

v
v
v
v
gambar ni lagi la...sampai saat ni mama rasa tak jemu2 tgk...
manja yakmat..terlentok kat anak dara org...ehehe
sib baik la jurukamera time tu mak budak ni..
kalo idak disaman nye mdm1 sbb melentok di bahu anak dara nye...



pesanan buat wahida putrajaya,
 wahida....ko ada singgah sini tak? ke lupa lagi link aku
ehehehee jgn lupa2...jenguk2 aku ni selalu ye (bleh up trafik skit)
walau jauh dimata dekat dihati kamu
mana tau kita berbesan plak nanti kan

PERKONGSIAN ILMU : ilmu Jari

aritu ada la sorang adik tu sound2 kat akak ni...
mintak share ilmu piano kan...
bukan akak ni takmo ajar...tapi mende susah kalo ajar disini..lain la akak ni expert...
(arini aku akan sharekan memandangkan masih dlm mood kelas piano mlm tadi)
ha kepada adik tu, ko bila plak nak buat entry ttg gitar...share la dik oi

ok untuk permulaan...akak nak ajar kiraan jari ye adik2...

kalo selama ini anda mengira jari dari 1 - 10 dari kanan ke kiri/kiri ke kanan
skrg untuk pelajari main piano kiraan jari adalah seperti berikut..(klik gambar tuk pembesaran)
takde jari no. 6 - 10 ye adik2

anda boleh mulakan mengajar anak anda berusia 3 tahun ke atas dgn kiraan di bawah (sekiranya nak ajar main piano la)
sebab sy tgk budak yg 5 tahun belajar piano di kelas sama, start belajar jari2 dulu..dah hafal baru cikgu piano letakkan jari2 atas keyboard

 arini setakat itu sahaja....ilmu jari...
sekiran dah hafal akan sy teruskan sesi pembelajaran
(jgn rasa leh hafal senang ye..ehehe sbb bila 1st time nak main tu terabur gak jari jemari)

dan nanti kelapangan akak akan ajar ilmu jari untuk keyboard komputer..ha yg ni mesti ramai nak belajar kot..
kepada yg setiausaha tu...korang pun bleh share ilmu jari ni beb....


kepada en zamri : jari ni bukan guna tuk xxxxxx sahaja atau bermain bola jaring...tapi byk kegunaan ok...ehehee

nota kaki : en zamri adalah 'bomoh komputer' sy...muahahahahha